.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Wednesday, March 31, 2010

MiNuM MiLO KeTui LoRrrr..

Pagi tadi.. sampai opis.. masuk bilik.. on pc & Radio.. hadap surat khabar baca headline jer.. then seperti biasa aku nak bancuh milo 3 in one aku.. dah gunting sachet segala... ngan sudu sumerr... terus kebelakang utk ke pantry buatan (dibuat oleh colleagues kat opis sekadar utk bancuh air.. (p amik air panas lar..) aku pon press ler paip tong RO water tu.... e'ehhh... tak der air.. baru ler aku nak belek tong.. kalau tidak tadi slumber jer straight to the point... tak der air rupernyer.. kosong!

Aku cabut tong tu... (dedolu maser blom kawen.. aku angkat sendiri tong air tu.. kalau air dah abis.. tp sejak dah kawen & beranak nie.. idak ler aku buat lagi.. kang rahim jatuh tak pasal jer... kalau abg kat opis lama dulu dia cakap kat aku.. "Pah.. ko angkat sendiri tong tu.. lenkali mintak tolong larr.. putus urat kentut baru ko tau!" Hahaha... sampai sekarang aku igt.. ehh.. kita ada urat kentut ker??) baru dok pk dlm kepaler.. kepada siapa hendak kupohon bantuan mengangkat tong itu... tapi blm sempat jawapan aku pastikan... mood terus down biler maner bebudak kat cubicle tu kata... air sumer abis.. wing belah kanan.. wing belah kiri pon... ayooo!! Gilo lah... ini lah kali pertama.... kali pertama Jabatan kehabisan stok air... wawawahhhh... kuat minum air eak org gomen! Takper².. minum air tu kan baguih.. tapi yg tak baguihnyer naper lar tak update stok.. patutnyer sblm air abis.. stok air baru dah sampai... aiyoooo!! Minum milo sejuk lorrr............ (berketui² bancuhannyerrr..)

Din BeRaMBOi MaSuK ICU!!

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my
2010/03/31

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali Din Beramboi (gambar), 43, kini dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Bahagian Kecemasan Hospital Selayang (HS), di sini, selepas mengadu mengalami demam kuat dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus, kelmarin.

Malah, pihak hospital menjelaskan pelakon ‘Wakenabeb’ di ntv7 itu memerlukan darah jenis O dengan segera dan merayu sumbangan darah daripada orang ramai dalam tempoh masa 24 jam.

Sebelum terlantar di HS, Din Beramboi yang juga deejay di Radio Era dipercayai mengalami demam sebelum mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan berhampiran kediamannya di Rawang, dekat sini.

Bagaimanapun, selepas menjalani pemeriksaan kira-kira jam 9 pagi, beliau yang turut menjadi juri dalam rancangan Raja Lawak kemudian dirujuk ke HS untuk pemeriksaan susulan kira-kira jam 3.30 petang.

Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran, memberitahu ini kali pertama Din Beramboi mengalami masalah kesihatan agak serius sedangkan sebelum ini, dia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam urusan kerja malah sanggup datang bertugas di konti meskipun demam.

“Bagaimanapun, beberapa hari sebelum kejadian, dia ada mengadu kepada saya mengatakan tidak boleh tidur dan demam menerusi SMS.

“Keadaannya semakin serius semalam (kelmarin) sebelum dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Nazri berkata, Din Beramboi kini dipantau doktor yang menjaganya malah turut ‘ditidurkan’ bagi menjalani pemeriksaan lanjut di hospital berkenaan.

Difahamkan sebelum kejadian, Din Beramboi menggantikan tugas seorang pelakon lain ketika menjalani penggambaran di sebuah zoo di ibu negara.

Bagaimanapun, sejurus selepas selesai penggambaran, pelawak itu mengadu mengalami lemah badan dan kurang sihat kepada isterinya, Suhaini Che Man, berusia lewat 30-an.

Sementara itu, jurucakap HS ketika dihubungi menyatakan, keadaan pelakon itu kini agak kritikal dan sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

*********************************

Petikan berita di atas aku ambil dari MyMetro Online. Berita nie rasernyer mengejutkan banyak pihak.. sebab aku pon terkejut.. dari semalam lagi... sebab dah ada blogger yg blog pasal nie.. ingat ker lawak ker aper ker.. rupa²nyer betul biler tgk TV3 nyer news highlight pagi tadi... dan bacer sendiri berita ini di muka² depan akhbar utama... segala yang berlaku tidak terduga.. kesihatan harta paling mahal di dunia nie.. kesihatan adalah nikmat dari Allah... dan Allah boleh menariknya bila² sahaja... hari ini kita sihat.. kuat.. bergurau gelak ketawa... esok lusa kita sakit.. terlantar.. siapa yang sangka... sama lah juga dengan pepatah yang mengatakan malang tidak berbau... kita tidak pernah mengharapkan ditimpa musibah² yang terjadi... tapi kita juga tidak mampu menghalangnya... hargailah apa yang kita ada... bersyukur dan pelihara amanah diberikan Allah kepada kita... segalanya hanyalah pinjaman... suatu hari harus dipulangkan..

Selalu ingatkan diri dengan segala yang terjadi di sekeliling kita... Allah turunkan musibah sebagai ujian juga peringatan buat kita yg selalu alpa mengingati 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara... muda sebelum tua.. lapang sebelum sibuk.. kaya sebelum miskin.. sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati... aku juga kamu... insan biasa... kita selalu lupa..

Virus Air Kencing Tikus... dikatakan mungkin punca utama Din kritikal dan dimasukkan ke ICU.. Bagaimana virus itu boleh menjangkiti manusia?? Virus ini dikatakan sangat bahaya dan penting bagi kita mendalami penyakit ini... di bawah aku copy artikel juga pengalaman² mereka yang pernah berdepan dengan penyakit ini.. mudah²an bermanfaat buat kita semua...

*********************************

Di Jakarta atau di Indonesia pada umunya, penyakit ini sering muncul setelah banjir. Genangan air merupakan salah satu media penyebar bakteri leptospira yang dikeluarkan oleh tikus lewat air kencingnya. Apabila kulit terluka dan terkena genangan air yang terkontaminasi bakteri leptospira, maka proses penularan penyakit ini mulai terjadi

Leptospirosis merupakan salah satu penyakit zoonosis, yang bisa menular dari hewan ke manusia. Ada banyak serovar dilapangan diantaranya Leptospira canicola, L. pomona. L. icterohaemorrhagiae, L. bataviae, L. harjo dan L. javanica. Pengobatannya sebenarnya relatif cukup mudah, namun apabila terlambat dapat berakibat sangat fatal. Organ yang diserang terutama adalah ginjal. Hati, paru-paru, sistem pembuluh darah dan syaraf juga merupakan target serangan bakteri leptospira ini.

Pada hewan hampir semua jenis hewan dapat terserang leptospirosis, terutama anjing. Masa inkubasi antara 4 – 7 hari. Gejala awal biasanya anjing tidak mau makan, tampak lesu, kemudian diikuti demam, muntah dan dehidrasi. Kadang diare berdarah, sesak nafas dan selaput lendir kekuningan (icterus). Air kencing sangat kuning dan pekat, kadang berdarah . Apabila kerusakan ginjal cukup parah ( bisa dideteksi dengan pemeriksaan laboratorium terhadap fungsi ginjal yaitu ureum kreatinin ) biasanya sangat sulit diatasi, dan anjing penderita akan mati.

Apabila penyakit ini terdeteksi sejak dini, pengobatan dengan antibiotika golongan penicillin masih cukup efektif dan bisa sembuh. Namun biasanya pemilik terlambat membawa anjing penderita ke dokter, sehingga pengobatan pun lambat diberikan. Vaksinasi sebenarnya salah satu cara efektif untuk pencegahan. Namun sayangnya vaksin yang tersedia hanya mengandung 2 – 3 jenis leptospira ( L. canicola & L. icterohaemorrhagiae ), sementara serovar di lapangan tak kurang dari 16 serovar. Dan jenis bakteri yang sering ditemukan dilapangan adalah L. bataviae, L. javanica, L canicola dan L. icterohaemorrhagiae.

Jadi walaupun anjing anda sudah diberikan vaksinasi terhadap leptospirosis, anda harus tetap waspada terhadap leptospirosis ini. Dan yang penting anda harus lebih waspada lagi karena penyakit ini dapat menular ke manusia dan bisa berakibat fatal. Membasmi tikus dan menghindari genangan air adalah salah satu trik pencegahan leptospirosis selain vaksinasi tentunya. (Drh. Amir Mahmud - KlinikHewan.com)

*********************************

Kisah Pertama:

"Tiga tahun lalu ketika pregnant anak sulung, saya berada di semester akhir di Universiti. Ketika kandungan berusia berusia 5 bulan lebih Doktor dapati kelainan pada perut saya dan di refer ke GH di Klang. Setelah di scan didapati hati dan limpa saya membengkak dan Dr suspect hepatitis. Kemudian kerana tak selesa dengan keadaan di hospital itu saya berjumpa Dr Hamid Arshat dan buat pemeriksaan darah. Sebulan selepas itu saya mendapat demam panas selama seminggu dan suatu hari saya merasa sakit dan sukar bernafas. Lalu saya minta untuk ditahan di hospital swasta di Bangsar. Ketika itu kandungan masih baik dan bergerak. Selepas di X-ray saya ditahan di ICU. Keesokan harinya saya merasa begitu sukar bernafas dan anak tidak bergerak lagi dalam perut. Saya merasakan seperti Allah ingin mengambil nyawa dan sempat meminta ampun kepada ayah dan suami yang ada berhampiran. Doktor terpaksa komakan saya kerana kesukaran bernafas dan saya tidak sedar selama 8 hari. Hari ketiga dimasukkan ke hospital. Dr Hamid dapati kandungan sudah turun dan beliau mengeluarkan bayi secara forcep dan menurut beliau bayi saya masih panas bermakna baru meninggal. Ketika itu kandungan berusia 29 minggu. Saya mengalami pendarahan yang teruk dimana darah keluar melalui salur peranakan, mulut dan hidung. Darah baru terpaksa dimasukkan hingga berpuluh-puluh pain mujur ramai datang derma hingga terlebih.

Doktor tidak tahu virus apa yg menyerang. Pada mulanya suspek denggi dan ada sorang Doktor pula dengan yakin telah memberitahu famili saya bahawa saya mengalami leukimia peringkat teruk dan harap keluarga bersedia untuk pemindahan sum-sum. Kami cukup kecewa dengan sikap doktor tersebut yang memberitahu wlaupun belum pasti dan tanpa memikirkan perasaan keluarga saya ketika itu. Esoknya dia kata bukan pula. Keadaan saya ketika itu memang teruk dan temperature memang tinggi. Ramai pelawat yg menitiskan airmata melihat keadaan saya. Kerana terlalu ramai pelawat saya dipindahkan dari katil yg dipisahkan dengan langsir kepada bilik yg pelawat hanya buleh lihat dari tingkap kaca..suami dan ibu hanya dibenarkan masuk..bilik itu memang mahal (ICU)..kerana Dr tak dapat pastikan kuman itu datang dari mana (mungkin dari pelawat ker)... selepas 8 hari saya sedar dan dapati kandungan sudah tiada...ketika itu temperature demam saya naik semula dengan tinggi.

Saya amat lemah ketika itu dan tak berupaya nak bergerak dan tidak selesa dengan darah-darah kering pada hidung dan dalam mulut. Selepas itu banyak hari juga saya langsung tidak dapat melelapkan mata mungkin terlalu lama tak sedar diri. Walaupun sudah 16 hari di ICU ...punca penyakit masih tidak diketahui...Apabila demam sudah kurang Lalu saya dipindahkan ke wad (ketika itu disuruh duduk pun saya akan terlentuk jatuh) dan masih dikawal rapi. Tiada sebarang pelawat dibenarkan masuk kebilik saya (kecuali suami dan ibubapa) dan mereka perlu memakai penutup hidungdan mulut (takut saya kena virus dari pelawat).

Saya ditahan lagi selama 10 hari utk dimasukkan antibiotik (ketika itu memang seksa). Akhirnya doktor mengatakan bahawa saya diserang virus Laptospirosis (virus kencing tikus) yang buleh merosakkan hati limpa, buah pinggang dan jika sampai ke otak buleh membawa maut.Ia masuk ke salur darah. Tidak tahu mana saya terkena virus itu.Tapi selepas saya keluar ada beberapa orang yang kena begitu. Ketika itu juga virus itu sedang merebak di Thailand.

Selama hampir sebulan di tahan dihospital saya terpaksa menahan perasaan sedih kerana kehilangan anak. Saya kena kuatkan semangat untuk cepat sembuh dan keluar dari hospital. Suami saya juga selama itu juga dia berumah-tangga di hospital. Saya tak dapat bayangkan perasaan dia dan keluarga. Kami baru saja 10 bulan berkahwin.

Kerana kemasukkan darah baru juga terlantar lama atas katil serta kehilangan berat badan yg banyak menyebabkan saya lemah untuk berjalan... Saya terpaksa belajar berjalan semula dan berusaha agar tidak mengikut perasaan yang sedih. Saya juga terpaksa menangguhkan study ke semester depan.

Bil hospital pun begitu mengejutkan kami ...dengan bil itu kami hampir boleh memiliki sebuah Proton Waja. Saya tidak melakukan sebarang pembedahan tetapi Ini kerana saya ditempatkan di bilik waktu di ICU dan juga menggunakan alat yg mahal bagi pernafasan . Doktor ada mengesyorkan utk berpindah ke hospital lain ketika itu..tapi keluarga saya mengatakan duit boleh diusahakan tapi nyawa.... Doktor Hamid menyifatkan saya seperti mati hidup semula dan menasihatkan agar tunggu setahun utk pregnant semula kerana keadaan saya yang memang teruk...

Doktor2 yang merawat pun sedih melihat diri saya. Dengan takdir Allah selepas hati, limpa saya mengecut ke saiz asal dan darah sudah stabil , lapan bulan selepas itu saya pregnant. Kini anak kedua saya (lelaki) sudah berusia 2 tahun 4 bulan dan amat lasak. Anak sulung saya yang meninggal itu bayi perempuan.

Selepas kejadian itu saya cukup lagi terkena kerana sudah imun dengan virus itu. Dengan itu berjaga-jagalah dengan haiwan itu dan juga kucing(kencing kucing pun bahaya)."

*********************************

Kisah Kedua:

Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang kawan saya di Bangi untuk berbual kerana dah lama tak berjumpa. Dia bagitahu yang dia baru jer balik dari menguruskan jenazah di negeri di selatan tanahair kerana salah seorang bapa kawannya telah meninggal dunia kerana disyaki keradangan otak.

Menurut beliau sukar dia nak percaya kejadian yang berlaku kepada arwah kawan bapanya. Kerana arwah nie sihat sepanjang hari sebelum meninggal.

Tiba-tiba jer kena macam strok masa kat umah dia. Terus jatuh pengsan tak sedarkan diri sehinggalah ke akhir hayat beliau.

Keluarga arwah pun bawa ler bapanyer tu ker klinik. Doktor yang periksa arwah nie bagi tahu dia kena strok. Dia terus refer kes ni ke hospital besar. Sampai jer ke hospital terus kes nie dirujuk ke bahagian ER. Doktor yang pekse arwah nie cakap takdelah pulak tanda-tanda kena strok. Bila buat pemeriksaan CT pada bahagian kepala arwah doktor kat situ semua terkejut sebab ada sesuatu kat dalam sistem otak arwah. Bila diaorang check pun check diaorang dapati ada sejenis cairan di dalam otak arwah.

Doktor amik sample apa yang patut pada arwah. Tapi saya tak pasti samada dia amik kat kepala jer atau kat bahagian lain. Bila dibuat ujikaji di makmal doktor kat makmal tu heran macam mana cairan sample yang dia amik tu mengandungi peratusan tertinggi kandungan asid yang sering terdapat pada air KENCING TIKUS.

Semua orang heran macam mana kencing tikus nie boleh ada pada sistem otak arwah. Doktor bertanya dengan family arwah ada ke arwah ambil apa-apa makanan di luar rumah baru-baru nie.

Mengikut family arwah, arwah nie bukan lah jenis yang suka makan kat luar. Dia nie suka makan apa yang masak oleh isterinya jer.Tikus pun tak penah nak ada dalam umah diaorang. Bila diselidik semula barulah family arwah nie teringat yang arwah baru-baru nie ada beli beberapa air minuman dalam tin. kalau tak silap saya air tin bergas. Doktor minta pagawainya ke umah arwah bawa sample dalam air tin tu untuk diuji.

Setelah diuji, kandungan air dalam tin tu tak menunjukkan apa-apa tanda ada kesan air kencing. AKAN TETAPI pegawai makmal menguji sampel padapermukaan air tin tu. Doktor pun dapatlah jawapan macam mana arwah nie kena jangkitan pada otaknya.

Rupa-rupanya air dalam tin tak tercemar, yang tercemarnya adalah permukaan air tin tue jer. Mengikut doktor tu mungkin tikus telahmerayap pada air tin tu sebelum tikus tu kencing pada air tin yang arwah beli.

Kalau dilihat secara fizikal manalah mata kasar kita nie bolehnampak kesan air kencing tikus nie kalau air kencing tu dah kering.

Jadi kepada semua rakyat malaysia, berhati-hatilah bila saudara dan saudari membeli mana-mana barangan jenis tin atau berbentuk makanan yang dipack dari mana-mana kedai atau supermarket kerana dikhuatiri perkara nie berulang. Pasti bekas tin atau makanan dipack yang dibeli dicuci sebelum digunakan atau diminum atau dimakan.

Kita semua pun tahu bahawa tikus nie keje dia merayap kita tak boleh nak salahkan dia dah fitrah dia macam tu.....dan kita pun tahu yang tikus nie membawa pelbagai penyakit. Jadi kita kenalah berhati-hatilah ketika membeli barangan untuk keperluan nutrien dan diet kita seharian.

Akhir sekali kita sedekahkanlah Al-Fatihah kepada arwah semoga roh arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.

*********************************

Doakan yang terbaik buat Din Beramboi... dia selalu menggembirakan hati orang... menggembirakan hati orang satu perbuatan yang mulia... orang yang suka menggembirakan hati orang lain tidak suka melihat orang lain bersedih... justeru kita harapkan agar keluarga Din tabah dan kuat menghadapi ujian ini... semoga Din Beramboi kuat melawan penyakit yg dideritai dan kembali sihat seperti sediakala... Amin....






Tuesday, March 30, 2010

I WaNNa PLaY BoTH!!

Tanak beralah.. dedua pon nak main..sangat cumil merakamkan momen si Ainna ralit bermain.. kelakar pon ader jugak.. baby... they are cute in whatever they do!

video


Penggemar Pisang Dapat Anak Ketika Usia 75 Tahun!!

Sajer highlight tajuk akhbar.. sebab agak menarik.. sementara memberi masa idea berkembang.. ini kes tak tau nak update aper.. okey per.. input utk dikongsikan bersama.. hehehe... ok lah berbalik tajuk akhbar di atas artikel dari column Global Harian Metro, Selasa, 30 Mac 2010 Muka surat 27. Aku salin taip...

********************

LINCOLNSHIRE: Pada usia 75 tahun, Gerry Burks amat berbangga apabila dianugerahkan anak kedua, semalam, hasil perkahwinannya dengan Dawn, 41.

Pasangan dari Louth itu sebelum ini sudah mempunyai seorang anak yang berusia 6 tahun.

Menurut Burks, amalannya gemar memakan pisang dipercayai menyumbang kepada tahap kesuburannya.

"Mungkin orang lain memandang serong pada usia saya, tapi saya tahu menjaga diri sendiri," katanya.

Kata Burks, selepas berpisah dengan isteri pertamanya pada 1980-an, dia memulakan hidup baru dan banyak memakan pisang setiap hari.

"Kadang-kadang dua biji sehari," katanya. - Agensi

********************
Berbalik pada artikel di atas... subjek utama adalah pisang... korang tahu pisang tu buah²an tempatan kan... boleh dikatakan semua rakyat Malaysia pernah makan pisang.. dari yg tua hinggalah ke bayi berusia 4 bln.. (at least 4 bulan lar kan.. baby baru lahir takleh sumbat pisang... usus blm matang..)Ermmm... ader ker yg tak pernah raser buah pisang?? Ader?? Okeh.. aku lakukan sedikit godekkan melalui PakCik Google... dan hasilnya ternyata En. Pisang adalah antara buah-buahan yang hangat diperbincangkan tentang khasiatnya.. terlalu banyak info mengenai pisang.. jadi aku cuma mengambil sebahagian artikel berkenaan...

KHASIAT BUAH PISANG

Selain enak untuk dimakan, pisang mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan. Antara khasiat pisang :

SEMBELIT
Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.

TEKANAN DARAH
Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.

SEIMBANGKAN FUNGSI JANTUNG
‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

REDAKAN TEKANAN
Protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.

KURANGKAN RASA MUAL
Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

KULIT PISANG
PARUT luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira pa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.

ANTARA PENAWAR PENYAKIT MELALUI PISANG

Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

AWAS :
Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

Sumber: Forumer nur_sakura di www.jomlayan.com

********************

Ramai diantara kita masih memperlekehkan Pisang.

Mereka menganggap pisang sebagai buah yang low standard dan buah kampung.
Sebaliknya mereka menganggap buah-buahan luar negara seperti epal, anggur, strawberi lebih bagus, berkhasiat dan lebih high class…kata mereka.

Sebenarnya mereka telah silap. Pisang adalah jauh lebih baik daripada semua buah2 yang disebutkan diatas. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi yang terpenting iaitu sucrose, fructose and Glucose. Selain itu ia juga kaya dengan fiber.

Pisang dapat membekalkan tenaga yang segera kepada badan. Hasil kajian membuktikan, dengan hanya memakan 2 biji pisang,badan kita dibekalkan tenaga yang mencukupi untuk membuat kerja-kerja berat selama tidak kurang sejam setengah. Sebab itu pisang telah menjadi buah pilihan utama bagi atlit dan ahli sukan seluruh dunia.

Pisang sebenarnya bukan saja membantu kita membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Tetapi ia juga berkhasiat dalam melindungi kita daripada terkena pelbagai jenis penyakit.

Menurut kajian yang dijalakan, pisang adalah berkhasiat dalam mengurangkan penyakit-penyakit seperti berikut ;


Kemurungan
Satu kajian oleh MIND kepada orang yang mengalami masalah kemurungan telah mendapati bahawa pisang telah membantu orang mengalami kemurungan mengurangkan tahap tekanan dan kemurungan yang mereka hadapi. Ini adalah kerana, Pisang mengandungi sejenis protein yang digelar tryptophan. Trytophan ini akan ditukarkan oleh badan kepada serotonin yang mana unsur ini membuatkan tubuh badan kita menjadi lebih rileks dan meningkatkan mood seseorang. Ia membantu meningkatkan kesegaran tubuh badan.

PMS
Masalah PMS adalah masalah orang perempuan yang moody ketika datangnya haid. Untuk mengurangkan masalah PMS ni, ramai yang mengambil jalan mudah dengan menelan pil ubat saja. Selepas ini, anda tak perlu lagi makan pil/ubat yang mahal itu. Sebaliknya, amalkan makan pisang kerana Pisang mengandungi vitamin B6 yang mengawal paras glucose di dalam darah.
Apabila paras glucose dalam darah terkawal dengan baik,ianya mengurangkan perasaan moody anda.

Anemia
Di dalam pisang terdapat kandungan zat besi atau iron yang tinggi. Iron ini akan merangsangkan pembentukan hemoglobin di dalam darah kita. Jadi, ianya membantu menangani masalah penyakit Anemia ini.

Tekanan Darah
Pisang sangat kaya dengan kandungan Potassium dan kurang kandungan garamnya. Jadi, ia sangat membantu dalam masalah tekanan darah dan stroke. Jabatan Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat telah mengiktiraf bahawa Pisang memang membantu manusia dalam menangani masalah tekanan darah dan stroke.

Mencerdaskan Otak
Satu kajian yang dijalankan kepada seramai 200 orang pelajar di Twickenhem mendapati, Pisang telah membantu semua pelajar tersebut dalam mencerdaskan otak mereka. Sepanjang minggu peperiksaan, semua pelajar telah diberi makan pisang pada waktu makan pagi, tea break dan makan tengah hari. Hasil yang ditunjukkan adalah amat positif.

Penghadaman
Kandungan fiber yang tinggi di dalam Pisang membantu tubuh kita dalam proses penghadaman makanan.

Mabuk disebabkan minuman keras
Salah satu ubat yang paling mujarab yang sangat popular di dunia barat ialah banana milkshake.
Pisang di blender bersama dengan susu dan madu kemudian diminum. Ianya terbukti dapat mengurangkan mabuk alcohol.

Heartburn
Pisang juga mengandungi satu unsur semulajadi yang dapat meneutralkan kandungan asid di dalam badan kita. Jadi, jika sesiapa yang mengalami masalah heartburn, bolehlah amalkan memakan pisang.

Masalah Morning Sickness / muntah-muntah.
Amalan memakan Pisang diantara waktu makan dapat membantu tubuh dalam mengawal kandungan gula didalam tubuh badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang menghadapi masalah morning sickness / masalah muntah2.

Gigitan Nyamuk
Jika anda terkenan gigitan nyamuk, gunakan bahagian dalam kulit pisang untuk mengurangkan kegatalan dan kesan gigitan. Kini anda tak perlu lagi membazirkan wang untuk membeli krim penyembuh gigitan nyamuk. Gunakanlah kulit pisang. Ianya pasti berkesan.

* Nota : Pisang hanya berkesan untuk gigitan nyamuk sahaja. Ianya tidak berkesan untuk gigitan cinta…hehe.

Saraf
Pisang kaya dengan Vitamin B yang membantu dalam mengawal sistem saraf. Secara tak langsungnya mengawal mententeramkan mereka yang ada masalah gugup.

Ulser
Pisang adalah buah yang enak dan lemabut serta membuat tekstur yang senang dihadam. Selain itu ianya mempunyai sifat antacid atau peneutral kepada asid yang dapat mengurangkan tahap acid di dalam usus.

Pengawal suhu badan
Pisang memang dikenali sebagai buah yang bersifat sejuk /”cooling” fruit. Jadi ia memang membantu kita dalam menurunkan suhu badan. Di Thailand, ramai wanita yang mengandung di sana mengamalkan makan Pisang sebagai cara untuk mengurangkan suhu badan dan memudahkan kelahiran.

Masalah perokok
Oleh kerana pisang kaya dengan kandungan vitamin B6 & B12, Potassium dan Mangesium,
ianya juga digunakan oleh perokok perokok tegar dalam membantu mereka mengurangkan tabiat merokok. Unsur seperti B6,B12 dan Potassium dapat mengurangkan kesan ketagihan nikotin.

Stress / Tekanan
Potassium yang ada di dalam pisang adalah mineral asas yang dapat mengawal tahap kandungan air dan oksigen dalam darah. Ia dapat membantu mengawal penghantaran oksigen ke otak dan mengawal tahap metabolic dalam badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang mengalami masalah tekanan.

Strokes
Satu kajian yang dijalankan oleh “The New England Journal of Medicine” membuktikan bahawa,
Amalan memakan pisang dapat mengurangkan risiko sebanyak 40% daripada risiko mati disebabkan strokes.

Ketuat
Kulit pisang dapat mengubati kita daripada ketuat. Hanya tekapkan bahagian dalam kulit pisang kepada biji ketuat selama beberapa kali, InsyaAllah, lama kelamaan ianya akan hilang.



Pisang memang terbukti mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu manusia dalam menangami masalah kesihatan manusia. Pisang adalah buah penawar yang mujarab.

Kita rakyat Malaysia patut berbangga dan bersyukur kerana di Malaysia, pisang sangat mudah didapati dan sangat murah.

Jika nak dibandingkan pisang dan epal, pisang adalah jauh lebih baik samaada daripada segi rasa mahupun khasiatnya. Kandungan protein dalam pisang adalah 4 kali lebih banyak daripada epal. Karbohidarat 2kali lebih, Phosphorus 3 kali lebih, Vitamin A dan Iron 5 kali lebih, mineral dan vitamin lain adalah 2 kali lebih banyak daripada epal.

Sumber:http://pakarhowto.com

********************

Banyak manfaat kebaikan dan kesehatan dari buah pisang. Apakah sajakah? Pastinya, konsumsi dan jangan abaikan pisang.

Ada 8 khasiat pisang bagi tubuh Anda. Mulai dari membantu menurunkan tekanan darah, sampai menjaga kadar gula dalam darah. Inilah...

1. Pisang merupakan sumber kebaikan potassium, karena 100 gram pisang mengandung 400 gram potassium. Sekedar mengingatkan, potassium adalah nutrisi yang bisa membantu menurunkan tekanan darah, menyuplai energi, membantu pertumbuhan otot dan mencegah terjadinya kram otot.

2. Delapan asam amino-molekul pembentuk protein dikandung pisang. Itu dibutuhkan tubuh, karena tubuh tak mampu menghasilkannya.

3. Duapuluh tiga Juta pisang dikonsumsi para petenis pria dan wanita dalam turnamen tenis Wimbledon setiap tahunnya. Maklum, pisang memiliki sumber energi tinggi.

4. Diare bisa disembuhkan hanya dengan mangkonsumsi pisang yang memiliki titik-titik coklat di kulitnya. Sebab, ada pectin, potassium dan magnesium yang dikandungnya.

5. Pisang mampu memulihkan stamina tubuh, sebab pisang menggantikan potassium yang hilang dari dalam tubuh. Selain itu pisang juga mampu menghilangkan rasa pegal, mengurangi rasa mual, dan mengurangi tingginya level magnesium, sehingga membantu menghilangkan pusing dan melancarakan peredaran darah.

6. Kulit pisang mempunyai manfaat lebih di daerah tropis, selayaknya Indonesia. Rasa gatal dan bengkak bekas gigitan nyamuk bisa dihilangkan dengan hanya mengusapkan kulitnya.

7. Dua pisang sehari mampu mengurangi tekanan tinggi sampai 10 persen. Itu berdasarkan penelitian para dokter di India.

8. Pisang mengandung tiga gula: fruktosa, sukrosa, glukosa dan memiliki lebih banyak karbohidrat serta serta yang penting dibandingkan buah lain. Gula yang masuk ke aliran arah mengalir dengan kecepatan berbeda yang bisa menjaga kadar gula dan menghindari energy crashes.

Sumber: http://www.dexpand.com

********************


Wah..wah..wahhhh... tiba² aku teringat.. watak En. Pisang di Sasame Street yg bernama Bert.. heheh.. Okeh.. ini pula jenis² pisang yang terdapat di Malaysia..



********************


Pisang Embun
Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .

Pisang Emas
Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 saentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja.

Pisang Rastali
Buah pisang ini bersaiz sederhana. Kulitnya berwarna kuning dan agak kasar. Terdapat bintik-bintik hitam dan coklat di atas permukaan kulitnya serta ianya mudah dikupas. Isinya pula berwarna putih atau krim pucat. Setiap tandan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram, 7 hingga 8 sikat dengan bilangan 90 hingga 100 biji buah pisang . Manakala setiap sikat mengandungi 10 hingga 14 biji buah pisang. Panjang buah pisang Rastali ialah kira-kira 12.0 sentimeter dan lebarnya berukuran 3.7 sentimeter.

Terdapat pelbagai jenis pisang yang tumbuh subur di negara kita selain dari tiga jenis pisang yang telah diterangkan. Ianya adalah seperti pisang Berangan, pisang Masak Hijau, pisang Nipah, pisang Raja, pisang Tanduk, pisang Awak dan tidak ketinggalan juga pisang Raja Udang yang dipercayai tidak boleh dimakan. Satu lagi jenis pisang yang kurang dikenali ramai iaitu pisang Kaki. Pisang ini unik kerana bentuknya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buahnya berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea.


********************



Okeh.. rasernyer cukup ler setakat itu sessi perkenalan kita dengan En. Pisang... dah panjang sangat nieh! Jom makan pisang! Ohhh.. aku tak bleh makan pisang sekarang... sedang berpantang.. coz I'm on diet!


Monday, March 29, 2010

AiSHa DaHaGaKan BeLaiAnKaH?


"Bonda.. Bonda.. lambatnya Ayah balik.. bile Ayah nak balik nie.. aaa Bonda?"Aisha
bertanya padaku dengan soalan yg meluncur laju dari mulut kecilnya.. sebetulnya dia baru terjaga dari tidur setelah diganggu tidurnya oleh Si Alyaa.. Alyaa pulak ketika itu baru sahaja melelapkan mata di bilik ketika aku melayannya bercakap sambil melipat baju mereka adik beradik di penjuru almari...

"Ayah work jauh... lambat lagi baru sampai.. Aisha tido lar dulu.. Aisha tak mengantuk ker?" Aku memujuk agar Aisha tidur kembali.. yg mana ketika itu jam telah pon menginjak ke 10.00 malam...

"Alaa... Aisha nak tunggu Ayah balik.." Mata telah segar terbuntang mana kan mahu tidur kembali...

Selesai melipat pakaian dan menyediakan pakaian mereka adik beradik utk dibawa ke rumah tok.. aku teruskan menyidai baju yg telah dibilas oleh mesin basuh... ketika aku menyudahkan kerja.. tidak sudah² mulut si Aisha mengeluarkan soalan demi soalan.. umpama bertih jagung layaknyer... aku yg keletihan menjawab soalan² itu dengan...."emmm.." "a'aaa".. "iyerrr Aishaaaa.."

Akhirnya habis baju kusidai... badan yg letih seharian menguruskan rumah dan anak² kubaringkan di ruang tamu beralaskan bantal dan mengadap TV yang ketika itu menayangkan cerita Manusia bertukar menjadi Anjing.. ntah apa tajuk betulnya aku tidak pasti.. Ainna ketika itu sedang leka bermain sesuatu.. ketika itu aku memanggil Ainna...

"Ainna.. meh tido sini... boom² sini... Ainnaaaa..." Aku memanggil si montel yg asyik tersenyum ceria sambil menepuk² bantal meminta dia baring di situ... tapi.. tidak semena² si Aisha cepat² merapatkan dirinya yg baring selang satu bantal dari aku... tidur di tempat adiknya di sebelah aku.. aku memandang Aisha... kemudian menoleh si Ainna yg masih leka menelek mainannya.. aku senyum.. menepuk² punggung Aisha sambil mengalunkan selawat... (dodoian yang biasa aku alunkan untuk menidurkan anak²ku ketika mereka kecil).. Aisha tersenyum malu².. kemudian tepukan di punggungnya aku hentikan...

"Aisha.. kenaper bontot Aisha nie kecik sangat... lenkali Aisha makan lar banyak².. bagi badan besar dan kuat.." Aku berseloroh dengan si kecik.. dia mengangguk...

"Nanti Aisha makan nasik banyak² yer Bonda.. Bonda buh nasik Aisha nak makan bagi badan besar.."

"Sekarang dah malam.. esok lah Aisha makan banyak²".. Aisha kembali tersenyum...

"Bonda.. tepuk aa lagi..." Aisha membuat permintaan... dalam hatiku... aduh.. kesiannya anak ini... baru aku tersedar sudah lama aku tidak menepuk dan mendodoikannya tidur.. semenjak Aisha mendapat adik baru... Aisha kubiarkan tidur bertemankan Ayah... sedangkan dahulu dia tidur berteman bauku... ohhh... sungguh dia terpinggirkan... aku lihat wajahnya sangat puas bila didodoikan... tersenyum manja... maafkan Bonda sayang kerana terlupa.. anak Bonda ada tiga! Terusik hatiku ketika itu... sebagai ibu bapa terkadang kita terlupa.. setiap anak memerlukan kasih yg serupa.... Aku sayangkan semua anak²ku tidak berbelah bagi... cuma kadang² terlupa bila keadaan menghambat masa!

..iNi KeLuARGaKu..


Inilah keluargaku... gambar tahun lepas masa raya.. almost everybody were in the picture.. kecuali dua org lagi anak dare mak Natun & Shifa... ntah ke maner dorang maser kitorang bergambar tu aku pon tak tau... bukan senang nak tangkap gambar reramai macam nie.. Mak sekarang ada 5 orang menantu maknernyer 5 org anak mak dari lapan beradik tu dah kawen... Anak sulong mak.. abg aku ada 2 orang anak.. aku ada 3 org.. Putra ada 4 org.. Lilis sedang sarat mananti cahaya mata pertama.. Dekly belom ada rezeki... dan yg masih tinggal belum berumahtangga seorang anak bujang mak Emean dan 2 anak dare kat bawah nie...


Cucu mak sekarang dah ada 9 orang.. Insyaallah akan bertambah menjadi 10 orang bulan 4 atau 5 nie... sangat besar keluarga ini jadinyer.. sangat suka berkumpul beramai²... selalunya kitorang berkumpul ketika nak p kenduri atau ada sesaper lam famili yg nak open table kat luar.. tempat favorite selalu pegi kat Restoran Sri Murni Langat.. tempat famous makan Ikan Bakar.. pernah masuk Jalan² Cari Makan... bukan per.. yg bestnyer kat situ bleh berkaraoke.. tempat nak menyumbangkan suara itu samar² jadik org tak nampak sgt saper yg nyanyi.. hihihi... tempat makan dia kat atas sungai ikan air tawar tu.. tempat di tengah² hutan... kalau ujung² minggu kat situ gerenti penuh lar.. biasa kalau nak p kitorang mesti booking dulu... sampai duduk tempat yg dah direserved... dan makanan pon sampai.. idak ler perlu menunggu sehingga tarian hip hop lam perut selesai...


Ohhh... dah lamer tak pegi makan ikan bakar... ermmm..... air liur dah meleleh ke dagu nieh! Hahaha... ehhh... aper melalut daaa

Okeh.. berbalik citer keluarga kami tadi... ermmm... kitorang 8 beradik nie balance.. 4 laki.. 4 pompuan... maser kekecik dulu.. masing² ada teman gadoh sendiri... kalah anjing ngan kucing larr.. bila bergadoh.. tak perdulik org dah... riuh sekampung.. hahaha!! Yang kesiannyer mak.. jenoh nak leraikan.. tetambah kalau anak lelaki mak yg gadoh... fuhhh kalau WWF kat TV tu wa cakap lu... seriau jer tgk.. hmmm... sekarang memasing dah besar... dah tak der gado²... kalau boleh memang nak dielakkan... 8 orang anak² mak nie macam² peel.. tapi yg pasti sumer juara bertoje (dlm bahasa buku kita baca berpidato.. hahaha) untuk menegakkan diri sendiri... ego masing² sgt tinggi.. tapi kami sempoiii... cakap kuat²... gelak besar dah adat... kalau gurau pon mmg tak der cover²... main lepas jer... kami faham memahami.. tidak terlalu terikat dengan disiplin/protokol dalam keluarga... kalau berjanji atau apa²... tidak pernah raser terbeban menepati waktu atau sebagainya... asal semua ada.. cepat lambat tak kisah... rilekss... yang penting kami saling hormat menghormati... antara yg tua dan yg muda.. antara anak² buah dan pak menakan mak menakan... antara cucu² dan tok.... walaupon ada kalanya suasana tak selalu jernih... kata² terlepas juga dari mulut² yg berbisa... tapi.. yg mendengar... sudah biasa.. tak perlu menyemakkan ruang dalam hati.. buang jauh²... semua org akan cuba jernihkan keadaan... apa² pon... seperti pepatah yg biasa kita dengar... Air dicincang tak akan putus... walau apa pon terjadi.... kami tetap satu.... 1 Malaysia... 1 Keluarga!.. Chehhh tibe²... hehehe

Sunday, March 28, 2010

Aku TerHaRu.. KoRaNG??

Kisah nie aku dapat dari email.. tak tau lar kisah baru atau lama.. nampak macam citer komik.. tapi raseryer kisah benar.. bacalah... sangat terharu kesudahan kasih seorang ibu... :(( :((




Emo..Emo. go Away!..

Salam.. aku dan anak2 sahaja di rumah hari ini.. berseorangan ditinggalkan En. Ady buat aku tidak betah melalui hari2 yg seakan kosong.. aku raser mana2 pompuan yg dah berkahwin pon macam tu.. tidak suka ditinggalkan pasangan sendirian.. walaupon dengan adanya pasangan di depan kita membuatkan kita tidak bebas berblogging kerana terpakser berebut lappy dengan si dia yg asyik nak main games... tgk anime.. etc.. huhuhu..

Sebenarnya aku nak follow En. Ady ke Johor.. ohh utk apa? En. Ady dengan FIL, MIL & BIL ke sana utk menyaksikan konvokesyen adik iparku (yg kembar itu) mendapatkan scroll ijazahnya.. kereta tak besar.. manakan mungkin dapat pergi beramai2... motif sumer pergi naik keta kecik.. hmmm.. sebab yg berkereta besar masing2 ada hal.. my FIL pulak dah tak larat nak memandu dlm perjalanan yg jauh... sekali lagi.. apa gunanya ada anak lelaki kan...

Sebab aku tak follow? Aku tak dapat follow sebab si Alyaa ngan Aisha refused untuk ditinggalkan di rumah tok mereka (mak aku) for today... mak cuma boleh jagakan sorang sahaja kerana mak nak mengikuti kursus pengurusan jenazah di surau... kalau dedua mak jaga.. alamat tak jadi lar kursus itu.. sbb kalut menjaga cucu... makanya... atas sebab itu... aku rela ditinggalkan di rumah bersama anak2.. aku juga memikirkan.. perjalanan yg jauh itu tentu meletihkan dan aku mmg sudah terlalu letih semalam kerana kami menghadiri function dinner with in laws kat luar beramai2 sempena ulang tahun kelahiran MIL juga sempena my SIL mengandungkan anak yg pertama.. kechoh tul makan beramai2 camtu.. enjoy.. cuma tmpt agak sempit.. maklumlah kami ramai....

Selain letih.. aku raser agak leceh juga jika membawa budak kecik travel jauh2.. dan balik hari pulak tu... kesian jugak kat dorang yg sudah tentu akan rimas dan meragam bila terpaksa berkurung di dalam kereta selama berjam2... dengan nak bancuh susu... bassuh kencing dan berak.. sangat leceh... mungkin keadaan akan lebih selesa jika kami berkereta besar.. Insyaallah hujung tahun nanti.. jika tiada aral yg mendatang...

Keberatan melepaskan En. Ady pergi.. tidak kira ke mana yg memakser aku tinggal sendirian di rumah kerana.. aku sangat risau... risaukan diriku juga dirinya... aku risau jika ada apa2 berlaku di rumah kami yg masih belum bergrill... aku tak takot hantu... aku lebih takot manusia kepaler itam yg aku tidak kenal... aku seorang perempuan... tinggal di rumah bersama anak2 yg masih kecil tanpa adanya org lelaki.. aku merasakan amat tidak selamat... kalau apa2 terjadi.. apa yg harus aku lakukan... mungkin berserah sahaja kepada takdir... setiap malam aku berdoa agar dilindungi dari pandangan mata2 mereka yg berniat jahat terhadap kami... jauhi kami dari bala dan bencana.. semoga Allah melindungi kami di bawah kebesaran dan keEsaanNya...

Aku juga risaukan keselamatan suamiku di perjalanan... aku merasa risau jika dia memandu sendirian.. (ketika aku tiada di sisi)... aku takut dia mengantuk.. terlelap... ohhh... aku takut nak membayangkan yg bukan2.. sedikit kecuaian boleh mendatangkan penyesalan seumur hidup.. bukanlah bermaksud aku menolak qadak dan qadar... tapi aku manusia biasa.. merasa sakit jika ditinggalkan... aku tidak suka meninggal dan ditinggalkan... justeru merasa mereka yg pergi ke alam lain secara sekeluarga adalah sangat bernasib baik kerana tidak perlu melalui kepedihan ditinggalkan yg pergi dahulu...

Ohh.. maafkan aku.. kadang2 aku tidak dapat mengelak dari menjadi terlalu emo... Emo.. satu perasaan yg melengkapkan diri setiap insan.. cuma kena pandai balance Emo itu dalam kehidupan.. terlalu byk emo dalam diri akan membuatkan kita takut menghadapi kehidupan dan jadilah kita seorang yg moody...

Ohhh... Emo.. emo go away...
Come again another day..
Happy here all wants to stay..
Emo..emo go away...

Friday, March 26, 2010

Kesiannya Azean.. Benjy Ditahan Semula..

Salam.. rasernyer satu Malaysia dah tau kisah anak pelakon veteren Azean Irdawaty yang sangat aku minati lakonannya ini ditahan semula setelah beberapa minit dibebaskan atas ikat jamin ibunya..

Sesungguhnya aku dan seluruh rakyat Malaysia rasanya terkejut ketika pertama kali diumumkan di kaca TV berkenaan penangkapan Benjy kerana terlibat dengan dadah.. pagi tu kami sedang bersiap untuk ke tempat kerja seperti biasa sambil² mendengar summary berita² di akhbar hari itu di TV3.. aku ingatkan aku tersilap dengar sebetulnya... dan hari itu jugak sibuk menggodek internet mengenai kesahihan berita yang aku dengar... dan.. aku juga kecewa apabila membaca faktanya.. kes masih dalam siasatan.. ibu maner yg tak sayangkan anak... bayangkan perkara yang sama menimpa ahli keluarga kita.. nauzubillah... sudah tentu kita tak senang duduk... risaukan keadaan orang yang kita sayang di penjara... sangat menyiksakan.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..


Semasa menyaksikan Kak Yan ditemubual dalam rancangan TERJAH.. aku turut mengalirkan air mata apabila menyaksikan Kak Yan menangis.. begitu kasih seorang ibu.. kepercayaannya terhadap anak tidak berbelah bagi... mendoakan yang terbaik tidak kira dalam apa jua keadaan..


Lakonan menyentuh perasaan Benjy dalam Kerana Cintaku Saerah mmg meninggalkan kesan kepada sesiapa sahaja yang menontonnya..

Personally.. aku berharap Benjy dibuktikan tidak bersalah sekiranya dia betul² teraniaya.. sesungguhnya Allah menduga manusia melalui pelbagai cara... hikmah apa tersembunyi di sebaliknya tak dapat kita tentukan... aku doakan agar Azean.. tetap tabah berdiri di belakang anaknya tidak kira beliau bersalah atau tidak... kerana saat² seperti ini kasih sayang ibulah penguat semangat si anak...

Jangan sesekali kita seronok melihat org lain ditimpa musibah.. berdoalah utk kebaikan dan kesejahteraan bersama.. sesungguhnya kita tidak tahu.. ujian apakah pula disediakan Allah untuk kita..
Siapalah kita hendak menghukum orang...

..ConTeST TeLaH TAMAT..

Emak saya telah menyambut hari lahirnya semalam.. in fact 2 celebration.. pertama ketika detik 12.00 malam 25/03/2010... my sis bring home 2 cakes.. satu kek kosong.. (mak tak suka kek berwarna-warni dan berperisa²) dan satu lagi cheese cake.. dan berpuluh cucuk sate... hancur dietku hari itue.. bab kena pakser makan.. huhuhu.. Esoknyer laks My bro n my other sis bawak mak kuar p makan.. dorang memasing dah bagi mak adiah.. aku jer yg belum... sebab blom berkesempatan kuar membeli.. beli sekali lar adiah untuk mak ngan my MIL yg birthdaynya jatuh pada hari ini pula.. sungguh ironi kan.. birthday mak n MIL selang sehari sahaja! Nak kasik adiah aper eak kat ibu² kesayanganku ini..

Oh yaa.. semoga kedua² ibu ini diberkati Allah... dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki menikmati hidup dengan penuh kebahagian... Aminnn...



Dan dengan itu juga diumumkan.. secara Rasminya... Bonda's First Giveaway: Contest Anugerah Terindah telah tamat... Terima kasih di atas semua penyertaan... Alhamdulillah.. penyertaan menggalakkan... Bukan mudah kan org nak menyertai contest yang kena karang mengarang nie.. bukan mudah... jadik berikan tepukan gemuruh buat semua peserta yang telah bersusah payah melenguhkan jari jemari mereka menari di lantai keyboard masing² semata² untuk menyertai contest yang BoNDa anjurkan... I'm touched.. sob.. sob.. Really.. kerana anda semua merupakan ibu² yg penyayang.. tabah dan sudi berkongsi rasa kasih sayang anda dengan pembaca semua...

Sekarang sessi penjurian bermula... saya akan baca kembali entri² yang telah dihantar satu persatu.. walaupon aritu dah baca kan... tapi saya perlu lebih konsentrasi membacanya kali ini kerana mahu menentukan pemenangnya...

Kengkawan yg lain pon dijemput.. dialu²kan bersama² saya membaca entri² yg telah dihantar ini... sungguh banyak yang dapat kita pelajari dari pengalaman² ibu² ini melahirkan Anugerah Terindah dari Allah ini... kita hayati dan jadikan pedoman.. bukan mudah untuk bergelar ibu... dan bagi bakal² ibu.. semoga pengalaman² ibu² tabah ini dapat menyuntik semangat anda melahirkan bayi anda sendiri nanti...

Okeh... kita mulakan penjurian sekarang!

Thursday, March 25, 2010

BoNDa's 1st Giveaway - Contest: Anugerah Terindah

Sticky Entry nie.. New entry kat bawah..;)
Haiii kengkawan yg dah kenal, baru nak kenal dan belom pon kenal... semoga semua sihat sejahtera dan berbahagia hendaknyer di samping keluarga dan insan yang korang cinter.. cheewahhh... begitu mukadimahnyerrr.. camnie.. setelah puas BoNDa pk... dan.. pk... dan pk... akhirnya pada hari yang bersejarah inie.. (pertama kali nie DeK Non..) BoNDa berasa amat berbesar hati untukmengeluarkan zakat menganjurkan cONteSt!!


Memandangkan BoNDa amat.. amat.. aMattt menyanjungi jasa dan pengorbanan seorang iBu.. makanyer.. contest ini secara rasminyer bermula pada hari ini.... ini dlm sejarah sekali lagiiee.. ahaksss.. dan akan berakhir pada tarikh hari lahir Ibu BoNDa Pn. NoR RiZaN pd 25 Mac 2010 yang ke--- tuttt!! nanti mak aku marah display umoq dia sila tanya Makcik Nor Rizan sendiri yerrrr... hehehhe

Pada anda yang berminat nak join contest ini sila baca Terms & Conditions seperti yang disenaraikan di bawah:

1. Terbuka pada sumer warganegara Malaysia yg tinggal di Malaysia juga (kalau jauh mati aku nak bayaq setem post adiah pulak..) yg ada blog sendiri... setinggan blog owg tak bley arrr... (bukan susah pon bukak blog kan..kan...hehehe)

2. Anda LeLaKi atau PeReMPuAn..BoNDa tak kisah... tapi contestant mesti lar org yg dah punya anak... (sorry.. setakat nie buat yg dah jadik mak pak dulu lar eak.. buat yg single mingle nanti² biler angin nak bayaq zakat dtg lagi... korang bleh lar join.. okehhh! ;)

3. Anda dikehendaki membuat satu entry di blog masing² bertajuk "BoNDa's 1st Giveaway - Contest: Anugerah Terindah" menceritakan pengalaman dan perasaan anda menyambut cahaya mata pertama dlm erti kata lain... pengalaman ketika nak melahirkan anak.... ceritakan sumer detik² yg dilalui se-ReAL yg mungkin... (tolong jgn ciplak citer org lain atau mereka cerita yg tidak sebenarnya anda lalui) bagi yg lelaki laks pengalaman menyambut dan menyaksikan sendiri isteri anda melahirkan... boleh??

4. Anda juga dikehendaki menepek sekeping gambar anda bersama anak yg anda ceritakan kelahirannya itu... gambar newborn lagi baik..yg kat spital tu... (kat umah pon boleh.. asal ada.. ok)

5. Bukan Follower??! Ikhssss.. naper tak follow?? Anda boleh join.. BoNDa tak kisah pon anda follow tak follow.. terpulang.... tiada istilah paksaan di sinie... ;)

6. Tepek banner yang dah susah payah aku buat tue di atas dlm entry dan side bar anda...

7. Link back Entry anda dan Side Bar Banner ke Entry contest ini.. (no linked back secara otomatik penyertaan anda ditolak..)

8. Tinggalkan link entry yg dah siap dlm comment box entry ini juga... BoNDa tak der maser nak godek entry lain yg tak der kena mengena.. jgn salahkan BoNDa kalau entry korang terlepas pandang okehhh...

BoNDa ada satu hadiah setakat ini..(mungkin akan ada hadiah lain.. kot² ada yg nak sponsor.. sumbangan anda dialu²kan.. pls contact me thru email aidiena@gmail.com or YM: airisha_79 ;) bagi peserta yang berjaya menyentuh perasaan dan hati BoNDa dengan cerita dan pengalamannya melalui saat pertama kali bergelar ayah dan ibu..

Hadiah dia MISTERI... kwang..kwang...kwanggggg.... TUNGGU.... biler pemenang diumumkan kelak.... ohhh yerrr... pemenang akan diumumkan seminggu sesudah tarikh tutup contest ini... iaitu pada 1 April 2010... (ini bukan April Fool yer.. ini betul².. hehehe)...

So.... sudah fahammm... sila lah meng-Entri-kan Diri... kang ader plaks yg menang tanpa bertanding...huhu~

INFO TerKiNi about THIS contest:

Sila baca

**Hadiah Untuk 10 Peserta Terawal
**Sponsored Gift

::Senarai Peserta::

1) asmieyra
2) chugie
3) anin
4) nurulhudaresad
5) Ieda
6) Azura
7) ummisofea
8) Ummu Adam
9) Mamalyna
10) Yatie
11) Bukhairiah
12) Nana
13) itacutevirus
14) maszlanz
15) LisaVsKhusairi
16) Asya
17) girl_perak
18) yunz_02
19) Nida
20) ummisofea2
21) mummymer



Aku TenSiON!!


Mintak nyawaa.... mintak nyawaaa... tarik nafas jap..... fuhhhh~ Penatnyer terkejar² ke hulu ke hilir.. naik atas turun bawah semata² nak uruskan flight bos yg secara tiba² diarahkan ke Penang esok hari... aduhhhh... gue tensi bilermaner.. setelah terkochoh² menguruskan semua benda yg patut.. tup².. En. Bos datang bagitau... "Zu.. cancel.. Dato' nak TPJ jugak yg pergi.. compulsory.." Ohhh... apakah...

Sajer lar tu nak kasik ketiak aku berpeluh²... ikhsss... sabar²... kitorang PA² nie mmg selalu lahhh.. dah biasa sgt buat keje² tergempar macam nieh... hahahah!!! Inie namernyer sesi senaman buang lemak... entah baper byk kalori dah terbakar tadi kan...

Okeh.. tak cukup dengan itue.. yg buatkan aku bertambah tensi hari ini..... aku terima 3 call daripada ntah sapa² nak jual insurans lar.. service kalau credit card kena curi lar.. join club lahhhh... oiiii... korang nie tak der keje lain kerrr... aku nie bukan Situ Nurhaliza... bukannyer Mawi... duit pon ader baper carik janggut kambing... yg korang dok proposed kat aku itu ini pehal... AKU TAK MINAT LARRRRR.... TAK MINATTT!! Sumer tu bukannyer free.. sumer nak kena bayar... aku bukan boleh belanjer duit aku simply like that... aku banyak komitmen.. banyak tanggungjawab... TOLONG LAR JANGAN GANGGU HIDUP AKU!!! Arggghhh tensionnyer biler dapat² call cenggini... hari nie jer tiga call... saper larat beb.. memuler tu aku sabar lar jugak... tapi kalau dah kerap sangat... tak jadik keje asyik nak menjawab kita tak minat.. dah tu nak kena bersoal jawab pulak.. suka atiiii aku larr woiii... aku tak minat.. tak minat larrr... pehal sibuk nak kena kasik reason bagaiiiii!!

Yang aku heran kan... camner dorang dpt no hp aku... infos pasal credit card yg aku pakai.. konon service ngan ape kejadah yg ditawarkan link ngan credit co. tu.... konon sebagai penghargaan aku sebagai pay master... so.. sbb credit card aku tak pernah sangkut... ko nak suh aku tambah hutang lagi lar eakkkk.... ohhhh kata Alif Satar.... Plisss.. plisss.. plisss... "Kamu jangan sebok... aku pakai credit card bukan utk tambah hutang!!"

Soriiii... ter-emo di sini.... letihhh arrr mengadap panggilan² camnie.... raser macam nak tuka no. tepon jer... !

Sesuatu Yg Aneh TeLaH BeRLaKu..

Pagi semalam aku dpt msg dari my SIL.. bini adik aku..

"Kak cuti ke hri ni..pg tdi xnmpk pun kat bwh xde dlm blk pun xde" begitu exactly sms yg aku terima.. aku pon pelik ar.. apsal lar budak nie antar aku sms nie.. dia kata tak nampak.. ermm apa maksud dia.. mamai ker.. sah² pagi tadi aku hantar bebudak kat umah mak.. mak pon tak p mana.. duk umah jer dari pagi... hurrmmmm... salah taip/hantar kot... dan aku biarkan persoalan di benakku juga sms itu mati begitu sahaja.. full stop..

Kat umah malam tu... masa Fida balik dari keje.. lepak² tgk tv kat ruangtamu umah mak.. masa tu mak.. aku n budak² sumer kat bawah.. (aku lepak umah mak sementara tunggu laki aku balik keje.. tetiap hari Rabu mmg dia akan balik lambat sbb turn dia kena standby kat opis.. org IT lar katakan.. keje cam doktor jugak.. tapi ubatkan pc..)

"Fida.. sms apa Fida hantar kat kakak pagi tadi tu.." Tiba² aku teringat pasal sms tu..

"Haa.. tu laa Fida nak tanya kakak.. pagi tadi kakak datang umah mak tak?.. Fida cari Mak tak der.. anak² kakak sorang pon tak der.. Fida tgk dlm bilik sumer.. Nurul pon pegi cari Tok dia dlm bilik.. tapi takder.."

"Pukul berapa?.. " Aku agak hairan..

"Pukul 8.00.. sblm Fida pegi keje.." Lagi aku naik konpius..

"Biar betul Fida.. pagi tadi kakak hantar bebudak cam biasa.. lam pukul 8.00 lar jugak.. tak kan Fida tak nampak.. Mak pon tak p mana.. ader jer kat bawah tu.."

"Ikhss.. tu larr.. Fida heran jugak.. mana lar mak nie pegi.. igt ke mak tido umah kakak.. semalam kan kakak balik lambat.. " Fida memjelaskan apa yg difikirkannya ketika itu..

"Lor.. mak duk kat umah jer.. tak p mana pon... masa kakak sampai tu.. aku jmp mak kat bilik baru sudah solat.. pastu mak ikut kakak turun bawah..." Aku cuba membetulkan keadaan sebenar..

"Iyer kak.. Fida ngan Nurul tak jumpa mak.. kawan Fida amik depan rumah pagi tu.. masa tu Fida ada nampak Cik Maznah ngan Cik Ani dok borak depan rumah" (Cik Maznah ngan Cik Ani tu jiran umah mak)Ini dah macam misteri nusantara..

"Ikhsss.. peliknyerrr.. sbb kakak pon jmp Cik Maznah ngan Cik Ani jgk maser naik keta nak p opis lalu depan dorang.. siap senyum angkat tangan lagi... maknernyer waktu kita kuar bih kurang lar.. apsal tak nampak eak..? Kitorang tak nampak Fida.. Fida pon tak nampak kitorang... ngeeee.. ermm saper yg masuk dunia saper nieh??!"

Korang pernah mengalami misteri macam nie??


Wednesday, March 24, 2010

JaNGaN JaDi PeMBACA BiSU..

Tinggalkan jejak.. agar anda dapat dijejaki.. setuju atau tidak jika aku katakan adalah satu pembaziran yg jelas lagi nyata jika korang seorang penulis blog yg menjana pendapatan secara pasif melalui blog masing² tidak menggunakan platform yg ada sebagai medium bagi meningkatkan trafik ke blog korang?

Baca blog orang atau istilah "blogwalking" merupakan salah satu cara "marketing" paling effektif untuk menambah unique visitor ke blog anda.. Sebab apa aku guna istilah marketing?? Sebab melalui cara itu.. "meninggalkan jejak" secara tidak langsung korang telah mengiklankan blog korang kepada prospect² yang berkenaan..

Prospect² itu siapa?? Blog owner yang korang kunjungi.. visitor² lain yg turut mengunjungi blog berkenaan...

Membaca dan pergi tanpa meninggalkan jejak (yg boleh dijejaki dengan menyertakan url site korang yang tentunya bukan aku maksudkan sebagai anonymous).. dalam istilah lain kita panggil "Silent Reader" adalah satu tindakan yang amat merugikan.. melainkan anda mmg pembaca yg tidak berkepentingan untuk dijejaki.. bukan penulis blog atau penjana wang sampingan...

Tinggalkan komen di kotak yang telah disediakan di bawah entri empunya blog atau di kotak jerit yg biasanya diletakkan di sidebar laman blog... tinggalkan komen yg berkesan.. yang menarik minat org untuk mengenali siapa anda... bukan ayat stereotype..atau sarcastic yang boleh menyakitkan hati orang atau pembaca2² lain umumnya... Berikan komen yang membina dan ikhlas dari hati... Insyaallah keikhlasan yang dilahirkan dari komen yang membina bukan sahaja dapat menarik perhatian orang untuk mengenali anda.. tetapi juga menambat talian persahabatan walau pon tidak pernah bersua...

Satu lagi.. tahukah korang.. perniagaan yang berjaya di dunia ini adalah berdasarkan jaringan yang luas dan kuat..

Jadi untuk kekal menjana pendapatan yang berterusan dalam dunia blogging ini.. mulalah membina jaringan pembaca anda... bukan setakat dapat duit... kawan pon bertambah ramai... ;)

Cepat.. CEPAT.. 1 Hari Jer Lagie..


Tinggal satu hari jer lagi contest Anugerah Terindah BoNDa akan ditamatkan secara rasminya.. so kepada ibu².. bapak².. semua yg ada di sini... heheh feelin' lagu Wali Band plaks cepat² submitkan penyertaan anda... penyertaan yg lewat.. iaitu selepas pukul 12.00 tgh malam tepat masuknya tarikh baru 26/03/2010 tidak akan diterima lagi... keputusan adalah muktamat... sebarang email-mengemail tidak akan dilayan... chewwahhh.. gitue gayanyer...

Untuk perhatian semua yang telah mengambil bahagian.. keputusan contest ini akan diumumkan pada 1hb April 2010 seperti yg telah dimaklumkan terdahulu... Okeh.. itu sahaja perutusan dari penganjur contest.. teruskan berkarya!! apa sangkut paut daa

Tuesday, March 23, 2010

KeNaPeR Ada BLoGGeR X PeRNaH Dpt BuFFeReD EaRNiNG??

Salam... lanjutan posting yg lepas.. ada yang bertanya.. kenapa dia (nuffnanger) tak pernah atau jarang dapat "Buffered Earning"?? KakPah bukan pakar dalam bab iklan² nie.. tapi.. soklan korang akan terjawab kalau korang godek dan study betul² pasal Nuffnang kat website dia tapi untuk memudahkan pemahaman korang yang dah bacer berkali².. pon masih lagi confuse... okeh meh KakPah terangkan sikit kekaburan yang menutup kejelasan pemahaman korang..

Pertama sekali.. korang kena paham... "Buffered Earning" untuk iklan "MCPM" (Metered Cost Per Impression) atau "CPM" (Cost Per Impression) ke atas satu² blog ditentukan oleh advertiser yg berminat dengan blog korang...

Advertiser dah labur banyak duit untuk mengiklankan produk mereka.. jadi mereka akan memilih blog² yg bersesuaian berdasarkan kriteria² seperti di bawah bagi memastikan matlamat iklan mereka mencapai target/prospect yang dikehendaki:

1) Kepelbagaian pembaca blog korang... dari segi jantina, usia, perkerjaan.. etc.. ini semua dapat ditapis advertiser melalui nuffnang survey yg selalu korang kemaskini.. ulang sekali lagi... Selalu.. mesti selalu update... sebab setiap iklan yang ingin dikempen mempunyai sasaran pembacanya sendiri... mungkin advertiser nak iklankan barang makeup.. jadik blog yang sesuai mungkin blog yg pembacanya terdiri dari kalangan wanita... kalau advertiser nak iklankan barang sukan.. mungkin dia akan target blog yg pembacanya terdiri daripada pembaca lelaki... lelaki kan suka bersukan.. hehehe

2) Kepelbagaian entri.. jangan lah korang asyik bercerita pasal diri sendiri sahaja... tak salah kalau kita jadik pelangi... rajin membaca... surat khabar.. majalah.. amik tahu isu semasa... asal jgn berpolitik kat blog sudah... kang ISA dalam juga korang masuk.. itu aku tak tau!

3) Kedudukan tapak iklan kat blog korang... letakkan diri korang sebagai advertiser.. sudah tentu korang akan pilih tapak yg paling jelas... paling atas... seperti yg telah digariskan dalam website nuffnang sendiri... kalau tapak iklan ko letak kat footer blog ko... agak².. ramai ker pembaca akan perasan... apa motif sykt iklan nak buang duit bayar tapak yg tak dapat mencapai target audience mereka... membazir kan... jadi... tempat korang letakkan tapak iklan di blog merupakan kriteria yg sangat penting... korang punya pembaca yg pelbagai.. entri yg pelbagai.. tapi tapak jauh di kaki bukit... saper nak tgk dik oiiii... kalau boleh... maksimakan tapak² iklan di blog korang... tepek ketiga² code yg ada... Leaderboard, skyscraper dan large rectangle di tempat yg bersesuaian... maka cerahlah peluang korang utk dipilih sbb mengikut kebiasaan pengiklan mempunyai budget yang spesifik dan mereka akan membahagikan pelaburan iklan tersebut melalui ketiga² jenis tapak yang ada..

4) Keistimewaan ahli yang setia.. ini kelebihan nuffnanger yg berstatuskan Glitterati.. bermaksud blogger yang tidak serve iklan dari sykt iklan lain selain Nuffnang di blog mereka..(adsense boleh sebab bukan sykt iklan di Asia).. Melalui program ganjaran kepada blogger² yang setia..mereka akan didahulukan dalam sessi pemilihan yang mana bayaran yang diberikan juga lebih tinggi dari blogger biasa..



p/s: Ohh.. KakPah dapat satu lagi Buffered Earning yang baru.. ;) Mekasih Nuffnang!


UmaH KeCiK Pon Ada SwiMMinG PooL Tau!

Hahaha.. tajuk tak bleh balah... saper kata umah kecik tak leh ada swimming pool.. boleh larr.. swimming pool kami spesel.. boleh lipat².. sangat jimat ruang.. hehehe... murah pon murah.. ada macam² jenis dijual kat pasaran... pool nie ayah beli kat Tesco jer... kami adik beradik mmg suker sangat mandi pool.. hahaha!! Kat depan umah pon okey.. tak yah gie jejauh.. jimat masa.. jimat duit minyak keta ayah... biler kami mandi.. ayah cuci keta.. bonda laks wat keje umah.. kami tak yah sesebok kacau ayah ngan bonda.. sebab kami sangat seronok berendam dalam pool comel kami.... jom lar kengkawan... nak mandi samer??... Alarrr... tak muat larrr... pool nie kecik jer... kengkawan suruh lar parents kengkawan beli... berbaloi..baloiiii... ;)








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails