.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, July 27, 2007

InTeRNet DaH KeNa BLOCKED!!

Buat masa nie aku terpakser mendiamkan diri sebentar.. byk perkara yg berlaku dlm hidup aku semenjak dua menjak nie.. tapi susah nak dikongsikan kat sini coz.. my internet facilities kat opis nie dah entirely di revoke kan oleh org yg tak senang ngan aku.. ntah apa salah ngan dosa aku kat dorang aku pon tak tau... apsal lar dengki sgt ngan aku yg berhati suci lagi murni nie... hahaha... lantak ko lar nak revoke ker aper ker... asal ko bahagierrr.... bahagier lar gamaknyer tu.. nanti biler aku pindah umah baru aku apply internet kat umah sendiri.. senang... tak kaco org.... especially org tu... biar larr si luncai terjun dgn labu²nyerrr... selalunyer org giler koser nie tak bertahan lamer... mana nak bertahan... kalau dah hari² sumer org pakat dok sumpah seranah... hishhhhh.... sedar² lar sket... pangkat tak ke manerr... perasaan hormat sesamer manusia tu jgk dijunjung walau ke mana kita pegi... kuasa mmg kita ada... tapi apa guna kalau kita tidak dihormati lagie....

Ok.. tak bleh lelamer.. aku nak makan nie.... jmp lagi.. walau tidak sekerap dulu.... for ur information... I'll survive... and still alive...... ;)

Thursday, July 12, 2007

KeNaPa??..

Kenapa saya suka rumah saya??? Hurrmmm... kenapa saya suka rumah saya?? Eermmmm... KENAPA saya suka rumah saya... saya suka rumah saya... sebab di rumah saya... saya boleh bangun & tido sesuker hati sayerrr... sebab... di rumah saya.. saya boleh pakai apa saja yg saya suka... sebab di rumah saya.. ada anak saya.. ada suami saya yg suka buat tarian gedik santai... anak saya pulak suka tiru ayah dia tergelek² menari... sebab di rumah saya.. sayalah ratu... saya bebas lakukan apa sahaja di rumah sayaaaa..... saya suka rumah saya.... sebab.... dia BESttttt........... Hehehe.....

Kenapa saya sayang suami saya... hurmmm... kenapa... errrr.... sebab somi saya antara lelaki paling baik pernah saya jumpa yg berjaya tambat hati saya.. sebab somi saya seorang lelaki yg budiman... dia seorang yg amat menghormati wanita... sebab... somi saya seorang lelaki yg sensitif terhadap perasaan org lain... sebab somi saya rajin tolong saya jaga anak & buat keje rumah... dan yg paling penting.... saya SAYANG somi saya... sebab dia pandai pujuk saya bila saya merajuk...

Kenapa saya sayang anak saya.... hurmmm... saya sayang anak saya sebab... saya berperang nyawa melahirkannya... saya sayang sgt kat dia... sebab lahirnya dia tanda kasihnya saya buat suami.... saya sayang anak saya.. sebab kelahirannya melengkapkan diri saya sbg seorang wanita... saya sayangkan dia sebab dia pereda hati di kala kemarahan menyala-nyala... ciumannya penawar mujarab kala hati menangis sendu.... keletahnya mencuit hati selalu...

Kenapa saya sayang emak saya... saya sayang emak saya sebab... melaluinyalah saya dpt melihat dunia ini... saya sayang emak saya... sebab dialah yg membesarkan saya... saya sayang emak saya.. sebab dia telah mendidik saya hingga berjaya menjadi manusia berguna... dan... saya pasti akan tetap sayangkannya... kerana saya cuma punya SATU Emak di dunia ini...............

Saya sayang Abah saya... kenapa... sebab... tiada Abah.. tiadalah saya.. sebab Abah mengajar saya erti hidup di dunia ini... Abahlah role model terbaik buat saya... saya sayang Abah saya sebab saya cuma punya seorang Abah di dunia ini... dan perginya tiada pengganti.........

Saya sayang keluarga saya..... kenapa.... sebab dgn adanya mereka... saya tahu saya disayangi....

Tuesday, July 10, 2007

..Wajib Sumer Pompuan Amik Tau..

Jangkitan Yang Berulang Boleh Merosakkan Sistem Peranakan

Dalam kehidupan seseorang wanita, penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan.
Bahagian ini sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) kemaluan wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri. Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan.


Menurut Dr. Siti Zaleha Ab. Rahim dari salah sebuah hospital swasta, wanita yang mempunyai tanda-tanda tersebut mudah dijangkiti kuman.

"Ia juga akan menjejaskan hubungan seks dan menimbulkan konflik antara suami dan isteri."


"Disamping itu, jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh merosakkan sistem peranakan menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan menjadikan seseorang itu sukar mendapat zuriat," katanya.

Ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga alat kelamin atau reproduktif wanita.

Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang disyorkan:•

Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.


Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.

Elak daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.


Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.


Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).


Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.


Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

Tambah Dr. Siti Zaleha lagi, jangkitan kuman sering berlaku sekiranya alat sulit tidak dijaga dengan sempurna. Ini termasuk kuman bakteria, virus, kulat dan protozoa yang dapat ditularkan melalui hubungan seks (sexually transmitted disease). Wanita dan pasangan perlu berjumpa doktor sakit puan untuk ujian pengesahan dan rawatan spesifik. "Paling kerap berlaku ialah jangkitan kuman atau fungus yang dipanggil candida. Ia dapat dirawat dengan memasukkan ubat antifungus ataupun ubat pil ke dalam faraj." Ujar beliau.


Kumpulan kuman lain yang sering menyerang wanita ialah bacterial vaginosis. Pesakit akan mengadu mengeluarkan lendir busuk (fishyodour discharge) dan kegatalan teruk. Ini dapat dirawat dengan antibiotik spesifik.


Katanya, wanita juga terdedah penyakit bengkak pada alat kelamin yang dipanggil bartholin cyst.


"Ia terjadi bermula dengan pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan. Pada peringkat awal, pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya kecil. Cyst ini terbentuk akibat kelenjar Bartholin tersumbat dan bengkak yang sering terbentuk disebabkan jangkitan kuman bakteria.


"Ia dapat dikawal melalui pembedahan kecil pada cyst untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul di dalam kelenjar tersebut. Sekiranya ia kerap berulang, dinasihatkan dibedah dan dikeluarkan," jelas Dr. Siti Zaleha lagi.


Bengkak nanah (abcess) dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik.


Selain itu, bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu, kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.


Penyakit lain yangg turut dikaitkan dalam masalah ini ialah barah pada bahagian luar alat kelamin (vulva dan vagina). Namun ia jarang terjadi berbanding barah pangkal rahim, rahim atau ovari. Ia merangkumi hanya 5 peratus daripada semua jenis barah sistem produktif wanita.


"Penyakit ini sering berlaku pada wanita yang telah menopaus dengan purata umur 60 tahun. Pesakit akan mengalami kegatalan berterusan yang teruk diikuti ketumbuhan atau ulser yang kerap bermula pada bibir luar kemaluan. Rawatan ini merangkumi pembedahan besar dan radioterapi," katanya.


Ketika mengulas mengenai kaitan penjagaan alat sulit dengan masalah keputihan, Dr. Siti Zaleha berkata keputihan kerap berlaku pada wanita dan penting sekali mereka tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit.


"Keputihan yang normal boleh berlaku pada keadaan berikut iaitu beberapa hari sebeluim tiba haid, ketika keghairahan seks, kehamilan dan klimakterik atau selepas menopaus.


"Begitu juga sebelum tiba haid dan ketika hamil atau belaku perubahan paras hormon yang meningkat. Semua ini menyebabkan banyak keputihan atau cecair jernih yang melekit keluar dari faraj," ujar Dr. Siti Zaleha.


Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih ke kuning atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, kadang-kadang ia keluar secara berketul-ketul kecil, gatal dan berbau. Tanda-tanda adalah seperti bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.


"namun begitu, seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit serius," tambah beliau.


Dr. Siti Zaleha juga menjelaskan, kebanyakan wanita tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan tadi diikuti dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.


"“Ada segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikir bahan pencuci yang tidak alergik, yang tidak mengubah pH faraj dan telah diuji kebersihannya.


"Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa pedih, gatal atau kemerahan, wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpa dengan doktor," katanya lagi.

Ibu November 2001 ms 34 - 35

..WaNiTa D SiSi LeLaKi..

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan
terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-
galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan
mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk
meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya
begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar,
jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin
menderita…

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka
kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis
rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan
iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran
Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi
ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women
gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu
kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang
lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah:
negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa
hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa
ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah
membengkokkan.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah,
rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya
mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri
sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya
jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

Monday, July 9, 2007

++BuLaN KeDeKut++

Hmmm.. bulan nie bulan paling.. paling.. paling kedekut buat kami.. tetiap hari ke office skrg kitorang laki bini bawak bekal utk lunch.. bukan aper.. cash commitment very.. very tight this month.. tapi bagus jgk kan masak sendiri... at least berasap sikit lar dapur tu.. tak der ler bebawang... kunyit halia kat dapur tu membusuk begitu sahaja.. lagipun masak sendiri nie lebih terjamin kebersihan dan khasiatnya.. jimat pon jimat.. cuma komitmen nak memasak tu lar pulak.. mesti mau kuat semangat... hahaha!!!

Makan² kat luar pon dah mula berkira²... have too... to make sure that we can survive through this month... what to do... this is life... there are lots of ups and downs!

Thursday, July 5, 2007

.:KaSiH Si iBu MoNyEt:.

Aku dpt citer nie dari email yahoogroups... kisah ini sungguh tragis dan menyedehkan... bergenang air mata aku membacanya.. dan spt biasa aku mahu berkongsi kesedehan nie bersama korang sumer... So.. I copy & paste..
____________________________________________________________________________________
Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.Apa yang saya yngin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu. Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hamper,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hamper dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu. Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi . Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, " Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan."

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan. Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.

Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu? "Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik. Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.

Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ? DAMMM!!! Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet- monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan. BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan ,tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit. Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah.

Ia cuba bangun Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling- guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.

Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia. Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?

Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya.

Perlahan- lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku. Susana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.


Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami? Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit- jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati. Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran. Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

Benarkah Memasak & Mengemas Tanggungjawab Isteri?

Petikan majalah Mingguan Wanita: oleh SUZANA GHAZALI

ARTIKEL: Benarkah memasak dan mengemas tanggungjawap isteri?

"Assalamualaikum Puan. Saya 'S' dari perlis. Saya sudah berkahwin 7 tahun, ada anak 3; 6thn, 3 thn dan 2thn. Masalahnya isteri saya dari mula kahwin hingga sekarang malas memasak dab kemas rumah. Isteri saya sorg guru. Balik kerja isteri saya tengok tv dari pukul 2 hingga pukul 7 mlm. Makan, minum suami dan anak-anak tidak dipedulikan. Saya ingatkan anak-anak saja, kalau tak, dah lama saya bercerai. Tolonglah saya." - Inilah petikan satu sms yg saya terima baru2 ni.

Luahan hati seorg suami yg tertekan dgn sikap isteri yg dikatakan malas memasak dan mengemas rumah. Sikap malas si isteri betul2 menekan si suami hinggakan beliau berhasrat utk menceraikan isteri, jika tidak memikirkan kebajikan anak2. Betapa beratnya kesan drpd sikap si isteri yg tidak melakukan kerja2 memasak dan mengemas rumah. Kenapa sampai begitu kesannya? Apakah memasak dan mengemas rumah mmg menjadi tugasan isteri? Apakah memasak dan mengemas rumah adalah tanggungjawap isteri?

Beban tugas
Saya teringat kata2 Mak saya tika saya di usia remajadan agak liat utk membantu kerja2 memasak: "Org perempuan ni, walau pandai camana sekalipun, mmg tak lepas dari dapur." Saya akui, mmg secara lumrahnya, memasak dan mengemas rumah adalah tugasan wanita. Setiap anak perempuan, apabila sudah boleh disuruh dan diharapkan utk melakukan sesuatu maka kerja2 rumah akan mula diberikan kpdnya. Bermula dgn menyapu sampah, mencuci pinggan mangkuk dan akhirnya memasak.

Kembali kpd persoalan say di awal tadi, apakah memasak dan mengemas rumah mmg menjadi tugasan isteri? Apakah memasak dan mengemas rumah adalah tanggungjawap isteri? Kalau dilihat kpd tanggungjawap seorg isteri yg disenaraikan menurut tuntutan syariat, tidak tertulis pun bahawa seorg isteri perlu memasak atau mengemas rumah. Tanggungjawap dan kewajipan seorg isteri adalah utk melayan suami pd setiap masa dan ketika. Diriwayatkan di dlm satu kisah yg berlaku pd zaman Rasulullah s.a.w: seorg wanita menunggu kepulangan suaminya ke rumah dlm keadaan dirinya berpakaian yg boleh menimbulkan keinginan suami utk melakukan hubungan kelamin. Dijelaskan jika bahawa Rasulullah berpesan kpd para suami yg keluar dari rumah dan berjumpa dgn mana2 wanita agar segera pulang utk 'bersama' dgn isteri. Kenapa? Kerana lelaki mempunyai keinginan yg satu dan kuat dan menjadi tugas serta tanggungjawap isteri utk melayani keinginan suami.

Air tangan wanita
Ulama juga pernah menjelaskan bahawa menjadi kewajipan seorg suami yg berkemampuan utk menyediakan pembantu rumah kpd isterinya bagi membantu menguruskan kerja2 rumah tangga malah menjadi WAJIB jika isterinya itu mmg berasal drpd kelaurga yg semmgnya mempunyai pembantu rumah. Diriwayatkan juga Rasulullah s.a.w bertindak menjahit pakaiannya sendiri malah baginda juga turut menyusun kasut. Semua huraian dan penerangan ini mejelaskan bahawa memasak dan mengemas rulah bukanlah tugasan dan tanggungjawap isteri. Dalam erti kata lain, seorg isteri tidak boleh dimarahi apatah lagi diceraikan apabila beliau enggan atau malas melakukan kerja2 rumah spt memasak atau mengemas. Namun, seperti yg selalu saya jelaskan: peranan, tugas dan tanggungjawap seorg isteri adalah utk menjaga kebajikan suaminya. Maka adalah menjadi SATU BONUS JIKA ISTERI YG MEMASAK DAN MENGEMAS RUMAH sendiri. masih ingat lagi perbincangan saya mengenai Rahsia Air Tangan Wanita? Ya! Spt yg saya jelaskan, tangan wanita mempunyai rahsia yg tersendiri dan yg paling penting, air tangan wanita mampu menambat kasih sayang seorg lelaki. Saya teringat pesanan Mak saya, walau sesibuk mana pun, usahakanlah juga utk menyediakan sendiri hidangan utk suami kerana kasih suami akan bertambah dan 'melekat' jika perutnya sentiasa diisi dgn hasil air tangan isteri. Secara logiknya juga, kasih suami akan bertambah jika isteri bijak menguruskan rumah tangga, menghias persekitaran dan mampu menyediakan hidangan yg lazat dan menyelerakan. Saya pernah mengendalikan kes seorg lelaki yg kembali mencari isteri pertama yg telah diceraikan gara2 mengikut kehendak isteri kedua yg lebih muda dan cantik, dgn alasan isteri pertamanya bijak membaca selera makannya dan pandai menyediakan hidangan yg lazat utk dirinya.

Namun, perlu dingat! Walaupun memasak dan mengemas rumah menjadi satu bonus kpd isteri utk terus menawan hati suami bkn bererti isteri perlu melakukan segalanya bagai hamba. Penat di pejabat belum habis, dah perlu mengadap urusan di rumah sedangkan suami memanjakan diri di depan televisyen atau menghitung huruf di muka akhbar. Perkara sebegini TIDAK WAJAR BERLAKU. Kerja2 rumah PERLU DILAKUKAN BERSAMA-SAMA ataupun lakukan pembahagian tugas. Isu 'queen control' tidak boleh diwujudkan jika suami membantu isteri melakukan kerja2 rumah.

Merujuk kpd kes di awal tadi, walaupun memasak dan mengemas rumah bukan tanggungjawap isteri tetapi sikap si isteri yg mengabaikan langsung kebajikan suami dan anak2 mmg tidak wajar berlaku. Cubalah berbincang dan cari jalan penyelesaian kerana kewajipan dan tanggungjawap seorg ibu adalah menjaga dan mendidik anak2nya. Ikhtiar utk mengatasi masalah adalah lebih baik drpd terus lari drpd masalah.

.:Keteladanan & Sikap Lemah Lembut Suami:.

Rasulullah saw. bersabda:

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap keluarganya. " (HR Bukhari Muslim)

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada isterinya" (HR Tirmidzi)

Para suami sepatutnya benar-benar menyedari bahawa dalam pandangan Islam sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang paling lemah lembut dan paling baik sikapnya kepada isteri, keluarga serta anak-anaknya. Jadi, jika seorang suami bersikap kebengisan, garang atau kasar, walaupun mempunyai pangkat dan jabatan yang tinggi, memiliki ilmu yang banyak, menyandang gelaran dari anugerah Sultan, sebetulnya belum menjadi lelaki yang baik.

Memang, boleh jadi kerana satu dan lain hal, isteri terkadang membuat jengkel atau sulit mentaati suami. Namun, sebenarnya yang paling penting untuk difikirkan adalah keperibadian sang suami itu sendiri. Mengapa?

Kerana, seorang suami akan sulit untuk mengubah isteri atau anak-anaknya kearah yang lebih baik, jika si suami sendiri belum mengubah perilakunya menjadi baik. Padahal dalam Al Qur’an surat at-Tahrim : 6 dikatakan:

"Jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka"
Ertinya, yang menjadi keutamaan seharusnya adalah menjaga diri dan keluarga. Pokoknya kalau kita ingin berbuat sesuatu, sesudah kita memperbaiki diri, selamatkan keluarga. Banyak pemimpin yang jatuh gara-gara keluarganya. Kemungkinan akibat dari isterinya, dari anaknya, atau sebaliknya.

Ironisnya, kadang-kadang suami lebih banyak menuntut dan menyalahkan isteri apabila ada hal-hal yang dianggapnya tidak baik. Misalnya, ketika sang anak malas belajar atau beribadah, suami sibuk menyalahkan isteri. Isteri dianggap tidak mampu memperhatikan anak, tidak mampu mendidik, dan sebagainya. Padahal, persoalan mendidik anak bukan semata-mata tanggung jawab isteri. Tidak sedikit rumah tangga yang menganggap pendidikan anak hanya pekerjaan ibu, sementara suami lebih sibuk mencari nafkah. Padahal sosok ibu hanya sebahagian daripada potensi rumah tangga. Memang mencari nafkah bagi suami adalah kewajiban bahkan ibadah. Namun sesungguhnya, kewajiban suami itu bukan hanya mencari wang atau mencari nafkah lahir, tetapi seorang suami juga mempunyai kewajiban untuk menanamkan visi dalam rumah tangga. Perkiraannya, hendak dibawa kemana rumah tangganya nanti?

Disamping itu selayaknya seorang suami dapat menjadi suri tauladan bagi isteri dan anak-anaknya, serta mampu mengawal moral keluarganya agar tetap terpelihara. Orang tua harus lebih serius menjadi figur suri tauladan bagi anak-anaknya. Jangan sampai anak kecewa pada figur orang tuanya. Misalnya, sudah suami jarang pulang, ketika pulang ragamnya hanya marah-marah. Bersikap kurang sopan dihadapan anak, memperlakukan isteri tidak baik dihadapan anak. Ketika figur ayah tidak mencerminkan akhlakul karimah, terus bagaimana anak boleh termotivasi untuk berakhlak baik? Disinilah kebanggan anak pada figur ayah boleh pudar begitu saja. Anak tidak lagi melihat contoh konkrit dari figur moral.

Oleh kerana itu, seorang suami hendaknya bukan hanya bangga kerana mampu membuatkan rumah untuk keluarga, jangan hanya bangga kerana mampu membelikan kereta, perabot cantik, dan sebagainya, namun seorang suami seharusnya berusaha semaksima mungkin untuk membangun keluarga yang bermoral, bermartabat, dengan ikut memperhatikan pendidikan moral dan akhlak anaknya sebaik mungkin. Sehingga akhlaknya kelak jauh lebih baik dari orang tuanya. Itulah prestasi, jangan bangga mempunyai anak yang belajar di luar negeri, namun kelakuannya buruk. Itulah tanda kegagalan menjadi orang tua. Bagaimanapun anak akan melihat sikap dan perilaku kedua orang tuanya. Kegigihan orang tua yang dengan serius membuat program suri tauladan bagi anak-anaknya adalah pendidikan yang tidak ternilai.

Singkatnya, apa yang diinginkan dari si anak, mulailah dari diri sendiri. Ingin anak rajin, jadilah orang tua yang rajin. Ingin anak pintar mengaji, jadilah orang tua yang juga rajin mengaji. Ingin anak ramah dan lembut, mulailah dulu dari orang tuanya. Suami pun memiliki kewajiban untuk menitikberatkan kesempurnaan ibadah, serta kebaikan akhlak dan moral keluarganya. Dalam hadits diatas, akhlak yang baik serta perilaku lemah lembut dari seorang suami memang sangat ditekankan.

Tentu saja, Rasulullah Muhammad SAW teramat patut untuk dijadikan sebagai suri teladan kepada sang suami yang ideal. Nabi Muhammad SAW begitu halus dan lemah lembut sikapnya kepada isteri-isteri Baginda. Baginda tidak pernah marah dengan kata-kata kasar. Kalaupun baginda marah, baginda hanya akan mendiamkan saja. Dan, itupun adalah sebahagian dari pendidikan yang baginda berikan kepada isterinya. Bahkan, suatu ketika diriwayatkan bahawa saat Rasul pulang larut malam, ternyata Siti Aisyah sudah tertidur. Rasulullah tidak mengetuk pintu lalu marah-marah. Begitu lembutnya beliau kepada isteri, Rasulullah yang mulia pun tidur di hadapan pintu rumah tanpa membangunkan Siti Aisyah. Disini berkali-kali disebutkan tentang kelembutan. Sebab walau bagaimanapun, seorang suami adalah pemimpin dalam keluarga. Dan kalau tidak hati-hati, seseorang yang merasa dirinya sebagai pemimpin, dalam skala apapun, cenderung menggunakan kekasaran.

Hal inilah yang tampaknya patut diperhatikan secara mendalam dan serius.

"….Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (QS. An-Nisaa’ ayat 19)

Apabila isteri tidak taat kepada suami, kemungkinan juga suaminya belum layak ditaati. Suami harus berani mengevaluasi diri. Ibarat ada bisul terus dibelai, tentu orang menjadi marah bukan kerana belaiannya, tapi kerana bisulnya. Kekerasan itu bukanlah alternatif yang sangat penting, melainkan lemah lembutlah yang mampu mengendur kekerasan.

Aspek-aspek lain yang juga harus diperhatikan oleh seorang suami ketika mendidik keluarga adalah perkataan yang harus terjamin kebenarannya. Jangan sampai seorang suami berbohong sedikitpun kepada anak dan isterinya, kecuali untuk hal-hal positif yang hanya ditujukan untuk menyenangkan hati mereka, seperti memuji masakan atau dandanannya.

Selanjutnya, bila memperingatkan sesuatu harus tepat situasi dan keadaan. Jangan sampai ketika bicara tidak tepat situasiya, kerana orang yang sedih dengan orang yang gembira itu berbeza situasi hatinya. Lalu, jika berbicara jangan sampai menyusahkan. Suami yang baik,kata-katanya itu harus yang enak. Jangan bicara yang membuat isteri semakin tertekan. Misalnya, isteri mempunyai kekurangan pada tubuhnya, jangan disebut-sebut. Isteri yang mempunyai kisah masa lampau, jangan diungkit-ungkit. Isteri mempunyai orang tua yang memiliki suatu kekurangan, jangan sekali-kali dibeberkan. Jangan membuat orang susah perasaannya.

Dan terakhir, seorang suami yang baik itu, kalau berbicara dapat memberi manfaat. Nabi Muhammad SAW sangat memuliakan sekali isteri-isterinya. Di rumah membantu pekerjaan isteri-isterinya. Bahkan, Rasulullah SAW memanggil isterinya dengan panggilan kesayangan. Beliau benar-benar senang berkasih sayang dengan keluarganya. Anak isteri beliau dibahagiakan dan dimuliakan dengan bimbingan ukhrawi. Yang paling penting dari semua itu adalah selain suami harus berlemah lembut, mampu menjadi contoh/tauladan dan mampu mendidik, adalah bagaimana suami mendidik anak-anaknya agar mampu mengharungi hidup ini di jalan Allah.

Tidak cukup hanya membawa wang, tetapi anak harus tahu bagaimana mensyukuri wang, bagaimana menafkahkan wang di jalan Allah. Kehormatan seorang suami bukan kerana gelar, pangkat, kedudukan, harta, jabatan atau populariti. Yang namanya kemuliaan itu kalau kita mempunyai kemampuan untuk jujur pada diri sendiri dan senantiasa memperbaiki diri agar tidak menyimpang dari jalan Allah. Sehingga walaupun dia tidak dikenal, dia pekerja yang memungut sampah, dia seorang pembantu di rumah, tapi boleh jadi lebih bagus daripada majikannya yang mempunyai status jabatan yang lebih tinggi. Kerana dia mampu membimbing keluarganya menuju redha Illahi. Allah tidak memandang kemuliaan seseorang dari kebendaan duniawi melainkan keindahan akhlak dan budi pekerti.

Wallahu’alam

Wednesday, July 4, 2007

.:Doa SeORaNG iSTeRi:.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

..AkU BeNCi BeRaDa D KaLaNGaN MeReKa Yg TeNSiON..

Tolong sembunyikan perasaan tensionmu ketika bersamaku.. aku paling tak suka bila diriku dibiasi bahang tension... sebab secara tak langsung diriku sendiri akan terikut berada di dalam keadaan stress melihatkan tingkahlaku org yg tension... ketika tension org² ini akan cenderung melakukan sesuatu yg di luar jangkaan.. dan biler difikir kembali.. sama spt tindakan org hilang akal yg tidak rasional.. tindakan mereka ini kadangkala bukan sahaja boleh dikategorikan bodoh malahan kadang² membahayakan nyawa org di sekeliling... masalah tak akan dpt diselesaikan andai kita tidak berfikir secara rasional.. malah dari masalah yg remeh boleh mencetuskan satu masalah yg maha besar natijahnya pula... di sinilah minda atau akal perlu memainkan peranan yg penting.. control the anger inside you... kemarahan tidak akan membawa kita ke mana... segalanya hanya kemusnahan dan akan melukakan... tindakan dlm keadaan tertekan selalunya merugikan diri sendiri... kita mengharapkan org di sekeliling kita agar memahami keadaan kita ketika itu... tapi sedarkah kita... secara tidak langsung kita telah menjadikan org yg terdekat dgn kita sebagai mangsa.... mangsa tekanan yg kita hadapi... kita menghempaskan barang.. kita menarik muncung berdepa... kita merungut... kita mencarut... siapa yg dengar... tentu org yg tika itu dekat dgn kita...

Satu lagi... tolong jangan lakukan satu perkara yg perlukan tumpuan fikiran individu di bawah kawalan normal... kita tidak akan mampu melaksanakannya dengan baik jika berada di bawah tekanan... tolong jgn memandu dlm keadaan tertekan.. marah... ketika marah setan mudah masuk dlm diri.. menjalar ke segenap urat saraf... dan kita tak akan fikir baik buruk apa yg kita buat... byk kejadian² yg tak diingini bertitik tolak dari perasaan marah... Bila kita marah harapnya redakan dahulu sebelum kita cuba lakukan satu² perkara yg tak munasabah.. Bayangkan dlm keadaan marah kita memandu.. dan kita melanggar kereta di hadapan.. paling sikit terbang beberapa RM.. tapi to make it worst.. diri atau org di sekeliling kita cedera... mungkin cacat.. mungkin juga mati disebabkan kita.. siapa yg nak menanggung kos perubatan... siapa yg nak tanggung perasaan bersalah sepanjang hayat?? Seeloknya carilah sesuatu perkara yg lebih berfaedah utk melampiaskan tekanan yg melanda diri... dan tolong jangan lepaskan pada individu lain.. mereka tidak berdosa.. jgn jadikan mereka mangsa... mangsa marah kita yg buta...

Aku malas nak layan org tension.. sebab itu aku akan terus berdiam diri.. aku marah sebenarnya melihatkan perangai org tension yg kebudak²an.. aku tau.. sia² kalau aku berbasa basi tika itu.. kelak memakan diriku sendiri... aku boleh releasekan tension itu kalau org yg tension itu sudi utk diredakan tekanannya... berceritalah denganku.. aku sudi mendengar masalahmu.. aku punya berkoyan² nasihat buatmu... semuanya percuma... aku tidak akan meminta bayaran darimu.. tapi tolong bukan dgn menjadikan aku mangsa.. belajarlah utk bersabar... sabar atas setiap dugaan yg melanda.. sesungguhnya kita sedang diuji di setiap hela nafas kita di dunia ini.. oleh itu kurangkan rungutan.. fikirkan penyelesaian.. bila menempuh jalan buntu... berhenti sejenak.. muhasabah diri sebentar.. tarik nafas dalam².. tak ada masalah yg tiada jalan penyelesaiannya.. Allah tak akan membebani hambanya dengan sesuatu yg tak mampu utk didepaninya... kita semua kuat... manusia dan individu yg kuat.. kenangkan sudah berapa byk permasalahan yg telah berjaya kita depani hingga membolehkan kita masih tetap hidup saat ini..

Tahu apa akan aku lakukan bila aku dlm keadaan tension atau marah?? Aku akan berdiam diri.. aku akan lampiaskan perasaan tertekan itu dgn melakukan kerja rumah.. biar aku penat dan lelah.. tapi aku puas.. aku tak lepaskan pada org yg tak ada kena mengena.. aku tak rosakkan harta benda... bila solat aku akan mengadu kepadaNya... kerana bagiku Dia memahami segala²nya.. dan itu membuatkan aku lebih sedia dan redha.. aku merasa tenang... perasaan itu akan menyelinap masuk umpama air sejuk yg mengalir ke dlm urat sarafku.. nyaman dan lapang.... kemudian.. aku akan mencari org yg boleh aku percayai utk aku berkongsi tekanan.. meminta nasihat dan pandangan... dan kemudian cuba usahakan penyelesaian..... (melepaskan perasaan di blog juga boleh meringankan!)

Aku bukanlah manusia yg sempurna.. tapi belajar utk menyempurnakan diri yg serba kekurangan ini.. aku sendiri masih di tahap pembelajaran.. belajar tentang hidup.. tentang manusia lain di sekeliling aku.. terlalu byk yg aku pendam.. aku juga takut satu hari nanti aku akan lakukan sesuatu yg di luar kawalan.. tika itu nasihatilah aku.. sebagaimana aku menasihati dirimu... kembalikan diriku ke alam sedar.. jgn biarkan aku hanyut dibuai emosi... aku sedang belajar mengatasi tekanan perasaanku... Be cool even on the hardest situation.. learn to control our anger.. It's true that anger management is the basic important thing that we have to learn to manage ourselves.

Monday, July 2, 2007

..Alyaa di Rumah BBsitter Baru..

First day Alyaa di rumah bbsitter baru.. tatau lar camner keadaannya.. aku dah call akak tu tadi.. dia kata Alyaa ok.. dia sibuk main & skrg ngah tido dlm buai.. Alyaa tak diajar tidor berbuai.. she's ok with or without it.. dah lamer agaknya tak naik buai.. nampak jer akak tu kuarkan buai sibuk dia nak naik.. (barang² tu sumer mmg akak tu dah prepare utk coming baby dia.. tapi sayang dia keguguran masa kandungan masih lima bulan.. gara² lift rosak naik turun tangga selalu dari bawah ke ting 8) Aku pon bleh pengsan camtu beb!

Hari nie juga for the first day again after a long time.. naik LRT berdua ngan laki aku.. arinie kena balik cepat.. coz dlm perjanjian ngan bbsitter baru anak aku.. kena amik dia sblm pkl 7.00 p.m. Niat hati mmg hari² nak balik awal.. tak sanggup nak berpisah lelamer nga si kechik yg nakal tu... winnndduuuu..........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails