.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Wednesday, April 30, 2008

..PuTRi AiSHa AMeERaH..


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


..MaSeR TgH KuRuS NiE..


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Gambar Kawen laks...

Ho..ho..hooo... here comes another one...




Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Tuesday, April 29, 2008

**aLyaa's Mag Cover**

Dpt link nie dari Emyfaz's blog... cool huh.. hehehe.. ammacam? ;)




Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


..Anak iTu sAtu UjiAN.. [PART 1]

Cuba korang bayangkan... tido pukul 1.30 pg... kul 4.00 terjaga sakit perut.. selesai tido semula.. Alyaa merengek².. ngigau.. Ady bangun redakan tangisan dia... nak tido balik.. Aisha laks jaga.. merengek² nak susu... aduhhh... mmg mengantuk giller bangun pagi tadi.. kesan tak cukup tido.. macam nie lah lumrah org beranak kecik.. berjaga malam itu satu kemestian.. letih dan penat terpaksa diketepikan... ikutkan hati malas jer nak pegi keje pagi tadi.. kepaler nie masih pening² lalat.. tido tak sempat nak nyenyak kejap² terjaga.. rasernyer perkara nie akan berterusan 2.. 3.. tahun lagi sementara puteri² terpilih nie besar dan terdidik waktu tidonyer... apa nak buat.. kalau ikutkan baran mau mengamuk jgk sbb tido yg terganggu.. tapi.. anak itu kan aset masa depan... anugerah Allah yg tak boleh dipersiakan.. kalau bukan kita pada siapa lagi lar dia nak mengadu... kitalah tali utk mereka berpaut.. pohon utk mereka berteduh... tanpa kita bagaimanalah hemahnya kehidupan ini mereka teruskan...

Anak satu ujian.. sungguh.. aku iyakan.. hanya org yg tinggi tahap kesabaran dan penyayang mampu membesarkan sekecil² bayi menjadi sebaik² insan... anak umpama sehelai kain putih yg suci bersih... sebagai penjaga.. kita lar yg bertanggungjawab atas apa yg kita corakkan atas kain putih tersebut.. mahukan corak yg cantik maka mahallah modalnya... modal = (pengorbanan yg perlu kita berikan).. Sejauh mana nilai pengorbanan itu kitalah yang tentukan.. Insyaallah hasilnya tidak mengecewakan...

Bait² kata di atas adalah lebih aku tujukan buat diri aku sendiri... utk sentiasa mengingati betapa besarnya amanah dan tanggungjawab yg aku pikul ini... kupujuk diri.. bukan mudah menjadi ibubapa.. ramai org mampu lahirkan anak.. tapi tak semua org mampu mendidik... oleh itu diri ini sendiri perlu dididik utk menjadi pendidik yg baik... aku masih belajar utk menjadi seorang ibu yg baik....

Menghadapi kerenah anak² bukanlah sesuatu yg mudah.. sedikit sebanyak kita perlu tahu apa itu psikologi.. membaca segala macam bahan bacaan bersangkutan tumbesaran mereka.. gunakan helah dan akal kita sebagai seorang yg dikatakan dewasa memujuk anak utk mengikut cakap dan kehendak kita.. Budak² tak suka dipaksa... tidak suka mengikut perintah dan kekerasan.. budak² sukakan keseronokkan.. dilayan sebagai kawan dan diberi pujian bila diperlukan...

Menangani Kerenah Anak Takmo tido
## ajar baca doa tido..
## ajak nyanyi lagu tido..
## bagi susu (pastikan perut dia kenyang supaya senang tido)
## tukar diaper (kena pastikan dia selesa utk tido)
## cuci kaki supaya tak mengigau malam (tapi bebudak nie kalau kuat sgt main waktu siang biasa mmg ngigau waktu malam)
## kurangkan tido petang.. (petang dah tido byk camner malam nak ngantuk??)
## bagi tgk CD lagu upon request.. kita tido sekali kat dpn player tu temankan dia.. tapi kena pastikan pintu sumer dah lock lar.. kena pastikan persekitaran selamat kalau nak biarkan dia berjaga (last option kalau kita dah mengantuk sgt)..

Menangani Kerenah Anak Tak Terkawal
## Kasik warning - "jangan buat macam tu.. No!" (Jgn terlalu kerap guna perkataan JANGAN & NO.. nanti anak akan boring dan lali dan dia akan abaikan arahan kita)
## Reverse psycology - "haa.. buat lah.. buat lagi... tak cukup tu.." bagi galakan utk buat apa yg kita tanak dia buat.. biasanyer bebudak tak suka buat apa yg kita suruh dia buat...
## Buat jugak.. (warning sekali jer jgn ulang.. pegi terus cubit/babab.. supaya anak kita paham yg kita maksudkan apa yg kita cakap, engkar ada hukuman.. tp jgn lar sampai tinggalkan bekas)
## Tak jalan jugak.. cara lembut pegi dekat dia peluk dia kuat sampai dia senyap.. ini tips paling berkesan.. biasanya dorang akan diam dan terkedu.. warn dia "Buat lagi... bonda peluk kang.."

Bersambung...

Monday, April 28, 2008

..KaReKToR..

Keseorangan aku kat opis arinie dan hari² berikutnya minggu nie.. boss dah challo p PTK 5 course.. so.. di sini aku melayan internet dan melayan perasaan.. hahaha... sebenarnya tak diduga pucuk dicita ulam mendatang.. Pihak Pengurusan call tadi.. nama aku nak dimasukkan dlm senarai pegawai yg dipilih mengikuti Kursus Induksi Umum.. fuhh.. itu sudah bagosss... kalau nak diikutkan thn dpn baru aku bleh ikut kursus tu coz senarai peserta dah penuh.. but what to say.. mungkin dah rezeki aku dpt pegi thn nie jugak gantikan pegawai yg dah berpindah.. (and I really pray for it).. so.. sekarang nie aku tinggal nak attend Induksi Khusus jer.. yg mana aku diberitahu around bulan 7 or 8 thn nie jgk... then.... after that... boleh ler aku disahkan jawatan.... alhamdulillah.. harap² segala²nya berjalan lancar... yelar.. kita yg dah kawen nie tak tentu.. dan sukar dijangka.. buatnyer terprengnant tak pasal jer kena postponed laks course² yg wajib attend tu... tu pasal kalau boleh aku nak settle segalanyer secepat mungkin...

Semalam tido lewat lagi.. sib baik bangun tak lewat.. Puteri Sulong aku Si Alyaa suka sgt tido lewat.. kalau tiba time patut tido mmg payah benar lar nak suh dia straight to bed.. ada² jer benda dia nak buat nak tanyer.. last² biler dipakser² juga dan kuar mohor agung.. (rotan ler tu) dengan muka masam terus ke tmpt tido dia sambil mulut kecik tu tak henti² mengomel marahkan kitorang.. kadang² nak tergelak dengar dia mumbling ketidakpuasan hati dia tu.. kadang² dia bagitau yg dia merajuk dan tanak kawan.. ada masa dia kata dia takot.. nak tanak si Ady ayah mithali juga lar yg terpakser meneman.. walau sakit belakang tido atas carpet.. cian.. nak buat camner.. itu lar buah hati pengarang jantung...

Anak dara yg sulong nie.. ada masa baik sgt.. patuh dan mendengar kata.. ada masa dtg degil ngan nakal dia.. sampai kena cubit baru nak behave.. ntah.. itu lar dia stage tumbesaran budak².. ada ketika memeningkan kepala dan menguji tahap kesabaran dan adakala keletah dorang begitu mencuit hati....

Nie pasal Putri Alyaa Safiah anak dara aku yg sulong...

1. Alyaa nie seorang yg rebell... tak suka di provoke.. cepat marah dan garang.. (macam aku kot! Hihihi)
2. Pemurah dan mudah berkongsi kalau kena gaya pujukannya
3. Berdaya kepimpinan.. (aku dah nampak dlm diri dia..)
4. Pelindung (dia marah kalau org acah² usik adik dia)
5. Seorang yg beranie dan pantang dicabar..
6. Notty dan suka menguji sejauh mana perlakuan dia yg boleh buat kita marah
7. Penyayang.. dan degil... (biler nak buat sesuatu dia akan cuba buat juga tak kira kita larang macam mana pon.. dia mesti buat sampai dapat.. baru puas hati dia)
8. Kalau dimarah lebih² kat dia.. Alyaa akan melalak kuat² sampai termuntah².. (part nie paling geram.. letih nak bersihkan muntah tu..tapi kesian pon yer jgk.. dia cuma seorang anak kecil yg menginginkan perhatian kedua ibu bapanya.. tapi kalau dibiar melampau pulak jadiknyer)
9. Berdikari.. sumer menda dia nak buat sendiri.. mandi, pakai baju, pakai bedak, sikat rambut, makan, pakai kasut... serba serbi lah.. dan yg pasti dia berjaya melakukannya walaupon dilakukan dengan penuh susah payah...
10. Seorang yg tak mudah putus asa tapi suka membentak biler perkara yg dia buat tak dpt dilakukan dengan jayanya. (nie perangai macam ayah dia..)
11. Tegas.. seorang yg agak susah lar nak diubah pendirian biler dia dah kata taknak means taknak.. kalau dia nak yg tu.. yg tu ler dia nak.. jgn offer yg lain... (nie macam pangai aku sikit)
12. Ego.. biler merajuk tanak mintak maaf sampai lar kita pujuk dia.. (ini mmg perangai aku.. hehe)

Banyak lagi kalau nak diceritakan.. yg paling ketara.. perangai anak² kita nie sebenarnya combination dari karektor ibubapa dia... sana sikit.. sini sikit.. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. (tumpah atas lantai tersenggol dek siku tajam.. tu aku tak tau arrr..) Cuba kita perati dan tgk diam² karektor anak masing².. ada tak macam cermin pada diri kita sendiri.. so.. pandai² lar kita baca angin dorang agar didikan yg sempurna dpt diberikan utk membentuk generasi masa depan yg diharap²kan.....

Friday, April 25, 2008

..My WisH List..

Mengantuknyer pepetang nie.. tak tau nak taip apa sebenarnya.. mengantuk ditambah bilik aku yg cukup sejuk sekarang nie.. bos aku kat atas sdg dgr taklimat PTK 5.. so next week free lagi aku for the whole week.. my bos kena attend kursus PTK 5... Apa aku nak buat time tu nanti eak... aku tengah bosan nie.. woii korang² sumer apsal tak update blog.. dah ketumpulan idea cam aku ker??

Ok lah supaya mata aku tak terus layu dan tertido.. aku nak pk sesuatu... ingin ku revealkan aku nyer 'Wish List'...

1. Aku nak ada satu videocam
2. Aku nak ada satu laptop
3. Aku nak beli keta lebih besar
4. Set 'Home Teater' yg lengkap bersama tv yg gedabak besar
5. Aku nak rumah lebih besar dengan sudut dapur yg luas dan menarik
6. Aku nak ada stok baju kurung cantik² yg banyak
7. Aku nak kerusi urut auto
8. Aku nak adakan satu sudut taman hijau dengan kolam ikan dekat laman umah aku
9. Aku nak renovate umah ala resort.. (cam kat tetepi pantai tu.. sejuk mata memandang)...
10. Aku nak p Mekah.. walau hanya sekali seumur hidup...
11. Bercuti dan melancong sepuas²nya
12. Aku nak Baby boy

Itu jer lah yg aku nak buat masa nie...

..MenJaDi SuPeR PaReNt..

Sepakat dengan suami perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan

Sesuatu yang perlu anda tahu ialah perkara yang dimarahi suami mestilah sama dengan perkara yang anda marahi. Sekalipun tidak sama, jangan sekali-kali anda membela anak di hadapan suami anda. Hal ini akan menyebabkan anak anda bingung. Sekiranya didapati suami melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, tunggulah pada masa lain untuk berbincang dengannya.

Jangan biar anak rasa terbela ketika membuat kesalahan. Sekiranya anda mengikuti asas ini, maka anda akan mendapati anak tidak akan melawan dan patuh. Saat itu, barulah kita boleh memujuk anak semula dan jelaskan bahawa perkara yang dilakukannya tadi adalah tidak boleh.

Sekiranya boleh, jangan sampai kedua-duanya suka berleter atau kedua-duanya suka marah-marah. Pernah terlihat keluarga yang ayahnya kurang memarahi anak tetapi sekiranya ayah itu meninggikan suara sedikit, anak akan terus ketakutan? Adakalanya juga dengan hanya menyebut nama penuh anak akan menyebabkan anak-anak cukup faham bahawa anda betul-betul sedang marahkan mereka. Justeru, paling penting adalah dengan menyemai rasa hormat anak kepada kita sebagai ibu bapa.

Menerapkan disiplin

Jika diperhatikan, banyak bahagian dalam buku ini adalah secara berjadual. Mengapa teknik ini digunakan? Teknik ini telah banyak menunjukkan testimonial yang sangat berjaya, iaitu di akhirnya, perkara yang terjadual menjadi kebiasaan dalam kehidupan. Bukankah ini lebih baik daripada hidup tidak berdisiplin?

Anda perlu bersikap tegas terhadap anak-anak anda tetapi janganlah sehingga tiada lemah lembut langsung. Mereka ibarat tanah. Sekiranya tanah itu kasar, siramkanlah dahulu air untuk melembutkannya sedikit sebelum dicangkul. Sejak kecil lagi mereka perlu diberikan pengenalan atas perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka.

Hindari memukul anak sekiranya sedang marah

Ketika anda terasa sangat marah, cubalah kawal diri daripada memukul anak. Hal ini akan menyebabkan pukulan anda terlalu kuat dan hal ini akan membekaskan sesuatu dalam jiwa mereka. Kudrat semasa sedang marah sangat kuat dan akan menyebabkan anda akan terasa berkuasa memukul anak anda.

Kadangkala kita mempunyai masalah lain tetapi pada masa yang sama, anak kita melakukan perkara yang tidak kita sukai. Justeru, kemarahan kita tertumpah kepada si anak. Cubalah bertenang dan tarik nafas perlahan. Fikirkan semula adakah berbaloi sekiranya anda memukul anak yang melakukan kesalahan ketika anda sedang marah?

Ugutan dan herdikan

Sekadar mengugut tidak mendidik anak kerana selalunya kita tidak akan melakukan perkara yang kita ugutkan itu. Anak-anak akan menjadi lali kerana ibu bapa hanya tahu mengugut. Kemungkinan anak menjadi kurang rasa hormat kepada kita akibat daripada perbuatan tersebut.

Herdikan juga menimbulkan kesan yang tidak baik. Kebanyakan masa kita mengherdik, kita akan menggunakan ayat yang tidak sepatutnya. Kata-kata kita ialah doa. Bayangkan kita tega untuk mendoakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kita dan kemudian memarahinya lagi.

Bayangkan kita menggunakan kata seperti, "Budak bangang!!" Sanggupkah kita mendoakan anak dengan perkataan kesat seperti ini? Sekalipun kesabaran kita memang benar-benar sedang diuji, mengapa tidak kita memilih untuk menggunakan cara yang berhikmah berbanding dengan kaedah seperti ini yang jelas tidak pernah ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w?

Kaedah Rasulullah s.a.w dan sahabat mendidik anak

Bak kata pepatah English, ‘Spare the rod, spoil the child’. Menunjukkan tidak lengkap rumah itu tanpa ada rotan di dalamnya. Mari kita perhatikan daripada aspek pendidikan Rasulullah s.a.w terhadap anak-anak kecil.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur."

(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)

Berdasarkan daripada hadis ini, maka kita sepatutnya membiasakan anak-anak dengan amal ibadat wajib sedari kecil lagi. Hal ini adalah wajar bagi menanamkan rasa cinta akan Allah, mensyukuri nikmat-Nya, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal dan akhlak, iaitu perbuatan dan perkataannya.

Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya:

Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.

Hal ini bermakna kita hendaklah bermesra, bermain dan bergurau dengan anak yang berusia di bawah tujuh tahun. Selepas usianya tujuh tahun, kita wajar mendidik dan mendisiplinkan mereka serta diajarkan cara beribadah secara betul. Ketika ini juga hendaklah diajarkan menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua.

Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. Kebiasaannya pada usia ini, mereka akan mencari kawan lain sekiranya kita tidak menjadi kawan kepada mereka. Sekali mereka mencari kawan di luar, agak susah untuk kita menasihati mereka.

Dalam hadis di atas juga ada menyatakan bahawa jika keadaan memerlukan, kita dibenarkan merotan anak selepas dia berumur 10 tahun. Jadi, setiap kali terlintas untuk merotan, niatkanlah aku tidak akan merotan anak ini sehingga umurnya 10 tahun kerana mengikut perkara yang Rasulullah s.a.w katakan. Maka besarlah pahala kerana perlakuan ini.

Pakar psikologi menyatakan bahawa anak yang berumur 10 tahun ke atas sudah boleh memahami kesan hukuman yang dikenakan dan sebab perbuatan itu tidak dibenarkan. Hal ini bermakna jika kita memukul anak yang lebih kecil dari usia itu adalah hampir tiada gunanya atau akan mendatangkan kesan yang lebih buruk pula. Bukankah itu akan merugikan?

Semasa merotan, beritahu dahulu kesalahan yang telah dilakukan sehingga dia dihukum. Seeloknya, jangan merotan anak di hadapan orang lain. Hal ini akan menyebabkan anak berasa kecewa dan rendah diri. Sebelum merotan juga, pastikan anda pernah memberikan amaran awal bahawa sekiranya sesuatu yang anda suruh tidak dilakukan, kesannya dia akan dirotan.

Anda juga diingatkan agar jangan merotan untuk menyakiti tetapi merotan dengan tujuan memberikan pengajaran. Kawasan yang dirotan juga perlu dijaga dan jangan sewenangnya merotan anak di bahagian muka. Rotanlah di bahagian punggung kerana di situ tidaklah menyakitkan. Satu hayunan sahaja memadai untuk tujuan mendidik.

Walau bagaimanapun, jadikanlah merotan sebagai jalan terakhir. Hai ini kerana kebanyakan sunnah Rasulullah s.a.w adalah untuk mendidik anak-anak dengan kasih sayang bukan dengan pukulan. Cubalah menjadi waras sekalipun kita dalam keadaan marah yang amat sangat. Sekiranya kita telah memberikan pendidikan yang sewajarnya, pastinya rotan tidak diperlukan lagi.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 5: Suri Rumah Si Ibu dalam buku Manual Kerja Super Isteri. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my

Thursday, April 24, 2008

pUteRi BoNGSu BaKaL DiTiNGGaLKan LaGi...

Sepuluh minit lagi masa pejabat akan berakhir.. sempat lar lagi nak ditaip seperenggan dua ayat.. hmmm.. arinie aku tak buat apa sgt.. sekadar menyelesaikan bil² yg perlu dibayar.. hurmmm... hari dpt gaji.. harini jugak abis lunaskan tuntutan bulanan.. tinggal lar saki bakinya buat bekalan ke akhir bulan... sungguh aku bekerja demi kelangsungan kehidupan.. Apa lar yg aku dpt tanpa bekerja.. hidup di kota kosmopolitan nie tak semudah disangka.. segala²nya duit.. duit lah segala²nya... eh.. apsal aku ulang ayat yg sama?? Hehe... gaji korang masyuk tak bulan nie?? Kalau masyuk meh lar banjer aku makan.. kekekehhhh... supaya aku dapat menjimatkan wangku yg semakin kepupusan nieh...

Minggu dpn laki aku akan mula kursus... 9 - 11 Mei nie laks aku kena attend Team Building warga JWN kat Casa Richardo Port Dickson.. (dah pernah pegi situ dulu... attend kursus jgk b4 join gomen) Yang di fikiran aku sekarang.. macam maner lar nak ditinggalkan Puteri Bongsu aku tu... sapa yg nak jaga dia sepanjang tiga hari ketiadaan aku nanti.. nak tinggal kat mak lagi ker cam aritu.. atau laki aku jer yg jaga.. ermm.. mampu ker laki aku nak jaga dua² puteri yg tengah lasak tu?? Ntah.. let him decide..

Lagu dah kuar kat jam punch card tu menandakan habisnya waktu pejabat... ok lahh... jmp besok........ daaaaaaaaaaa...!

Wednesday, April 23, 2008

.:aKsi PuTeRi²Ku:.

Aku suker rakam momen² anak² aku membesar.. detik² mmg amat² beharga dan tak ternilai.. masa tak boleh diulang kembali.. tapi gambar boleh dikenang.. sebab tu aku tangkap gambar dorang banyak².. sok² biler memasing dah besar bleh lar saling gelak kenang zaman kekecik.. Aku bukak album dorang sorang satu.. coz aku dulu tadak album aku sendiri.. so.. aku tanak lar dorang terkilan cam aku...
..Aisha merenung jauh..
.. sedang asyik bermain..

..e..eh saper panggil tu?..

..Alyaa aka (kakak) bersama adik aka (puteri bongsu).. kehkehkeh..

..anak² dareku..

..so sweet together..

..bersungguh² makan buah..

..tgk mana tu?..

..ba..ba..chak!!..

..puteri bongsu tersenyum simpul..

..posing jangan tak posing..

..a proud mom..

..bersama koleksi bear²..

..anak² bonda..

..happiee dikelilingi bear²..

..dah tak larat bergambar.. aisha menangis sakan..

..anak ayah yg manjer Alyaa Safiah..

..serius macam ayah jgk..

.."bear² o'okk Bonde.." Kata Alyaa kat aku..

..TaRGeT..

Alhamdulillah.. setakat nie segala yang dirancang berjalan lancar.. satu persatu perkara diselesaikan.. aku amat berharap azam dan targetku dpt dicapai dlm tahun ini juga.. tahun depan hendaknya membuka ruang yg luas buat kami sekeluarga bercuti semahunya... hurrmmm tak sabar menantikan saat dan ketika itu.. Target itu ialah...

1. Bebas beban hutang
2. Mencapai berat badan diingini
3. Disahkan dlm perkhidmatan

(aku masih perlu attend induksi umum dan khusus sebelum disahkan.. paling cepat aku boleh disahkan awal thn dpn selepas hadir induksi umum)

Hasrat yang hampir tercapai membuatkan aku teruja menetapkan target baru utk tahun hadapan pula.. masih terlalu awalkah??.. Tak kisahlah.. target mmg perlu dlm hidup.. supaya kita ada halatuju yg jelas.. kita tahu apa yg kita nak dan apa yg ingin kita capai...

Target tahun depan...

1. Nak pergi bercuti dan melancung bersama famili sepuas²nya.. (kalau tiada aral.. kita hanya merancang kan... yang menentukan Dia...)
2. Nak renovate rumah... kena kumpul duit banyak nie.. (biler lar Casa Impian tu nak dtg renovate umah aku..) Hehehe..
3. Ingin mencuba utk menceburi bidang perniagaan... (belajar dan mendalaminya.. hopefully dpt set-up business sendiri)
4. Ingin menjadi penjawat awam yg dedikasi dan berwibawa... ahukkkkk!!

Semoga dimurahkan Allah rezeki kami anak beranak..... Amin.......

Kalau tak suka... Pulangkan...

Sebuah cerita yg aku cut & paste from yahoogroups... sebak rasa hati baca citer nie.. kita selalu takes thing for granted... ada dibiarkan.. biler dah tiada baru nak tercari²... semoga kisah ini membuka mata dan minda kita.. betapa kehidupan ini begitu singkat dan hargailah mereka yg senantiasa di sisi kita.. menyayangi dan mengambil berat tentang kita.. semoga sesal itu tidak dtg di kemudian hari................

*************************************************************************************
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.
"Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak!" Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas
minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
"Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye.
Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
"Laila" Keluhnya. Akhirnya dia terlena di sofa.
----------------------------------------------------------------------------
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak? "
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu!"
"Masa tu Amirul kecik lagi," balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
"Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana."
"Nak jalan sangat, Sabtu ni saya hantar awak balik kampung. Muktamad!" Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka.
Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa."
"Takpe... pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"
Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"
Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.
"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."
----------------------------------------------------------------------------------
"Papa! Makan!" Jerit Aiman, anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok?! Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah! Saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya
keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?"
Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."
"Abang tak suka tengok papa marah-marah…"
"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya.
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak."
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
----------------------------------------------------------------------------------
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"
Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan.
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
-----------------------------------------------------------------------------------
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.
Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
"Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!
Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit
pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.

"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti."

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
"Laila."
----------------------------------------------------------------------------------------------------
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia
mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.
"Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya.
Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..
"Kalau tak suka pulangkan."
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.
Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya, Laila dipulangkan....

Monday, April 21, 2008

..PeMBeRiAn DaRi En. K..

Bos dah balik.. iring Menteri sambut Deligasi dari Vietnam utk Mesyuarat 3rd ASEM Culture Minister Meeting. Well.. for this half an hour... what to jot down huh.. hmmm... esok aku cuti lag.. tanpa rekod coz ada exam lagi utk penilaian IT Skill Assessment and Certification (ISAC).. gomen nie byk nor examnyer kan... tapi tak per.. aku suker.. ianya mengingatkan aku zaman ketika masih bergelar pelajar.. aku suker exam... mengasah semula ilmu yg ada.. mengukur kefahaman dan ketajaman fikiran kita utk berfikir.. supaya otak tak tumpul... lagipon keje gomen nie bukan setahun dua.. sampai pencen beb.. tu pon kalau panjang umur.. kalau tak der method pengukur pengetahuan nie.. alamat berkarat lar otak....

Kali nie tak ler tension sgt coz exam nie just to acknowledge our basic information technology on computer.. mudah (tapi tanak lar terover confident..) bagi org yg selalu berdepan komputer seperti aku dan kamu² semua.. kalau boleh aku nak dalami lagi ilmu berkaitan IT nie coz I have passion into it.. aku minat.. dah jodoh pon tersurat dengan pasangan yg turut berkecimpung dlm bidang ini juga.. sifu ada kat rumah.. apa tak paham tok guru boleh turunkan ilmu.. hehehe...

Sekarang tengah hujan kat luar sana.. harap² dedekat aku nak chow nanti dah redalah... pagi tadi bercinta aku nak bangun dari tido.. liat sungguh.. (Alyaa buat hal lagi semalam.. payah betul dia nak tido.. dah tak tido mulut dia dok chot.. chet.. chot.. chet.. mengalahkan mak nenek.. adusss.. ada jer mender nak ditanya.. disoal.. mulut macam bertih jagung org utara kata.. ) tapi kugagahkan juga bangun awal coz dah niat nak buat nasik goreng utk tapau kami laki bini.. sampai opis quite early.. office masih lagi sunyi rombongan ke Samporna, Sabah masih belum pulang sepenuhnya.. ada yg flightnyer petang nie.. so esok meriah kembali lar agaknyer..

Last week.. bos aku yg murah hati memberikan aku hadiah.. ole² dari Paris... yg tidak aku sangka².. tergamam buat seketika.. hanya terima kasih terkeluar dari mulut.. dengan selumbernyer dia kata.."you suka ker tak suker ker I tak tau.. patent dia warna dia I tak tau.." lebih kurang maksud dia nak bagitau (terimalah hadiah itu seadanya...) Tengkiu boss... I tak kisah asal barang free I terima jer... keh! keh! keh!... (dlm hati jer beb.. hiii)..

Nie ler barang nyer pemberian boss aku.... dlm sibuk² tu igt jgk dia kat aku.. walau tak sampai setengah tahun aku berkhidmat dengannya.. (terharu lar tu kunun... hehehe..)


Friday, April 18, 2008

Y We aRe So sPeCiaL...

It's TRUE!! So..so...true... I'm that type of person... wanna know y me & all of the women out there are so special.. you gotta read this!
____________________________________________________________________________________
Mum and Dad were watching TV when Mum said, 'I'm tired, and it's getting
late. I think I'll go to bed.'

She went to the kitchen to make sandwiches for the next day's lunches.
Rinsed out the popcorn bowls, took meat out of the freezer for supper the
following evening, checked the cereal box levels, filled the sugar
container, put spoons and bowls on the table and started the coffee pot for
brewing the next morning.

She then put some wet clothes in the dryer, put a load of clothes into the
washer, ironed a shirt and secured a loose button. She picked up the game
pieces left on the table, put the phone back on the charger and put the
telephone book into the drawer. She watered the plants, emptied a
wastebasket and hung up a towel to dry.
She yawned and stretched and headed for the bedroom.

She stopped by the desk and wrote a note to the teacher, counted out some
cash for the excursion and pulled a text book out from hiding under the
chair. She signed a birthday card for a friend, addressed and stamped the
envelope and wrote a quick note for the grocery store. She put both near
her bag.

Mum then washed her face with 3 in 1 cleanser, put on her Night Solution &
age fighting moisturizer, brushed and flossed her teeth and filed her
nails.

Dad called out, 'I thought you were going to bed.'

'I'm on my way,' she said. She put some water into the dog's dish and put
the cat outside, then made sure the doors were locked and the patio light
was on. She looked in on each of the kids and turned out their bedside
lamps
and radios, hung up a shirt, threw some dirty socks into the hamper, and
had
a brief conversation with the one up still doing homework.

In her own room, she set the alarm; laid out clothing for the next day,
straightened up the shoe rack. She added three things to her 6 most
important things to do list. She said her prayers, and visualized the
accomplishment of her goals. About that time, Dad turned off the TV and
announced to no one in particular. 'I'm going to bed.' And he did...without
another thought.

Anything extraordinary here? Wonder why women live longer...?

'CAUSE THEY ARE MADE FOR THE LONG HAUL.......

(and they can't die sooner, they still have things to do!!!!)

Send this to five phenomenal women today... they' ll love you for it!

Then: GO TO BED!

And Forward this to as many men as you can so that they know why women are
so special :) .........!

Thursday, April 17, 2008

..SeLaMat ULaNG TaHuN..


Tiada kata... secantik bahasa.. hanya untukmuuu kekanda..
1... 2... 3...

Panjang umurnya...
Panjang umurnyaaa...
Panjang umurnyaaa serta mulia...
Serta Muliaaaa.... serta muliaaaa....

Selamat ulang tahun ayang ucapkan..
Selamat panjang umur ayang kan doakan...
Selamat sejahtera... sehat sentosa...
Selamat panjang umur.... dan bahagia......

Dah bertambah setahun lagi usia abang.. semoga Allah limpahkan rahmat dan berkahnya buat abg.. tabah dan gagah meniti kehidupan sebagai khalifah dan pemimpin.. pembimbing ayang dan anak².. semoga tercapai segala hasrat dan impian.. restu dariNya di sepanjang jalan...

Friday, April 11, 2008

LaYaN~~!

Semenjak 2 menjak nie line internet kat opis nie slow sgt.. asyik tersangkut².. tension jgk biler nak buat satu² mender.. kena tunggu lamer baru dpt load.. sebelum nie tak lar macam nie.. ntah apa problemnyer.. Tak berapa nak ada mood arinie..bleh?? Hehehe... Bosan.. dah lar lunch tadi sengsowang.. :))... slumber jer aku lepak pizza sambil menikmati makanan italiano itu aku layan perasaan yg agak berkecamuk.. aku makan pelan²... kengkadang sonok jgk lepak sengsowang.. perhatikan org dan berbicara pada diri sendiri.. aku raser bebetul tenang & relax tadi.. Minggu dpn mungkin tak relaks dah coz my boss is coming back this Sun... Selasa nie dia masuk opis larr... Ari Rabu laks aku kena pegi Seminar Setiausaha kat PICC Putrajaya.. then on this 28 my boss will go for his PTK course & exam.. so.. free lagi aku ditinggalkan seminggu... hehe...

Lega biler sumer perkara yg bermain di fikiran telah diselesaikan.. mmg target aku nak settlekan sumer b4 my boss is back... kuar duit... baiki kasut.. renew license... amik credit card.. etc.. untung jgk bos tak dak nie.. senang nak buat keje yg susah nak buat time dia ada.. yelah... mesti utamakan kerja dari kepentingan sendiri... saya yang menurut perintah.. slogan yang tidak asing lagi bagi penjawat awam seperti aku... heheh.. baru masuk gomen 5bln.. wekkk.. kakakak!!! Dah selalu dok taip surat tulis benda yang samer jer apa tak biasernyer..

Balik nanti laki aku amik.. dia cuti arinie.. masih ada perkara yg perlu diselesaikan segera.. adat idup suami isteri.. muafakat membawa berkat........

Kat bawah nie gambar puteri²ku.. diambil beberapa hari yg lepas... utk memori ingatan...











Tuesday, April 8, 2008

..Kenangan di Bukit BeLaCaN..

..Gambar di Taman Rimba Ampang 06/04/08 buat kenang²an..

..dlm perjalanan ke port berkelah..

..dpt port.. isi perut dulu.. roti canai mari.. hehehe..

..anak² dare ayah..

..Aisha berendam..

..Alyaa yang asyik bermain pasir dlm air..

..biler dah asyik sangat.. suruh pandang camera pon dia buat tak tau..

..ayah dan anak sedang bersantai..

..tak puas² main air..

..Aisha yang dah kesejukkan..

..kena siram dengan bonda.. hehehe.. nak main air sgt.. amik nie!!..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails