.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Monday, January 31, 2011

..iNiLaH GaMBaRNya..

..AC Mizal sedang mengacarakan majlis..

..Majlis rasmi KPKK tak pernah lepas dari unsur tradisi dan kebudayaan..
 
..satu lagi mesti melibatkan semua kaum.. baru 1Malaysia kan..

..ingat ker dorang nak menari tarian zapin.. sekali bukak bunga² silat jer.. then terus kebelakang.. tau dia buat aper.. dorang usung tuan puteri bawak award Seri Angkasa atas singgahsana.. best sungguh kena usung camtu.. dengan rombongan pelbagai kaum bagai.. tapi si Rizal nie tak amik lar plak gambar time tue.. ikhss..
 
..serunai dimainkan masa upacara usung mengusung tue..
 
..dua kali terkejut maser perasmian nie.. maser dorang letupkan hujan reben tue.. fuhhhh... terkejut baby aku.. ahahaha..
..aku tengah amik makanan kot maser nie.. sempat dorang bergambar ngan si Fimie nie..

..makan time.. ehehehe..


..see.. I am the tembam mak buyung... kembang sebelum waktu.. wakaka.. yang paling best time pregnant.. tak yah risau badan naik..
 
..dari kiri Kak Ayu.. Kak Ana.. Frans.. Kak Ju.. Yun..

..Kak Zah.. Rizal si Cameraman.. baru bleh bergambar.. dan Moon..

..Kak Zah.. aku yg kembang dan Ida..

..ingat artis jer ker boleh bergambar kat sini.. kami nak jugak.. ehehehe

..red carpet.. harus.. dorang dah bentang penat².. sian kalau tak jalan.. hahaha..


..Anugerah Seri Angkasa 2010..

Huhhhh.. kenyangnyerr perut.. kepaler pon berat.. bagaikan ular sawa nak melingkar tido sebulan dapat habuan sekor lembu.. sebab tu nabi pesan.. berhenti makan sebelum kenyang.. tu lar kan ikutkan nafsu jadi ler lesu.. nak² makan pree.. body laks tak yah maintain sebab akan membuncit.. apa lagie.. buncitkan sebelum waktu.. ahahahha... oppss sorry.. korang tak tau ujung pangkal eak... tak der.. sebenarnya aku and the gang kat opis nie baru jer balik dari Majlis Perasmian Anugerah Seri Angkasa 2010 (yang akan diadakan secara langsung pada 18 Februari 2011 nie tak silap aku lar kan) kat Royale Chulan Hotel.. balik muka kami² nie jer lar kan.. tetamu tetap penuhkan korum dan penghabiskan makanan yg melambak² dihidang tue.. hehehe... itu untungnyer opis sebelah hotel.. selalu meraser jalan karpet merah... huhuhu... yang rasmikan tadi YBM kami Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.. kali nie idak ler ketat sekuritinya macam YB PM rasmikan 10th ASEAN Telecommunications and Information Technology Ministers Meeting (TELMIN-10)... pergh kena scan badan segala tok nenek bagai... baru boleh lepas masuk.. harus lar kan.. semua Menteri² seantario ASEAN ada sama..

Pengacara AC Mizal (Astro).. Siti Hasfizza Aswaty (TV3) dan sorang lagi aku tak jelas namanya from (TV1).. laju jer dorang nie mengacarakan majlis.. lidah lancar tak tersekat².. mulut cari makan kan.. di situlah sumber rezeki.. Artis yang buat persembahan.. pembukaan.. Nani Mentor.. dan penutup Francisca Peter yang ramah dan asyik tersenyum.. suara maintain merdu macam dulu².. sempat bergambar peluk² pinggang.. ahahaha.. selain tu ramai lagi artis lain.. Lisdawati ngan laki dia Fauzi Nawawi.. Kartina Aziz.. Rozie Rashid.. Fimie Don ngan mak dia.. saper lagie.. ermm aku nie bab artis tak up to date sangat.. muka kenal.. nama tak ingat.. hehehe... aku bukan peminat fanatik... sebab tu tak amik port sangat pon.. berjumpa pon banyak kali.. tapi nak bergambar jarang² sekali.. sekali sekala buang tabiat ok lar kan.. ikhs.. ikhs.. ikhsssss...

Hmmm.. kepaler aku pening pulak laks biler makan sushi ngan wasabe yg memantak ke otak.. minum laks kopi pahit bangsa apa aku pon tak tau... tuang susu pon tak ilang pahit dia... so itu ubat utk tidak tidur... okeh.. ingat nak letak gambar.. tumpang kamera Bahagian tadi.. tapi.. USB wire plak tak ada.. nanti² lar eak..

Daaaaa... nak cuba tidurkan diri nie...



Friday, January 28, 2011

..BiNa RuMaH CaRa IsLaM..


Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari budaya Cina. Padahal, tidak semuanya selaras dengan ajaran Islam. Jika tidak berhati hati dan keliru, boleh jatuh syirik karena mempercayai Feng Shui selain Allah.

Apa yang saya ingin terangkan di sini Islam ada panduan atau langkah langkah tersendiri tentang cara memilih tempat tinggal dan membina rumah.Sebagai seorang Muslim kita harus ikut cara Islam dan bukan meniru cara orang kafir buat.

Namun apa yang akan saya bentangkan ini bukan perkara wajib syarii yang perlu di tunaikan.Tanya lah Iman dan buat lah setakad mana yang mampu.

Perkara perkara berikut perlu di rancang sebelum memilih tempat tinggal dan mula membina rumah selain perancangan reka bentuk fisikal nya.Di antaranya ialah:


1. Jiran Tetangga yang Baik

Pilihlah tempat tinggal yang jiran tetangga nya baik baik.
Sebab jika jiran tetangga kita tidak baik, maka hidup kita akan rasa terganggu dan kurang senang. Bayangkan jika jiran tetangga kita adalah,kaki gaduh, atau kaki gossip,jenis yang sombong dan ego yang tidak mahu campur orang.Atau yang jenis penting diri sendiri,suka buat hal sendiri.Bila ada kematian baru nak cari orang.

Maka pilihlah jiran tetangga sebelum memilih rumah.Buat lah survey, tanya masyarakat di situ tentang bakal jiran anda itu.Yang di maksudkan jiran ialah lingkungan 40 buah rumah di sekeliling rumah anda.
(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir) Tiap empat puluh rumah adalah tetangga-tetangga, yang di depan, di belakang, di sebelah kanan dan di sebelah kiri (rumahnya).


2. Hendaknya rumah cukup luas (tidak terlampau luas tetapi juga tidak terlampau sempit).

Di antara kebahagiaan seorang muslim ialah mempunyai jiran tetangga yang soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang sempurna. (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Hakim)

Sekiranya semua orang bina rumah rumah banglo yang terlampau besar,ini akan menghasilkan masyarakat yang hidup sendiri sendiri, di mana jiran tetangga akan jadi tidak kenal di antara satu sama lain kerana para penghuni banglo tersebut hanya asyik berseronok di dalam "Istana" mereka masing masing.

Sebaliknya rumah yang terlalu kecil dan sempit pun tak baik, kerana akan cenderung membuat penghuninya tidak selesa di rumah sehingga akhirnya banyak menghabiskan waktunya bergosip di luar

Rumah yang paling baik dalam Islam adalah rumah yang sederhana besarnya.


3. Jangan membina Rumah Megah

Dalam membina rumah, janganlah terlalu mewah sehingga jadi bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah dan merupakan satu sifat dari orang-orang yang buruk di akhir zaman.

Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka.Terutama dari orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.

"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu" [Al Quran At Takaatsur:1]

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: "Apabila mereka saling bermegah-megahan dengan bangunan nya" [HR Muslim]

Belum akan datang Kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan bangunan-bangunan yang megah. (HR. Bukhari)

Jangan membina rumah yang terlampau tinggi sehingga akhirnya mengganggu jiran tetangga hingga tidak mendapat sinar matahari atau angin.

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab:
"Seorang hamba wanita melahirkan tuannya. Orang-orang yang berkaki ayam, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba membangun bangunan bertingkat." [Hadis Riwayat Muslim]


4. Buatlah Rumah yang Baik

Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat untung." [Al Maa-idah:100]

Rumah yang baik adalah rumah yang sehat. Yaitu tingkapnya cukup agar sinar matahari dapat masuk dan rumah tidak menjadi lembab.Selain itu ia dapat mempertingkatkan pengedaran udara bersih.Jarak antara lantai dan atap sebaiknya agak tinggi kerana ini akan mengurangkan suhu panas.


5. Rumah juga perlu teguh dan kuat.

Misalnya dengan menggunakan dinding batu dan simen, rumah jadi lebih selamat. Jika menggunakan kayu, pilih kayu yang kuat serta beri rawatan anti serangga saperti anai anai sehingga tidak mudah reput. Elak kan sedaya upaya dari membina rumah dari bahan bahan yang mudah terbakar.

Sebaiknya rumah Muslim mempunyai sekurang kurangnya 3 bilik .Satu untuk suami-isteri, satu untuk anak laki-laki, dan satu lagi untuk anak perempuan.Jika ada kemampuan tambah satu lagi bilik buat tetamu.


6. Buatlah Rumah yang cantik, Allah senang kepada kecantikan.

Manusia pun banyak yang suka akan kecantikan. Oleh kerana itu buatlah rumah yang cantik dan indah.
Tapi ingat, mempamerkan kecantikan dan keindahan tidak sama dengan mempamerkan kemewahan atau kemegahan.

"Sesungguhnya Allah itu indah dan senang kepada keindahan. Bila seseorang keluar untuk menemui kawan-kawannya hendaklah menghiaskan dirinya. (Hadis Riwayat. Al-Baihaqi)


7. Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)

Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: "Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat." (Shahih Muslim No. 388)

Usahakan seboleh boleh nya agar rumah anda mengarah ke Kiblat. Jika tidak, sebaiknya tempat solat anda tidak mengarah ke tandas.

Usahakan di rumah ada paip air dan paip hujan, supaya anda boleh mandi wajib dan wudhu dengan lebih sempurna dengan air yang mengalir.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah seseorang di antara kamu mandi dalam bekas air yang tidak mengalir ketika dalam keadaan junub." (Hadis Riwayat Muslim).

Sebaiknya tempat wudlu dipisah dari tandas supaya kita boleh membaca doa sebelum atau sesudah wudlu.(Di larang membaca doa di dalam tandas).Kalau baca doa keluar/masuk tandas sekali pun kena baca di luar tandas.

Seboleh boleh nya jangan buat tandas dalam bilik tidur.Tandas atau jamban ada lah sarang tempat tinggal syaitan.Kalau ada tandas dalam bilik tidur bererti kita sentiasa berada bersama syaitan ketika tidur.

Ada yang mengatakan tandas zaman ini adalah bersih tidak saperti tandas zaman dahulu.Ia sentiasa di besihkan bahkan di bubuh wangi wangian pula.Maka syaitan tidak akan berada di dalam tandas yang bersih.

Bagi saya bersih di sini adalah bersih pada pandangan fisikal.Ambil contoh.Air minuman saperti kopi, sirap dan lain lain itu bersih, tetapi mengapa tidak suci untuk di buat berwuduk? Begitu juga dengan tandas atau jamban.Walaupun nampak bersih pada pandangan mata, ia tetap tempat yang tidak suci.Walaupun di wangikan dengan wangian seribu bunga.Maka jangan sekali kali kita tertipu dengan bisikan syaitan yang mengatakan tandas di dalam bilik kita itu suci!

Ramai yang kena gangguan syaitan saperti hysteria, boring dan rungsing apabila balik ke rumah,bergaduh suami isteri, bergaduh anak beranak,sakit yang tidak tahu punca nya, rumah tangga dan famili yang kucar kacir.Yang sebenarnya, di antara sebabnya berpunca dan datang dari syaitan yang mengganggu yang kita sendiri pelihara di tandas bilik tidur .

Sebaik baik (tetapi susah orang zaman sekarang nak ikut) buat tandas di luar rumah.


8. Rumah Harus Bersih

Rumah yang kotor tidak sihat. Ini akan mengundang berbagai penyakit. Oleh kerana itu, rumah harus bersih dan mudah dibersihkan.

"Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Penjelasan: Orang-orang Yahudi suka mengumpul sampah di halaman rumah.


9. Jangan letak Patung sebagai hiasan di dalam Rumah

Rumah yang ada hiasan patung serupa macam kuil.Malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah yang ada patung.Sebaliknya jadi sarang syaitan tempat berteduh.

Ibnu Abbas pernah solat tempat ibadah agama lain kecuali tempat ibadat mereka yang ada patung di dalamnya. [HRBukhari]


10. Jangan Memelihara Anjing

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata : "Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternak dan anjing pemburu maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath." (Shahih Muslim No.2940)


11. Peliharalah Anak Yatim

Jika anda berkemampuan, asuhlah anak yatim dan didiklah dengan baik.

"Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum Muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah)


12. Tanamlah Pokok agar Teduh dan Sejuk

Tanamlah pokok dan pokok hiasan di rumah anda sehingga rumah anda teduh dan mendapat udara segar dari oksigen yang dikeluarkan pohon tersebut.

Kenyamanan naungan pohon ini digambarkan Allah sebagai berikut: "Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya." [Al Insaan:14]

Jika rumah anda luas mungkin anda boleh menanam pokok besar yang kuat. Jika sedang, anda boleh menanam pohon ukuran sedang seperti rambutan atau mangga.

Hindar menanam pokok besar yang rapuh dan berbahaya seperti pokok sena.


13. Apabila rumah siap di bina

Di anjurkan setelah rumah siap di bina panggil Ketua kampung,Imam, jemaah Masjid atau surau dan jiran tetangga untuk sama sama berdoa kehadrat Allah agar rumah yang telah siap di bina itu akan dapat keridhaan Allah, dan perlindungan darinya dari segala kejahatan makhluk saperti jin dan syaitan dan juga minta perlindungan dari pada kejahatan manusia

Di kesempatan ini kita berpeluang juga berkenal kenal, bermesra dan mula menjalin ukhwah bersama jiran jiran baru kita.
*************************

Semoga bermanfaat ... Wallahu 'alam..

Thursday, January 27, 2011

..Eiii.. AMaN!!..

Ainna sekarang pantang jumper playground.. mesti dia jerit dengan bersungguh².. "Eiiii.. Aman!!"  Tak kira lar baper kali ko lalu tempat tu.. atau pon tak pernah lalu dan ta pernah perasan kat situ ada taman.. mata budak tecik nie adalah sangat cekap... nampak jer kat maner playground... biler ada maser memang kami akan bawak budak² main puas² kat taman.. selalunya mesti berdua ngan En. Ady lar.. sorang² tak mampu rasernyer nak control ketiga² budak² lincah keluar kandang tue.. layan jer ler gambar kat bawah nie eak.. nie gambar last week.. jenjalan taman dedekat area rumah jer.. tapi taman kat situ agak kotor ngan sampah sarap.. dekat ngan sekolah lar katakan.. ikhss.. rosak pemandangan..



















Tuesday, January 25, 2011

..I WaNt To GeT AWaY..

Biziii dan penat.. dan letih dan tak larat..

Masa² macam nie pulak banyak keje nak kena buat..

Boring.. menyampah.. bosannn!!

Aku nak tido... kan best dapat tido dengan nyenyaknya tanpa sebarang gangguan.. dah lar semalam tak cukup tido.. bleh plak si Ainna muntah bluek² kat atas tilam.. time aku baru nak lena diulit intan... pastu sambung muntah kat tepi meja makan.. then kat dapur lagie.. En. Ady baru jer lena.. sian nak kejutkan dia.. jenuh aku bersihkan muntah dan mengemop lantai.... sigh~ 
I Want To Get Away......Far... Farrr.. Away!!!

Monday, January 24, 2011

..CaMPiNG HaRi²..

Hi!! Missed me... ehehehe.. sorii ler lamer menyepikan diri.. sintom trimester pertama memang meletihkan.. sangat² tidak larat dan penat.. luckily I have En. Ady yg super mithali to look over the kids... dia lar yang buat susu.. yang bagi mandi.. cuci berak.. yang bagi makan dan yang setia melayan kerenah anak².. thanks abang kerana sangat memahami... mengandung bukan sakit yang suka² nak dibuat²... memang lah aku tak muntah.. loya tu tetap ada.. pening tu tetap datang... letih itu memanjang... jantung berdegup sangat laju kan... pada trimester pertama.. ibu akan kerap rasa letih sebab..jantung bekerja 2 kali ganda.. mengepam darah kepada baby.. darah yang dipam sampai pada baby dulu tapi lambat sampai pada ibu.. darah bawa oksigen.. kurang oksigen.. kita mengantuk.. jadi.. korang biler tengok pompuan ngandung itu mengantuk.. jangan ler kata dia malas.. or mengada²... itu adalah keadaan normal setiap ibu yang mengandung... harus mengantuk... pandai tak pandai kontrol jer..

Semenjak dua menjak nie.. sejak kejadian tidak diingini tu berlaku.. keadaan kami laki bini kembali tunggang langgang.. aku dan En. Ady bergilir² amik cuti.. yelah sementara nak dapatkan pengasuh baru.. bukan senang nak pikul tanggungjawab sebagai ibu bapa.. keselamatan anak² adalah yang utama.. nasib kami baik.. Allah lorongkan jalan.. permudahkan urusan.. ada yang sudi membantu di kala kesusahan... jiran mak Cik Ani sudi babysit budak² tu sementara kami nak dapat pembantu rumah... calon dah ada.. cuma lambat sikit dia nak masuk Malaysia... hopefully semuanya akan bertambah lancar dan hidup kami kembali teratur dengan bantuan yang dihulurkannya nanti... yang terbaik buat semua..

Kita dapat sesuatu.. kita terpakser melepaskan sesuatu.. saper tak paham?? Okeh.. camnie.. memang lar senang biler dah ada pembantu kan.. hope so.. dapat lar pembantu yang baik.. kiranya kami dapat bantuan.. tapi kami hilang ke-privacy-an.. hehehe.. tak per lar.. anak² dah makin besar.. elok lar sopan² selalu di rumah kan.. hehehe

Entri macam tak der kena mengena ngan gambar lar pulak kan.. ehehehe.. sori mukadimah terpanjang pulak.. bukan per.. windu nak berceloteh kat sini.. okeh.. kembali pada topik dan gambar.. anak² aku sekarang hari² bercamping.. mulanya terjadi bertitik tolak dari rumah member aku Syura yang celebrate birthday anak dia baru² nie.. member aku nie ada belikan khemah kecik² dalam bilik menan anak² dia.. anak² aku punyer lar syiok kan.. sampai tak abis² berceloteh suh ayah beli khemah tu jugak²... dorang nak berkhemah sangat.... maka.. nah.. terhasil lar khemah di dalam rumah.. seperti gambar kat bawah nie... jangan tak tau Bonda kowang nie dulu kaki camping... sib baik khemah yg separuh lunyai tu tersimpan lagi.. daripada nak bazir² beli khemah kecik yg ghega lima nam puluh tu baik ler aku gunakan khemah zaman kegemilangan dulu.. ehehehe... besar pon besar.. dari mereput.. biar lar budak² tu pakai kan.. praktis berkamping dalam umah dulu..

..mula² aku pasang khemah nie kat luar.. tapi kesian lar tengok dorang main peluh².. lagipun takut kucing kencing.. so bawak masuk dalam..

..kat dalam khemah aku lapik toto cantik².. aku humbankan separuh toys dorang kat dalam khemah tu.. advantage is.. ruang tamu aku tak lar teruk sangat nak kemas.. sebab aku suh dorang main dalam khemah tu jer.. kalau dorang bawak menan kuar.. aku suh kemaskan masuk khemah juga..

..seronok tengok dorang main.. aku pon bleh baring² kat dalam tue..

..they organizing a birthday party.. tetamunya dolly dan bear²..

..asyik dorang main kat dalam nie..

..kadang aku masuk kemas menan yang sepah² tu... tapi pastu sepah balik.. lantak lar.. that is their special space..

..minum susu dalam nie.. tertido dalam nie..

..tengok.. khusyuk kan..

..main camnie tak per.. yg tak tahan biler dah start jerit dan nangis².. terpakser lar ayah bonda jengok aper dah jadi.. gaduh tetap gaduh.. anak² nak membesar.. cam kita dulu² jugak..


Friday, January 21, 2011

aLyaA dAn NegaRakU

2 hari lepas alyaa nyanyi lagu negaraku... tapi... ntah apa bunyi nyer... janji sebutan n bunyi tu ada.. so apalagi terpaksela mak pak nyer mengajar cara betul menyanyikan lagu kebangsaan negara Malaysia. Cara paling senang mendownload lagu negaraku dan memutarkan seberapa banyak sampai dia boleh ikut dan faham apa yg dia sebut.. hehhehe

Oklah En Ady nak pegi solat Jumaat ni.. hari ni tak keja... bye..

P/S: Entry janji ada hehehhe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails