.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Wednesday, June 30, 2010

..Pose DaRiNG NaK DaRe En. ADy..

Hai.. Saya lar Alyaa.. yg selalu Bonda bising² citer kat sini tue.. haa sayer lar tu..

..sekarang saya kat umah Tok Long.. nak tengok Ateh Kawen.. penat tau nak p kenduri nie.. sayer letih tido dalam keta..

..ramai tau orang kat umah Tok Long nie.. maser nie dorang yg laki² dan atuk² tu dok nyanyi² bahasa Arab.. Bonda kata dorang Marhaban.. entah larr..

..Ohh.. budak laki kat belakang saya tu.. dia tu dah darjah 2 tak silap saya.. dia tu sepupu mak saya.. anak Tok Chik saya.. nama dia Mohd Alauddin.. saya main kejar² ngan dia lar sampai jatuh.. abis kotor baju lela saya nie.. (baju lela = baju gaun versi Alyaa)

..saya kan.. suka sangat amik gambar tau.. ammacam pose nie ok tak.. tangan mesti macam nie.. sebab saya tengok orang selalu buat..

..Oklah.. saya dah penat arr posing.. aritu kan maser kat dewan makan pengantin saya tanya Bonda saya.. orang tu lepas dia kawen dia beranak kerr?? Bonda angguk² jer.. kata yerr.. yer ker?? Saya konpius laarrr.. bab saya tengok Umie saya pas kawen jer dapat baby..

..haaa.. ini lar Bonda saya.. ada orang kata muka saya sebijik muka Bonda.. ada pulak yg kata muka saya ikut ayah.. tapi yang tak tahan ada orang sampai hati kata muka saya macam iguana.. berubah² ikut orang yg dekat ngan saya.. ader ker patut.. huhuhu....

..Okay.. jumpa lagi.. jangan lupa jengok² sini selalu.. nanti kita gosip² lagie eak..


..ToK WaN NyaNyi LaGu JePuN..




Bukan senang nak rakam senario nie.. kebetulan.. maser berkumpul ngan anak cucu.. adik aku bergurau suruh Tokwan nyanyi lagu Jepun.. Tokwan idup dah lama.. selain buat kerja bendang dia juga tukang masak untuk askar Jepun makan.. Tokwan masak sedap sangat.. dulu kekecik dia rajin berjalan ke rumah kitorang kat KL.. dia berniaga tapi sekarang Tokwan dah tak sihat.. dia dah tua.. katanya umur dia sebaya Tun Mahathir.. Mata Tokwan dah tak nampak sangat.. dia pon dah tak cam dengan siapa dia bercakap.. tiap² kali bersalam ngan Tokwan.. mesti bersedia dengan jawapan.. sebab.. dia akan bertanya soalan yang sama berulang² kali... macam iklan "burung murai" tu.. dulu.. badan Tokwan tegap.. tapi sekarang.. tengok lah.. kurus sangat.. dia kata dia makan dah tak berapa nak lalu.. makan sikit jer.. sambil bersembang Tokwan dengan kebiasaan lamanya.. isap rokok daun.. Tokwan nampak ceria bila dapat bersembang dengan anak cucu.. walau tidak ketahuan siapa dan yang mana.. aku perasan.. Tokwan selalu bertanyakan waktu.. "Sekarang dah pukul berapa?" dia takut terlepas waktu solat... sekarang Tokwan banyak habiskan waktunya dengan beribadat.. sebab dulunya Tokwan kerja sangat kuat..




TaK KaSiK GaJi BaRu TaU!

Keje.. keje.. keje.. main² haaa??? Ujung bulan aku tak kasik gaji baru tau! Hahahahaha!!!

Tuesday, June 29, 2010

bUdAk tEciK Nie LaR Yg PaLiNG CeRia PaGie Tue..

Sajer kasik layan cuci mata tgk² gambar jer.. hehehe... stok gambar nie dan akan datang datangnya dari xpdc ke rumah pengantin.. sepupu aku di Kota Kuala Muda.. Okay.. gambar kat bawah nie ketika kitowang baru sampai.. tengah stop nak beli roti canai utk sarapan sama² kat umah Tok Chik.. sekali.. Tok Chik pon dah beli nasi lemak kuih bagai menyambut kedatangan kitowang.. maka banyak ler berlebih juadah sarapan pagie itue...

..sang menteri mula menunjukkan sinarnya..

..pak supir mau istirahat.. dah tak larat sangat..

..blur aku nak buat apa..

..paham sudah.. Bonda nak amik gambar rupernyer..

..Ainna.. senyumm... senyummm... pandaiiii!

..pose tayang gigie nie..

..ok tak pose tadi Bonda?.. Ok sangat cayunk.. pandai anak Bonda pose eak..

..ini.. Bonda yg tak cukup tido.. letihhh jadik co-pilot.. sangat lar kan.. hehehe


Apa Nak BuAt BiLa KeReTa KeNa CuRi??

Artikel dari email di bawah aku rasakan sangat² berguna untuk dikongsikan bersama pengunjung setia blog aku.. aku kan sayang korang.. tibe² hehehe.. sharing is caring.. aku yakin ramai yang tak tau nak buat apa kalau lar kan.. aku bilang kalau perkara 'kehilangan kereta' nie benar² dialami.. (selisih malaikat.. my car is my leg and my hubby too.. kami mesekin ada satu keta jer pon.. huhu).. jadinya.. beringat sebelum kena dan elok sangat kita belajar dari pengalaman orang lain kan.. Ohh email nie dikirim oleh En.Ibrahim Shah dan aku tak pasti ini pengalaman beliau sendiri atau beliau forward untuk sharing bersama..

*****************************

Berdasarkan pengalaman sendiri saya nak bagi panduan step by step apa yang perlu di lakukan kalau kereta hilang.

1. Kena buat report polis secepat mungkin,call bank yang kita berhutang kereta dah hilang.

2. Call syarikat insuran berhubung terus pengawai yg mengurus bhgn claim tersebut dan tanya dokumen apa yg diperlukan, macam saya dia nak gran, polisi insuran,repot polis berserta resit, saya minta alamat email beliau dan hantar salinan scan gran, insuran dan salinan report polis beserta resit terus ke emailnya, kemudian lepas sejam call balik bertanya dapat tak dokumen saya tu, dia kata dah dapat..kalau dia tak ada email boleh terus poskan direct kepadanya, bila pos lambat sikitlah sampai ke mejanya lebih baik jumpa terus pegawai tu kalau pejabatnya dekat dengan tempat kita tinggal.


3. Lepas seminggu ada adjuster akan call nak jumpa untuk temuramah dan kita kena bawa ke lokasi tempat kereta hilang dia akan ambil gambar dan akan bertanya beberapa soalan, dokumen yg adjuster minta adalah salinan gran, salinan perjanjian dgn bank, lesen, kunci kereta kena tunjuk untuk dia ambil gambar.

(untuk makluman anda, adjuster yg akan nilaikan berapa harga kereta terkini kita yg hilang tu, nilai insuran kereta saya lebih tinggi 15% dari harga kereta dipasaran petunjuk harga mereka antaranya dari auto trader, paper star dll..biasanya mereka ikut harga terkini tetapi tak melebihi nilai insuran...saya bertuah sikit sebab dapat 97% dari nilai insuran sedangkan rata2 harga pasaran adalah 85% drpd nilai yg saya insurankan..alhamdullilah.

Kalau saya tak dapat setinggi tu pening gak nak settle bank maklumlah masa beli dulu tak bayar deposit, jadi nilai kereta dan hutang bank sama ajerla...dengan nilai yg saya dapat tu hanya top up RM80 selesai hutang bank)

4. Lebih kurang 2 minggu lepas adjuster jumpa kita surat dari company insurans akan offer berapa mereka nak bagi beserta beberapa surat yg perlu kita isi antaranya surat yg perlu dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah pergi mahkamah murah RM4.00 je (tapi masa jumpa pesuruhjaya sumpah bawalah sekali salinan repot polis berserta dokumen2 yg telah dan sedang kita berurusan sebab ada pesuruhjaya yg protokol sikit macam saya tunjukkan dokumen offer berserta surat2 yg akan dihantar kembali ke syarikat insuran berserta salinan repot polis), setem hasil RM10.00, isi borang JPJK3, borang yg perlu di sain & cop bank yg kita hutang berserta gran (jika dipegang oleh kita) dan kunci kereta semua di pos ke pegawai yg mula2 kita berhubung tu atau kalau dekat pergi terus ke syarikat insuran tersebut jumpa beliau personally, saya guna pos laju lepas seminggu saya call diorang surat dah sampai ke belum kemudian kena follow up mereka akan hantar ke department yg uruskan cek pula, tu pun saya dapatkan no direct call pegawai tu pula bila nak keluar cek, katanya seminggu yg akan di bayar terus kepada bank kita berhutang dengan cek tapi diorang guna pos juga dan memang benar lepas seminggu bank dah terima cek (tapi kena tunggu gaklah 3 hari cek clear pulak), lepas ni kita berurusan pula dengan bank untuk selesaikan baki yg ada, semua ni saya berurusan melalui phone sahaja makumlah dah pindah negeri, kalau tinggal dekat saya pergi direct sahaja.

Jadi inilah pengalaman sendiri saya berurusan claim insuran untuk kereta hilang dari syarikat insuran etiqa, mungkin syarikat lain sikit caranya, tapi bagi saya etiqa the best sebab tolong cepatkan claim tapi kitapun kena selalu follow up juga.

KoRaNG DaH TeRMiNaTe KaD UtANG??


Aku baru terima statement dari Citibank.. setelah lebih 2 tahun tak gunakan kad itu.. billing aper pulak eak.. teng! Teng! Teng!! Ohhh TIDAK cukai kerajaan dah kena charged!! RM50.00 tu.. bukan sikit banyak beb! Lepas beli susu or diapers anak tuuu.. hurmmm.. aku ada 5 kredit kad sekarang... 5 x 50 = 250.. giller ko.. dan tak semuanya aku pakai... yg aku aktif cuma dua... yg lain kena terminate.. harus.. walaupon sayang kan.. cheh ada lagi perasaan sayang tuuu.. hihihi.. kad citibank tu kredit kad aku yg pertama.. dan yg paling lama aku pakai.. goldcard sebab aku 'Pay Master' bukan sebab gaji banyak kay! Sebab aku punya habit tak suka berhutang.. pakai kad hutang sebab memudahkan keje aku.. boleh dikatakan sumer monthly expenditures aku tak gunakan tunai.. sumer guna kad plastik.. ujung bln statement sampai aku lump sum kan jer sumer guna online banking dari akaun masuk gaji... so.. kat situ aku raser lebih selamat tak perlu carry duit tunai di tangan banyak²..

Kredit kad nie ada lebih.. ada kurangnya.. memudahkan seperti yg aku nyatakan kat atas.. juga sangat berguna di kala emergency.. yelah.. kot tetengah malam.. sakit.. tak der tunai kat tangan... atm machine pon tak jumper.. bleh lar guna kad plastik tu kan.. dan lagie.. kot lar kan gaji masuk lewat bulan tu.. bleh lar belanja advance dulu guna credit card tu kan.. dan satu lagi.. guna kad nie pon mudahkan kita nak beli produk online.. booking flight.. booking hotel.. etc.. tapi ujung bulan must make sure bayar kasik licin.. jangan jadikan habit bayar minimum payment.. itu akan menjerat diri dengan bunga² cinta sepanjang tahun... bayaran tak pernah surut asyik dok tanggung interest jer... dengan adanya credit card nie juga memudahkan kita nak beli barang ansuran.. pilih lar yg easy payment.. yg telah di-set-kan tempoh bayar baliknya.. dan tidak dikenakan langsung interest... macam kita kumpul duit lar nak beli barang tu.. tapi barang kita dah dapat dulu.. hehehe.. pokoknyer.. nak guna kad plastik nie.. kena bijak... kena paham how it works.. kalau belanjer membuta tuli.. tu yang semput dada bila dapat bil... cam tak cayer laks.. saper yg banjer sumer tu.. and make sure.. every transaction yg korang buat.. rekod... supaya tidak keliru di kemudian hari..

Okeh kepada pengumpul credit card berhemah.. sila lupakan hobi anda sekarang.. terminate lar mana² kad yg korang tak pakai tu.. sebelum korang di-bil-kan dengan cukai RM50.00 itue... :)

***********************************************

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pemegang kad kredit boleh menjangka melihat jumlah cukai perkhidmatan yang patut dibayar dalam penyata mereka secara berasingan, yang mana dikenakan cukai semasa pengeluaran, pada tempoh genap setahunnya, atau semasa diperbaharui.

Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) berkata sekiranya kad kredit baru dikeluarkan tahun depan sah bagi satu tahun, cukai perkhidmatan RM50 akan dikenakan pada tarikh ia dikeluarkan.

Bagaimanapun, jika kad baru dikeluarkan bagi tempoh lima tahun, cukai perkhidmatan akan dikenakan pada tarikh pengeluaran dan setiap tarikh genap setahun berikutnya.

Bagi kad sedia ada yang sah untuk lima tahun, cukai perkhidmatan akan dikenakan pada tarikh genap setahun pengeluaran bermula 2010.

Ini kerana cukai perkhidmatan RM50 yang akan dikenakan bagi setiap kad utama dan RM25 ke atas setiap kad tambahan hanya berkuat kuasa pada 1 Jan tahun depan, seperti yang diumumkan dalam Bajet 2010.

Persatuan itu berkata cukai perkhidmatan tersebut tidak terpakai bagi kad-kad lain termasuk kad debit, kad petrol, kad caj, kad kesetiaan dan e-wang seperti "Touch n' Go".


Monday, June 28, 2010

Cuti Arinie..!

Ahhh.. tensi gue.. tadik dah berjela taip.. tapi.. sumer dah ilang.. huhuhu... buang masa.. buat penat kepaler otak dan jari jer berteleku depan lappy yg dah uzur inie... biler panas jer harus sumer tergantung... "hang lar" pastu kena restart... aduhhh.. memang bikin atiiii panas... dah bosan kan nak taip balik... entri lepas rindu tadik bertukar kini sebagai entri melepas gewammm... ohhhh... biler lar nak dapat lappy baru nie.??

Ok lar.. dah dua hari umah kosong.. tuan umah balik kampung lar.. sepupu kita kawen... ingat nak wat schedule entry.. tapi tak sempat.. terkochoh ganyah nak packing segala benda.. nak kemas rumah.. settlekan itu ini sebelum berjalan jauh.. (mmg berat kaki nak langkah keluar rumah kalau ada benda yg tak settle.. sgt tak suka biler balik rumah macam tongkang pecah.. hendaknya selalu balik rumah hati raser tenang.. selayaknya rumahku.. syurgaku.. rumah tempat berehat)..

Hurmmm.. arinie yerr.. tak keje.. dedua laki bini charge balik bateri.. letih woo sesekali outstation nie.. walaupun bukan aku yg memandu... sangat kejung urat saraf nie biler terperuk dalam kereta untuk satu jangka waktu yg lamer.. okeh.. jumpa esok yer!

Friday, June 25, 2010

SUBWAY.. No Way!!

Citer nie dah lamer.. dah lamer nak keluarkan tapi asyik ler tertunda.. sebab Kakpah perasan bzzz.. up kan entri lain dulu.. arinie baru punya mood nak citer okey... ini kisah benar dan saya serius... hahaha! pekehe nyer Kakpah nie.. pas serius gelak pulokkk Siler faham dan hayati aper yg aku ceritakan ini...

Aritu kan kitowang dapat 2 tiket wayang free Screening Karate Kid.. haaa.. baru tau baper lamerr.. memang lamer kan.. heheh.. citer tu memang best bagi owang yg tak suka pk berat2 cam aku nie.. (iyer ker?? Hikhik) Hurrrmmm.. tapi bukan itu yg aku nak citerkan kat sini... nie haaa... aku nak citer pasal tempat kitorang makan sebelum menonton tayangan percuma itue...

"Abg.. jom kita p makan.. Ayang lapar larr.." Kataku menyuarakan hasrat perut yg minta diisi..

"Okey.. tapi abg nak p toilet dulu.. tak tahan.." En. Ady pula menyuarakan panggilan alam yg tak dapat ditahan²..

Selepas itu..

"Ayang nak makan kat maner?" Dia bertanya..

"Yang dedekat dah lar.. pastu kita cari surau.. senang sikit nak tengok wayang" Sambil mataku liar memerhati keliling.. mencari tempat yg dapat menambat selera.. banyak western stye nyer food... okeh raser cam nak merasa ada kat negeri omputih...

"Bang.. jom kita makan kat situ.." sambul muncung kujuihkan ke tempat yg aku maksudkan.. tanpa menunggu jawapan En. Ady.. kakiku telah lebih dahulu melangkah menuju destinasi... membelek² menu di kaunter... set makanan aku tempah.. dan terus mencari tempat duduk.. berdepan tong sampah.. (jauh sikit lar.. tempat tu kecik jer.. jadik tong sampah tu jelas di pandangan mata kami) Aku lepak di situ sementara En. Ady menunggu menu dipesan utk dibayar.. dan mataku tertancap pada si pelayan restoran ini... dia mengutip semua bekas² makanan juga minuman yg telah ditinggalkan pelanggan yg makan di situ.. bagus... bersihkan cepat dari pandangan mata!

Tapi.. yang buatkan aku agak terkejut... Pelayan tu membuang sampah di atas tray itu sedalam²nya ke dalam tong sampah (yg macam kat fast food restaurant biasa tu.. yg jenis tolak mulut dan sumbat isi sampah tu..).. tak cukup dengan tu.. ditekan²nya sampah tu guna tray dia... OMG.. gelinyer aku..

En. Ady sampai... membawa makanan menggunakan tray di situ of course! Aku nikmati hidangan penuh tanda tanya... sambil memandang tray yg dikutip dibawa masuk ke kaunter... dan pada ketika itu... dedekat kitorang nak abis makan.. datang lagi.. pelayan yg sorang lagi pulak... mengeluarkan salah satu tong yg sampahnyer dah penuh.... korang tau dia buat aper?? Dia gunakan one of the tray yg dia kutip... ditekan²nya sampah kat dlm plastik tu kasik mampat... OMG... OMG... aku cuit En. Ady suruh tengok apa yg aku tengok... korang raser tak aper yg aku raser... sib baik aku dah nak abis makan dah... silapnyer kitowang tak snap jer gambar perlakuan dia tu.. korang raser dia basuh ke tray tu lepas dia tekan² sampah tue... aku pernah keje fast food restaurant nie maser cuti semester time sekolah dulu... tak dernyer maser kitorang nak cuci² tray tu time business hours... kitorang cuma akan cuci setelah kedai nak ditutup... biler sumer pelanggan dah balik... itu tempat aku keje dulu... dan aku tengok staff situ tak lar ramai... dan staff dia juga nampak cam tak paham Bahasa Melayu.. macam orang Myanmar.. entah ler... luaran nampak bersih... pakai sarung plastik maser nak sediakan menu... tapi.. tangan dorang tu bercuci ker.. baper kali dorang bukak pakai plastik yg samer??? Eiiii.. tak dapat bayangkan... geliiii arrr... bak kata En. Ady.. "Makanan dah sihat.. tapi pengendalian pelayan tidak sihat".. tak p dah lar kami makan kat situ... PENGOTOR!!

Makanan baru sampai...

..nampak menyelerakan..

..En. Ady menikmati menunya.. sampai terpejam² mata tu.. nikmatnyer eak dapat isi perut..

..aku juga..

..posed lebey² hehehe..

..moral of the story.. lenkali jgn tengok makanannyer sajer... tengok pengendali makanan tu juga.. take time perati sekeliling.. orang yg beriman itu memilih makanan yg bersih sumber juga penggendaliannya... halalan toyyiban!

..e'ehh terselit pulak gambar nie.. di kaunter pengambilan tiket nuffnang..

..puas hati pas telah dalam tangan..



..iNtiSaRi BERITA HaRI iNi..


Dah bacer paper?? Hmmm.. seperti biasa.. perkara pertama aku buat biler sampai opis... belek paper setelah on pc & radio.. and bancuh air... salah satu tugas PA kan mengambil suratkhabar untuk bosnyer.. hehehe.. so sebelum bos sampai.. boleh lar belek sikit² kan... Ada berita sensasi.. berita menyedihkan.. berita² pelik pon byk..

Okeh.. highlight yg menarik minat pembaca yg penuh dengan perasaan ingin tahu seperti aku itu ialah..

1) Pergolakkan Perkahwinan Selebriti cantik jelita dengan suaminya yg hensem cam hero filem James Bond... siapa?? Maya Karin dan Muhammad Ali... tak tau banyak dari ringkasan berita nie melainkan kata² suami Maya.. "Ask Maya, No Comment, No divorce," biler ditanya wartawan...
- harap sangat.. jangan lar tambahkan lagi statistik perceraian di kalangan artis nie.. semoga jodoh mereka masih panjang...

2) Rosyam Nor tertekan dituduh penipu.. sebab apa?? Syarikatnya RNG (Rosyam Nor Group) menceburi perniagaan menjual produk kesihatan, Power Impian sebagai caranya membalas sokongan peminat dengan membantu menerusi perniagaan bersama. Janji syarikat memberi wang setiap 2 minggu pada ahli tidak benar kerana Power Impian sebenarnya membayar bonus pada ahli yang layak jika ada pendaftaran ahli baru. Rosyam mengesyaki penyebar email memfitnahnya adalah dari kalangan rakan artis dan akan membuat laporan polis. Dia bersedia disiasat SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) jika dia dikatakan penipu.
- Siasat Rosyam.. siasat.. semoga kebenaran terserlah jua..

3) Pelajar MTD Mati Didera... Pelajar Maktab Tentera Diraja Sungai Besi dibuli pelajar senior mininggal dunia sejurus ditendang dan kepalanya terhantuk di lantai sehingga tidak sedarkan diri... sebelumnya mangsa berusia 16 tahun dipanggil senior menjalani hukuman tekan tubi berulang kali sebelum ditendang.. Ibu mangsa rebah lihat jenazah anak.. kecewa lewat dimaklumkan kematian anaknya.. jenazah telah dikebumikan dan kes ini masih dalam siasatan polis juga Caw. Siasatan Khas ATM.
- Apa nak jadi yer.. mak bapak hantar menuntut ilmu bukan untuk membunuh orang... kes buli nie tidak pernah lenyap... dan perasan tak.. selalu terjadi di sekolah berasrama... dan selalunya di Maktab Tentera... menyedihkan.. mereka yg dilatih di sini dengan harapan dapat membela bangsa dan negara sebaliknya membentuk sifat bercanggah di kalangan mereka...

4) Bakal Tunang DIBUNUH Perompak!.. Jodoh tidak kesampaian.. begitu tersurat.. Noraini Hassan terpaksa menerima realiti kematian tragis bakal tunangnya Mohd Redwan Ali yang ditemui mati dalam keadaan duduk di atas sofa di rumahnya dengan kedua² tangan terikat ke belakang dengan wayar charger telefon bimbit dan mulut ditutup kain. Terdapat dua kesan tikaman di dadanya.
- Penjenayah memang hatinya kering.. binatang di kalangan manusia... sanggup buat apa sahaja asal apa yg dikehendaki dapat dipenuhi.. tidak peduli walau hidup mereka di atas tangisan dan lumuran darah insan lain... hidup mereka ini tidak akan pernah aman dan tenteram.. buat baik dibalas baik.. buat jahat.. sendiri mau ingat... semoga arwah bersemadi dengan aman dan bakan tunangnya itu tabah menghadapi cabaran dan dugaan ini.

5) Suami Lemas, Isteri Hilang.. Keriangan Yuhin Azlan Yusoff menyambut ulangtahun kelahiran berakhir tragedi apabila beliau dijumpai lemas ketika berusaha menyelamatkan isterinya Norita Dahari yang masih belum ditemui ketika mandi manda di pantai Pulau Langkawi. Pasangan ini meninggalkan seorang anak berusia 2 tahun.
- Kesian sangat kat anak pasangan nie... kehilangan kedua² ibu bapa serentak... semoga ibunya yg belum ditemui itu selamat hendaknya... kalau tidak kepada siapalah si kecil itu hendak menumpang sayang... sedeh...

6) Diserang Bapa Pelajar.. seorang guru diserang bapa seorang pelajar tingkatan 1 yang tidak berpuas hati dengan pembongkaran kes kecurian jam tangan yang melibatkan anaknya. Berikutan kejadian itu, guru terbabit menerima beberapa jahitan di kening dan telinga selepas ditumbuk dengan buku lima. Laporan polis dibuat dan bapa murid berkenaan berdepan tindakan tegas bakal diambil atas tindakannya itu.
- Aduhaiii.. mengapa guru yang diserang?? Bagaimana anak hendak dididik jikalau sikap bapanya sendiri begitu??

7) Alat Kesan DNA Babi... teknik terkini mampu mengesan status halal daging atau produk yang dikhuatiri status halalnya dalam hanya tempoh sejam dijangka mampu meningkatkan keberkesanan JAKIM dalam usaha penguatkuasaan di seluruh negara.
- Satu peningkatan teknologi yang sangat berguna untuk kesejahteraan masyarakat Islam dewasa ini yang kerap diperjudikan makan minumnya dengan unsur² tidak suci dan halal..

8) Kaki Ekor Puja Penjara.. sanggup datang ratusan batu ke ibu kota untuk dapatkan serpihan batu runtuhan Penjara Pudu bagi memenuhi syarat upacara 'menurun' bagi mendapatkan nombor ekor menggunakan ilmu hitam. Kaki ekor juga judi bola sanggup lakukan pemujaan di dalam kamar jeriji penjara atau bilik kurungan terakhir yang dianggap 'keras' serta berpenunggu semata² bagi memperolehi apa yang dihajati.
- Pelik.. pelik... macam² perkara pelik dilakukan manusia² pelik... judi itu haram... meminta pada selain Allah itu khurafat.. bertaubatlah....

9) Air Mata Azzurri.. Penyandang Juara Itali tersingkir selepas tewas 3 - 2 kepada Slovakia dalam perlawanan terakhir Kumpulan F, malam tadi. Kekalahan memalukan itu bermakna Itali mengikut jejak Perancis yang turut terkeluar di peringkat kumpulan, kali pertama dua finalis daripada kejohanan sebelum ini gagal mara ke pusingan kalah mati.
- Sajer jer taruk berita nie.. info buat En. Ady.. hehehe


..aDa ApA DaLaM HaTi??..


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk yang lain.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga...lagipun orang tamak selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time kerja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada...

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah...

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka Dengan dunia ... buruklahh padahnya...


Thursday, June 24, 2010

..Mohon BONUS 2 Bulan..


ALOR GAJAH: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap kemukakan permohonan kepada kerajaan bagi menimbangkan pemberian bonus kepada kakitangan awam menjelang pembentangan Bajet 2011, Oktober depan.


Presidennya, Omar Osman berkata, tahun lalu, pihaknya akur tiada bonus kepada kakitangan awam kerana ekonomi tidak menentu.

Katanya, selepas setahu keadaan ekonomi semakin pulih, Cuepacs akan buat permohonan sekali lagi.

"Kami tetap dengan permohonan mendapatkan bonus dua bulan untuk semua kakitangan awam dan berharap permohonan ini diluluskan kerajaan pada Bajet 2011 nanti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Auditorium Bangunan Canselori, Kampus Induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dekat sini, semalam.

Hadir sama Penasihat Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi, Prof Dr. Raduan Che Ros dan Presiden persatuan Pegawai Akademik UTeM (UTeMASA), Prof Madya Dr. Raja Roslan Raja Rahman.

Terdahulu, beliau menjadi ahli panel bagi forum anjuran UTeMASA sempena Mesyuarat Agung UTeMASA ketiga.

Mengulas lanjut, Omar berkata, pihaknya tetap berharap 'berita gembira' untuk kakitangan awam yang kali terakhir memperoleh bonus pada 2008.

"Cuepacs akan berusaha membuat permohonan itu kepada kerajaan sebelum pembentangan bajet nanti," katanya.

Ketika ini, terdapat 206 ahli persatuan UTeMASA terdiri profesor, jurutera pengajar, pensyarah, tutor dan guru bahasa.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga akan membuat permohonan kepada kerajaan bagi menaikkan bantuan kemudahan pengurusan jenazah daripada RM1,000 kepada RM3,000.

-Harian Metro/Setempat/36 A/Khamis/ 24 Jun 2010

**************************************

Aku: Kalaulah dapat bonus tu kan... hurm lega sikit nak belanja ujung tahun nie kan.. macam² nak buat.. Alyaa nak masuk tadika.. Insurans Road Tax keta... pendek kata macam² lar nak diguna.. panjang jangan kata apa² okeh!


..Pesanan seorang Mursyid..


"Kalau kita hendak menasihati orang.. Tanya hati kita dahulu.. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.. Apakah tujuan kita?.. Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu"..

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.. Bukan pahala kita dapat tapi bala..

Wednesday, June 23, 2010

..HaPpiiE BiRtHDaY SWeEty CuTiE LiTtLe WaRDiNA..

Hai.. bertemu kita lagi dalam sesi mari menyambut birthday.. hehehe.. ini birthday anak buah aku Sharifah Wardina.. anak abg aku Syed Faisol.. function diadakan di Pizza Hut... sangat happening okay.. next time mungkin kitorang pon bleh buat kat venue yg sama.. amik birthday package jer.. senang citer.. tak yah sesusah.. everything is ready for you... you cuma perlu sediakan duit dan jemput orang datang.. hahaha..

Wardina nie temmmbaaammm lar sangat.. dia nie sebaya ngan anak aku Ainna dan juga sepupu dia Syed Islam anak adik aku... thn lepas kan mak aku timang cucu 3 sekaligus.. tapi idak ler serentak.. memasing selang dua bulan.. dalam tiga² tu Wardina yg lahir paling kecik.. tapi biler keluar.. maksud aku biler dah membesar.. cam sekarang.. dia lah cucu mak yg paling tembam.. tak cayer tgk lar gambar² kat bawah nieh!

Ini lar untungnyer adik badik ramai.. sesekali sambut parti camnie.. tak perlu ajak orang lain.. kami adik beradik jer.. macam nak pecah tempat tu dibuatnyer... bukan senang nak kumpul camnie.. the more the marrier lar kan... sangat enjoy malam tu..

..ohhh inie bukan birthday girl.. saper tak kenal angkat tangan... inie Cik Puan Kecik Putri Ainna Najihah yer..
..yang nie laks Bonda Cik Puan Kechik tadi..

..the princess of the nite.. nie lar birthday gurl nyer.. Sharifah Wardina.. tembam kan!

..kecik² dah pandai bergosip budak² nie.. dalam gambar kakak si Wardina... Sharifah Yasmin dan sepupunya anak aku si Putri Alyaa Safiah..

..sebilangan kaum kerabat.. hehehe..

..missing one letter kat nama birthday gurl.. camner leh silap eja nie eak??..

..Yasmin dan Sharifah Nurul Auni.. cucu mak aku yg sulong anak adik aku Syed Putra..

.."Eppy birthday Wardina.." itu lar agaknya dikatakan si Ainna..

..huurrmmm... sedap sangat gamaknyer sup tu yer Alyaa..

..bapak² melayan anak..

..peace!! We having a great time here.. hehehe

..enter the frame..

..tiga ibu pingitan.. Cik Piah.. Mak aku dan Umie aku..

..ini mak kembar si Aisha.. wife cousin aku.. Kak Zai..

..Ainna disuap sup..

..enjoy sangat dorang biler jumpa ramai².. tgh nyanyi lagu birthday nie.. walaupon belom masernyer meniup kek.. budak² biasa lar.. sangat excited..

..Ainna.. tak reti diam jugak.. ke hulu ke hilir dia malam tu..

..the twin lain pak lain mak..

..Dhia Aishah & Aisha Ameerah..

..saper² nak makan soup??..

..byk jer lebih pizza malam tue..

..cucu terbaru.. no. 10.. anak pertama Lilis.. adik aku..

..tengok.. sukernyer dia dengan topi tue..

..tantek tak topi nie??..

..Cheese maskot.. teruk dibuli budak² nie..

..nyanyi ramai²..

..Wardina with abah.. potong kek.. blur jer muka dia..

..Aisha dengan Walid husband Lilis..

..anak manjer ayah..

..Dekly adik aku with the twin..

..maser nak main musical chair nie.. sempat lagi Alyaa nak tiup belon..

..meriah..

..Ainna pon sibuk nyanyi maser orang lain dok nyanyi birthday song..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails