.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, February 27, 2012

Alhamdulillah.. DaH 6 BuLaN

Putri Amna Zaheerah dah 6 bulan.. Yeayy!!  Akhirnya Bonda berjaya juga dapatkan diploma penyusuan.. hahaha.. poyonyer Bonda kan.. bagi yg tak tau.. kami² ibu yang menyusukan baby secara ekslusif.. ada rate tersendiri bagi menentukan tahap penyusuan anak masing.. diploma = 6 bulan.. degree = setahun.. master=1thn 6 bln dan PHD=2 tahun... wahhhh ingat belajar tinggi² jer ker bleh dapat.. hehehe Harap² semangat Bonda akan terus cekal sehingga dapat PHD... Banyak cabaran dan dugaan menyusukan anak nie.. bukan mudah.. tapi.. berbaloi².. susu sekarang mencanak² naik harga.. tapi susu ibu adalah tetap yang terbaik.. dan.. ianya PERCUMA..

 Amna dah 8kg tau.. timbang kat rumah jer.. sebab umo 6 bln tak ada suntikan imunisasi pon.. semakin pandai.. dan semakin sayangkan Bonda.. hehehe... pendek kata.. payah jugak lar Bonda nak buat kerja rumah.. dia nak Bonda sentiasa di depan mata dia.. walaupon yg pegang dia tu Ayah sendiri.. huhuhu.. kecik² sumer anak Bonda kan.. yelah.. sementara tak der adik... waaahhhh dah pasang niat.. hahaha lama lagie.. tunggu implanon nie expired dulu..

 Masa bergambar nie.. sajer jer Bonda ikatkan lampin kat kepala Amna.. suka tengok muka dia camtue.. kita main lanun².. hahaha

 Sekejap betul maser berlalu.. tau² jer dah besar nie.. sayang kalau tak amik gambar² dorang maser kekecik nie.. time flies so fast... sedar tak sedar.. kita akan terkial² mengingat momen² dorang membesar.. muka dorang macam mana.. perangai dorang macam mana.. tapi dengan bantuan gambar.. mudah lar sikit kan..

Dalam gambar² nie Aisha tak ada sebab dia tido.. kang biler tgk blog Bonda dia tanya pulak kan.. so better explain awal² kat sinie.. Bulat Amna dari Ainna.. haihhhh... geram betul dengan budak debot nie..

Sunday, February 26, 2012

**KeCeWa**

Kuhitung hari..
Kubilang waktu..
Kuterfikir apakan terjadi di waktu itue..
Kumengharap gembira..
Kuterfikir seronoknya..
Ku tidak gambarkannya padamu..
Aku tidak mahu terlalu melulu..

Di saat ketika..
Tibanya masa..
Masa bergerak begitu perlahan..
Jawapanmu kunantikan..
Sungguh bukan itu yg kuharapkan..
Patah seribu haaatiiiiikuuu...

Andai sahaja.. perasaan kecewa itu mampu dirasai bagai digambarkan..
Tiada lagi orang yang sanggup mempersendakan mereka yang kecewaaaa...

Huhuhuhu.... huhuhu... huhuhuhuhuuuuuuuuuuuuuu.........



HoW CoULd YoU??
**I'm So Vulnerable**


WoW CoMeLNyERRrrrRRR..

Nak SeKoR...


Kucing ini merupakan kucing terkecil yang berasal dari Himalaya yang berukuran panjang 18cm tinggi 7cm serta berat 680 gram.
 

Wednesday, February 22, 2012

CaRa MeNGeNaL BeRuS BuLU KHiNZiR..



Memang takot kan kalau terbeli berus bulu babi.. eiiii... dah lar tak kenai.. sekarang dah ada sikit panduan.. korang ada tips lain??

iKaN ADa BuLUuuUUU???



Ini bukan kata-kata bidalan, tetapi ini benar-benar terjadi. Beberapa ekor ikan berbulu musang telah berjaya di tangkap dan dikatakan memang sah bulu tersebut adalah bulu ikan tersebut. Hanya Tuhan sahaja mengetahui kebenaran ikan-ikan ini.

*******************

Ikan pon dah ada bulu.. macam² kat dunia nie.. saper tau kesahihan ikan nie??

Anyone??

Aku mencari penjelasan... dan dah dapat di sini dan sini.  Kalau rajin korang terjah lar yer.. menarik faktanya..
 

Tuesday, February 21, 2012

KeNaPeR X ELOk MiNuM BeRDiRi??


Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara pe...rubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

Sunday, February 19, 2012

iNi BuKaN KiSaH SeRaM..

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia ...bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya

Friday, February 17, 2012

Dah SeLaMaT SaMPai.. DaH SeLaMat DaLaM BaNK JuGa!


Dah terima since last week.. dalam dilema nak guna duit ini.. untuk penuhi hajat di hatikah.. untuk.. hmmmm.. sekian lama ku menanam padi... aduhaiiii... really in dilemma.. what should I do??


Thursday, February 16, 2012

tEnGok gELi.. MaKaN LaGiE X SaNGGuP!!


Perkenalkan.. ini lah dia ratatouille yang sebenar.. dia tengah cek makanan tue.. garing ok.. rasa ok.. hmmm sedia untuk dihidang.. bluekkkk!!  Geli okayyyy....

Walaupon lauk diletak dalam cermin kaca.. jangan yakin sangat.. lalat mmg tokleh masuk.. tapi ruang bawah tray tu.. ada tak yg check??.. Cer perhatikan.. Cik T tue kuar dari situe..

So.. sama² lar kita jadik pemeriksa makanan.. survey² dulu sebelum nak beli.. jgn pakai redah jer.. makanan tue jadik darah daging...


BeRaK MaTa..

Dalam kelam kabut bangun pagi tadi.. yg maner lebih lewat dari biaser.. bersiap seadanya.. (sib baik kain dah sidai malam semalam.. kalau tak hmmmppp) Off we go on the road.. yang biasanya jammed tak hengat dunia dah.. tapi ironinya arinie tak baper jem.. cumanya kami memang dah kuar lambat kan... so..

Dalam kereta.. seperti biasa sesi borak² anak beranak.. sambil gelak² dengan topik pagi di hotfm.. budak² nie kalau tak tido dalam keta sokmo mulutnya sibuk berceloteh...

Alyaa:  Ayahhh.. hmm.. kenapa mata nie malam² jer dia berak.. (Ayah melengung mata di jalan.. memandu tak berkata apa².. aku plak ada sedikit pelik dengan soalan yang dikemukakan Alyaa..)

Alyaa:  Mata nie.. selalu berak.. kenaper??

Aku:  Lar.. taik mata rupanya... (aku dah bantai gelak... hahahah.. En. Ady a bit slow... gelak kemudian)

Aku:  Apalah kakak.. memang orang panggil taik mata.. tapi dia bukanlah taik macam yg kita berak tue.. malam² mata cuci habuk.. habuk yg keluar dari mata tue lar orang panggil taik... taik mata... (aduhaiii)

Alyaa:  Owwwhhhh....


Gambar passport amik sendiri.. cun tak?? (teacher tadika dowang mintak).. konon² nak save lar.. pegi printing jer.. sekali.. hmmm harga cuci ngan amik kat studio beza satu hengget jer.. buang karan.. baik amik jer gambar studio.. gambar studio tak der lar pulak discan nak tepek.. 10 minit jer tunggu gambar pon siap!


Wednesday, February 15, 2012

Tuesday, February 14, 2012

AYaM BeLOM.. TaPi ULaR SuDaH BeRTaNDuK..


Ular Bertanduk Spesis Terbaru

Ular bertanduk ini adalah penemuan terbaru spesis ular didunia. Ular itu ditemui di barat daya Tanzania sekitar dua tahun yang lalu dan diperkenalkan bulan lalu sebagai spesis terbaru di dunia ular dikenal dalam edisi jurnal Zootaxa.

Menurut laporan dailymail bertarikh 11 Januari 2012 ular yang ditemui oleh saintis Tim Davenport ini tidak memiliki nama, namun ular ini kemusiannya diberi nama Mathilda sempena nama anak perempuannya.

Ular bertanduk ini bersisik berwana kuning dan hitam, mata hijau kusam dan dua tanduk runcing diatas kepala. Bronx Zoo dan Zoo Central Park di New York merupakan antara lokasi ular ini dipamerkan dan jumlah sebenar ular ini masih tidak diketahui para saintis.


COoOOOOOLLL!!!


step 1) pergi ke http://translate.google.com/
step 2) Tulis ==> "pv zk bschk pv zk pv bschk zk pv zk bschk pv zk pv bschk zk bschk pv bschk bschk pv kkkkkkkkkk bschk"
step 3) untuk bahasa,gunakan "From: German" dan "To: Filipino"
step 4) tekan butan listen

Saturday, February 11, 2012

ROTAVIRUS MeNYeRaNG!! JaNGAN AmBiL MuDaH...

TAPAH - Dua bayi berusia dua dan 10 bulan maut manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes 'Acute Gastroenteritis' (AGE).


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, dalam kes kematian itu, seorang dibawa ke hospital dalam keadaan tenat manakala seorang lagi telah meninggal dunia.


"Siasatan mendapati ada taburan kes AGE dikesan di beberapa kawasan daerah Batang Padang iaitu di Tapah dan Bidor, manakala di Hilir Perak pula kes ini dikesan di Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai dan Langkap," katanya kepada pemberita di Klinik Kesihatan Tapah di sini hari ini.


Beliau berkata, kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit serta muntah dan kebanyakan pesakit pula hanya mendapat rawatan pesakit luar.


Sejak 27 Januari lepas sehingga hari ini, sebanyak 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah terbabit iaitu 1,397 kes di Hilir Perak manakala 839 kes dikesan di Batang Padang, katanya.


Daripada jumlah itu, hanya 45 peratus yang menular di kalangan pesakit berusia 12 tahun ke bawah di Batang Padang manakala 56 peratus di Hilir Perak.


Jumlah kes serangan virus, yang dipercayai berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan, bagaimanapun menurun sejak seminggu lepas di kedua-dua hospital daerah itu, katanya.


Katanya, kajian terperinci sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak berkenaan.


"Pihak berkenaan telah menjalankan ujian makmal ke atas pesakit yang terbabit. Sebanyak 39 sampel najis pesakit telah diuji kehadiran virus manakala 45 sampel lagi diuji untuk mengetahui bakteria. Hasilnya hampir semua sampel yang diuji tidak mengandungi bakteria namun 18 daripada 39 sampel yang diuji di dapati mengandungi virus jenis Rotavirus," katanya.






Beliau meminta penduduk di kedua-dua daerah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak merebaknya virus berkenaan ke tahap yang lebih serius kerana pencegahan awal sangat penting.


Katanya, Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil tindakan efektif dengan mempertingkatkan pengesanan dan laporan kes melalui klinik dan hospital, membuat pengesanan aktif kes di komuniti, memberi rawatan awal terhadap kes yang dikesan serta merujuk ke hospital jika perlu.


Pendidikan kesihatan di kawasan terbabit melalui risalah dan poster berhubung gejala AGE serta rawatan dan langkah pencegahan, pemantauan kualiti air bersama-sama Lembaga Air Perak (LAP) di samping pemantauan terhadap premis makanan di sekitar lokasi wabak turut dilakukan, katanya.


"Antara langkah paling berkesan bagi mengelak wabak ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas," katanya.

Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis makanan yang bersih, katanya.


Beliau meminta orang ramai yang mengalami mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan agar segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital berhampiran tempat tinggal mereka. - Bernama

**********************************



Two infants, aged between two and 10 months, have died from a suspected Rotavirus outbreak in Perak.


It is also feared that more than 2,200 victims, mainly children, are infected with the virus.


Perak State Executive Councillor for Health, Datuk Dr. Mah Hang Soon says, the number of victims have increased in the past two weeks.


Among the symptoms are fever, vomitting, diarrhoea and lost of appetite.


"For children under 12, they could experience serious diarrhoea very fast but adults have stronger immune system. However, it can be seen as not harmful at first but can lead to serious consequences later on," said Datuk Dr Mah.


Datuk Dr Mah adds that since the outbreak began two weeks ago, two babies have died from the disease.


However, based on initial investigation, the deaths could have been due to several factors such as the parents did not seek early treatment for their babies and only sending them for treatment at private clinics.


He says in Hilir Perak, it has been reported that 1,387 people were infected by the disease, including 144 new cases.


All the victims are from Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai and Langkap.


839 more victims including 45 new cases are from Tapah and Bidor, while 26 victims, who were admitted to Hospital Teluk Intan and Hospital Tapah, received outpatient treatment.


Most of the victims are children below the age of 12.


Rotavirus is usually an easily managed disease of childhood, but worldwide nearly 500,000 children under five years of age still die from rotavirus infection each year and almost two million more become severely ill.

**************************************

Alhamdulillah wabak tue dah keluar dari keluarga kami... dan syukur juga kepada Allah menggerakkan hati kami membawa Ainna ke hospital untuk rawatan lanjut... tak dapat bayangkan andai aku ibu malang kehilangan anak akibat virus ini... semoga Allah pelihara kita dari musibah ini..

Thursday, February 9, 2012

HaTi² BuKu ApA aNaK aNDa BaCa..


Penulis bodoh mana lar yg tulis buku nie.. yg terbitkan pon sama jer bodohnya.. rosak akhlak budak² kalau baca.. parents kat luar sana.. hati² apa anak kita baca..


JaNGaN HaMPiRi ZiNa..


Jangan menghampiri zina, kelak berlakulah kejadian seperti begini. Nyawa insan yang tak bersalah dan berdosa digadaikan demi menjaga maruah dan malu diaibkan manusia .

 Dengan Allah swt tak malu tak jaga maruah buat perkara keji , dengan manusia malu plak bila bunting anak luar nikah ..

**********************

Ya Allah Ya Tuhanku.. peliharalah diriku.. anak²ku dan keturunanku dari perbuatan Zina..

Friday, February 3, 2012

SaYa DaH LiMA BuLaN..

Hai Aunty².. Uncle² sumer... berjumpa lagie yer kita di blog Bonda.. Amna winduuuu sangat kat sumer.. Aunty²... Uncle² sihat??  Jaga kesihatan tau.. sekarang musim sakit.. Amna pon baru jer baik dari batuk².. Amna dah 5 bulan tau!  Dah 5 bulan hidup kat atas dunia nie.. Amna seronok sangat.. tambah² biler Ayah bawak Amna kuar naik keta.. Amna suker tengok luar tingkap.. nampak banyak keta.. nampak bird.. nampak pokok.. nampak cat.. sumernya sangat menakjubkan.. Amna suka sangat.. mata Amna tak berkelip tengok sumer tue..

Amna dah makin berat.. dah 7 kg timbang masa cucuk aritue.. Tok kata dia tak boleh dukung Amna lama².. dia tak tahan nak geget²... ikhs jangan lar.. cium boleh.. gigit nanti Amna sakit lar.. Tok panggil Amna "Ketui Dodoi (dodol)".. sebab badan Amna berketul².. ikhs.. adaker... hurmmm... sekarang kakak².. Ayah ngan Bonda pon dah panggil Amna Ketui Dodoi... aduhaiii... tunggu lar Amna slim nanti..

Amna tak meniarap.. tak juga merangkak lagie.. badan Amna berat.. Amna pandai melonjak jer.. Amna boleh melonjak sekeliling rumah... tau² jer Amna dah sampai hujung dinding.. dah terantuk.. Amna nangis.. tinggal sebulan jer lagie Bonda cakap Amna dah boleh makan.. setakat nie Amna minum susu Bonda jer.. sebab tu Amna demoks.. hehehe.. Amna sayang sangat kat Bonda.. biler Bonda buat tak nampak kat Amna.. Amna sedeh.. Amna nangis kuat²... Amna nak selalu dalam dakapan Bonda.. Amna tak kasik Bonda buat keje.. Amna kesian.. nanti Bonda penat.. kalau Bonda penat.. nanti saper nak layan Amna.. haaa..

Amna sekarang nie gatal gusi.. tapi gigi tak tumbuh² jugak.. Amna tak tahan.. Amna nak gigit sumer benda yang ada dekat Amna.. baju Amna selalu basah.. mulut tak der pagar.. air liur meleleh².. tak per.. yang penting Bonda suka bau masam Aman.. Bonda kata mungkin 3 bulan lagi baru gigi Amna tumbuh.. sebab kakak² Amna sumer 8 bulan keatas baru tumbuh gigie.. adakah Amna akan sama macam dorang.. kita tunggu dan lihat.. hehehe...

Okey lah.. Jumpa lagi Aunty²... Uncle²...

Mmmmmmmuuuuuahhhhhhh!!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails