.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, April 28, 2006

#MisTik#

Kepercayaan terhadap perkara mistik sukar disisih Oleh Nasron Sira Rahim FOBIA terhadap hantu dan perkara mistik yang melanda masyarakat Melayu berlaku sejak pengaruh animisme menyerap beratus tahun lalu dan sesetengahnya terus kekal sehingga kini.
Apa pun, bukti kewujudan dan peranan makhluk halus sekitar manusia seperti jin, syaitan dan iblis ada tertera di dalam al-Quran, tapi di kalangan masyarakat Melayu lebih suka menyebut 'hantu' atau 'makhluk halus'.

Pengkaji Kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin, berkata selain malaikat dan manusia, Allah SWT turut menciptakan jin - ada yang beriman dan kafir.

Kumpulan jin kafir dipanggil syaitan dan ketuanya adalah iblis manakala di kalangan orang Melayu, jin yang kafir ini digelar sebagai hantu seperti toyol dan langsuir. Orang bunian juga terdiri di kalangan jin.

Antara ayat al-Quran yang membuktikan kewujudan dan sebab kewujudan mereka adalah menerusi Surah Shad, ayat 79 hingga 81, bermaksud: "(Iblis berkata) Ya Rabbku, berilah penangguhan kepada aku sampai hari mereka dibangkitkan (kiamat). Sesungguhnya kamu (iblis) termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang ditentukan waktunya (hari Kiamat)."

Firman-Nya dalam surah lain, bermaksud: "Kerana-Mu (Allah) menghukum saya(iblis) tersesat, saya benar-benar akan (menghalangi) mereka (manusia) dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." (al-A'raf: 16-17).

Dr Amran berkata, setiap jin kafir atau syaitan memiliki nama tertentu bagi menggambarkan tugas mereka antaranya Khanzab bagi syaitan yang mengganggu manusia bersolat, Wilhan (mengganggu manusia berwuduk), Qarin (menemani manusia sepanjang hayat untuk menghasut melakukan kejahatan) selain menggalakkan manusia berzina, menipu dan melakukan dosa.

"Iblis akan hidup hingga kiamat tetapi ada pendapat mengatakan syaitan yang boleh menyerupai suatu objek dengan izin Allah seperti ular dan anjing hitam akan mati apabila manusia membunuh haiwan jelmaan itu," katanya.

Dr Amran berkata, jin juga memiliki perbezaan sesama mereka antaranya ada jin yang boleh terbang, berjalan kaki dan merayap malah jin juga hidup seperti manusia dengan berkahwin dan berkeluarga. Bagaimanapun, ulama berselisih pendapat dalam menentukan dengan tepat ciri-ciri jin.

Katanya, tidak semua jin dapat menyerupai lembaga atau objek tertentu dan mereka yang mampu berbuat demikian hanyalah jin yang mempelajari ilmu untuk melakukan tindakan itu; sama seperti manusia mempelajari ilmu ghaib untuk melihat jin.

"Allah menjadikan jin boleh melihat manusia tapi manusia tidak boleh lihat jin. Akan tetapi manusia yang boleh melihat jin adalah mereka yang mempelajari ilmu mendampingi jin, membela jin untuk dijadikan sahabat, orang yang dibuka hijab pandangan oleh Allah SWT selain mereka yang sakit seperti sakit biasa (deman dan sebagainya).

"Jin boleh mengganggu manusia menerusi roh manusia; jin boleh mengetahui kekuatan roh manusia iaitu ada nur (cahaya iman) atau tidak. Pada satu peringkat lagi, ada jin yang boleh mengganggu fizikal manusia seperti mencakar manusia dan ketika mengubat orang yang diresapi jin, saya pernah lihat perkara seperti itu," katanya.

Jin juga boleh meresapi manusia dan ada Hadis yang menyokong kenyataan berkenaan tetapi tindakan itu kurang berkesan terhadap manusia yang memiliki 'roh yang kuat' hasil amal ibadat dan keimanan yang mendalam.

"Di mana ada pembuluh darah, jin boleh meresap dan tanda orang kena resap adalah dia berasa sakit kaki kerana jin berada di kaki. Apabila sakit kepala, jin berkenaan berada di kepala.

"Jika jin meresap ke dalam nadi darah dalam badan manusia dan jika kita membaca ayat suci al-Quran, tubuh individu yang diresapi akan bergerak dan ia bermakna ada reaksi terhadap urat nadi itu disebabkan bacaan ayat suci," katanya.

Menjawab persoalan bahawa mereka yang bukan Islam juga boleh menghalau jin, Dr Amran berkata tindakan itu berlaku kerana Allah turut mengizinkan permintaan golongan kafir itu.
"(Bacaan Bismillah) Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; bagi orang kafir Allah tidak mengasihani, sekadar pemurah saja tetapi untuk umat Islam kedua-duanya. Jika seorang kafir minta kepada Tuhan, Allah memerintahkan kepada malaikat supaya menunaikan permintaan itu kerana Allah tidak mahu mendengar suara manusia kafir itu (memohon kepada-Nya)," katanya.

Thursday, April 27, 2006

CONTENTMENT

Have you ever, at any one time, had the feeling that life is bad, real bad, and you wish you were in another situation?

You find life make things difficult for you, work sucks, life sucks, everything seems to go wrong... Read the following story... it may change your views about life:
After a conversation with one of my friends, he told me despite taking 2 jobs, he brings back barely above 1K per month, he is happy as he is.

I wonder how he can be as happy as he is considering he has to skimp his life with the low pay to support a pair of old parents, in-laws, a wife, 2 daughters and the many bills of a household.

He explained that it was through one incident that he saw in India .. that happened a few years ago when he was really feeling low and touring India after a major setback.

He said that right in front of his very eyes he saw an Indian mother chop off her child's right hand with a chopper. The helplessness in the mother's eyes, the scream of pain from the innocent 4-year-old child haunted him until today.

You may ask why did the mother do so; had the child been naughty, had the child's hand been infected?? No, it was done for two simple words- - -TO BEG!

The desperate mother deliberately caused the child to be handicapped so that the child could go out to the streets to beg.

Taken aback by the scene, he dropped a piece of bread he was eating half-way. And almost instantly, a flock 5 or 6 children swamped towards this small p! iece of bread which was covered with sand, robbing bits from one another. The natural reaction of hunger.

Stricken by the happenings, he instructed his guide to drive him to the nearest bakery. He arrived at two bakeries and bought every single loaf of bread he found in the bakeries. The owner was dumbfounded but willingly sold everything. He spent less than $100 to obtain about 400 loaves of bread (this is less than $0.25 per loaf) and spent another $100 to get daily necessities.

Off he went in the truck full of bread into the streets. As he distributed the bread and necessities to the children (mostly handicapped) and a few adults, he received cheers and bows from these unfortunate. For the first time in his life he wondered how people can give up their dignity for a loaf of bread which cost less than $0.25.




He began to tell himself how fortunate he is. How fortunate he is to be able to have a complete body, have a job, have a family, have the chance to complain what food is nice and what isn't nice, have the chance to be clothed, have the many things that these people in front of him are deprived of...

Now I begin to think and feel it too! Was my life really that bad? Perhaps... no, I should not feel bad at all... What about you? Maybe the next time you think you are, think about the child who lost one hand to beg on the streets.

"Contentment is not the fulfillment of what you want, it is the realization of how much you already have."

When the door of happiness closes, another opens, but often times we look so long at the closed door that we don't see the one which has been opened for us.

It's true that we don't know what we've got until we lose it, but it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives.

The happiest of people don't necessarily have the best of everything; they just make the most of everything that comes along their way.

The brightest future will always be based on a forgotten past, you can't go on well in life until you let go of your past failures and heartaches

TaKot ItU BaYaNgaN DiRi..

Aduiii.. peningnyer ler kepala pepagi nie.. angin semacam jer perut nie.. ngantuks lagi.. argghhh.. dah lar semalam tak cukup tido.. kekejap terbangun.. kekejap bangun.. ikhsss.. tetiap kali terjaga aku teraser baby aku kicking.. hmmm.. dia pon tak bleh tido cam mama dia.. gelisah semacam jer.. pintu bilik tido aku tu.. kekejap bunyi.. cam org main tarik² pintu.. dah lar aku nie penakot.. hehe.. ntah aku nie.. suka pk bukan²...

Aku nie.. biler beranie.. beranie sgt.. biler dtg takotnyer tu.. nak tergelak pon ader.. ntah aper² tah.. ketakotan tu sebenarnya bayangan diri kita sendiri.. biler kita pk kita takot.. maka takot lar jadiknyerr.. mender² halus nie mmg wujud di sekeliling kita.. tak kira di mana kita berada.. coz.. kita idup berkongsi dunia ngan dorang.. cuma lebihnya kita tak nampak dorang nieh... kalau nampak.. alamat tak lalu makan ler.. tak senang idup.. hummmp..

Ada kawan silat Abah aku nama dia Pakcik Atan.. (nama penuh dia aku tak tau).. Dia nie ada six sense.. telus mata dan boleh lihat mender² ghaib.. maser dia dtg umah kitorang kat Tmn Dagang.. dia kata.. dia nampak jer mender² tu duduk berderet kat tangga rumah.. Dia kata makhluk² nie suka berkumpul kat bilik air.. tetambah tmpt kain baju berlonggok.. fav dia lar tu.. dia suka tetempat yg kotor.. so dia pesan.. jangan suka sepok² baju.. especially kat bilik air.. dan pastikan yg bilik air kita tu sentiasa bersih.. bilik air nie sbnrnya merupa HQ makhluk² nie.. tmpt dia kuar masuk.. kira pejabat dia lar.. lagi kotor lagi dia suka.......

Pakcik Atan nie cakap.. ada hikmahnya manusia tak dibukakan hijab melihat dunia sebaliknya.. cam dia.. tetiap kali nak makan.. bleh jadik tak lalu.. biler tgk mender tu terjelir² lidah... keliling makanan dan juadah kita.. tetambah kalau org yg makan tu tak bacer Bismillah sblm makan.. kita makan sisa dia jer... nak mandi or buang hajat kat bilik air pon kena bacer doa pelindung.. kat situ.. lagi macam² bentuk dan rupa ada.. kalau kita masuk toilet tak baca apa².. segala bahan buangan kita.. dilumurkan pada kita balik... eiiiiii..

Aku nie orgnya kalau nak tau.. suka sgt bacer citer² misteri.. kalau beli buku or majalah.. column tu dulu yg aku bacer.. satu lagik.. aku suka tgk horror movie.. tatau naperr.. kadang² mender tu influence dlm idup.. biler teringat citer² yg aku bacer.. mulalah fikiran menerawang.. igt yg bukan²... kita.. biler tgk citer² camtu.. kena ada barrier dlm diri.. biler ada benteng semangat yg kuat.. baru kita bleh maintain kehidupan spt biaser.. kita tau maner realiti dan apa fantasi.. or halusinasi... dan tipsnyer... jgn pk kan sgt....... buat dek jerrrrrrr...

Percayer tak.. beraninyer aku sampai aku sanggup p tgk depan² org bunuh diri terjun bangunan kat opis aku skrg nie.. perkara nie berlaku last 2 yrs.. sblm aku kawen.. maser tu budak yg terjun bangunan tu baru jer mati.. org sumer baru nak start berkumpul kat situ.. polis pon belum sampai.. aku gie tgk mayat tu dlm jarak 5 meter.. pastu nak tau aper jadik.. aku dihantui badi mayat tu.. siang malam terbayang².. aku raser cam aku senantiasa diperhatikan.. malam² aku dgr cam org menangis kat luar tingkap bilik aku.. kat umah mak.. aku dok bilik atas sekali kat tingkat 3... seram sejuk beb!! Sib baik lar last yr maser ader org mati jatuh bangunan apartment aku tinggal skrg nie.. blok aku tinggal jgk.. laki aku dah inform aku awal² maser amik aku balik keje.. cukup dia sorang yg tgk.. dia tak kasik aku tgk.. bawak aku gie taman dedekat situ sampai ler polis settlekan kejadian tu.. biler balik aku cuma nampak mgmt bangunan ngah bersihkan tmpt kejadian ngan pili bomba...

Maser kat UiTM Jengka dulu plaks.. selalu jadik event histeria.. yelah.. budak kelas aku ramai yg terlibat.. sesaper yg lemah semangat tu.. awal² lagi dah bertempiaran lari.. org² yg kena histeria nie plaks kebanyakkannyer terdiri dari budak² pompuan yg cun.. dan bermata galak.. biler dia jegil mata.. huh.. mau terbang semangat! Tapi aku kuatkan semangat.. pegang budak tu.. yelah.. bukan org lain.. kawan aku jugak... ayat yg terlintas di fikiran cuma ayatul Qursi.. surah² lain tak igt sgt.. aku pon bukannyer ustazah... ada lar 2...3.. kali jgk aku kena pegang budak histeria... satu hari tu aku dtg kotor.. disebabkan sumer dah bertempiaran lari.. dan aku yg terdekat ngan kawan aku nieh.. nak tanak aku ler yg pegang dia.. tak kan nak biar camtu jer.. walaupon org ckp pompuan tgh dlm kotor bdnnya lemah.. keadaan dah memakser... yg peliknya.. malam tu.. hari tu.. kekejap aku raser cam nak menjerit.. maser kat bilik.. kat dewan makan.. dan malamnyer maser ada kelas kat Dewan Kuliah paling ketara... secara tiba² perasaan tu dtg.. first time aku raser macam tu sebenarnya.. sblm² nie tak pernah pulaks.. aku control jer perasaan tu... sampai biler raser nak menjerit.. aku duduk... sib baik perkara tu tak berlarutan.. kuat lagi semangat aku...

Event² camnie mmg berlaku hari².. tak kira di mana.. adalah lebih baik kita tak tgk dari tgk... bukak jer TV.. tgk berita.. hari² ada jer kes bunuh... kenaper manusia nie kejam sampai sanggup membunuh eak?? Ngeri kengkadang biler pk... macam negara tadak undang² laks.. cam idup zaman koboi.. bunuh membunuh sesuka hati.. Kematian mmg satu yg pasti.. tapi jgnler kejadian² buruk camnie menimpa keluarga dan kenalan kita... selisih malaikat... minta dijauhkan.. kalau nak mati pon biar lar dlm keadaan yg baik... kalau aku.. aku nak mati dlm dakapan org yg tersayang... aku nak pergi dgn aman.... dlm keadaan bersedia dan sempurna..... mudah²an Allah perkenankan......... Aminnnnnnnnn~

Wednesday, April 26, 2006

~JuJuR~

..UiTM Di Hati.. - Part 1

Hmm.. arinie aku nak citer pasal tmpt aku belajar dulu... one of my sweetest memory was when I do my Diploma in UiTM Jengka Pahang.. Batch -May 1998- Di sini aku mengecap kebebasan dan belajar erti berdikari yg sebenar²nya.. Ada sesiaper di sini dari institusi yg samer ngan aku??

Ketika mendapat tawaran utk melanjutkan pelajaran di UiTM aku agak terkejut.. ermm yelah.. kursus yg ditawarkan bukan dari senarai pilihan aku semasa mengisi borang UPU.. tambahan pulaks kursus itu menempatkan aku di cawangan Jengka.. tmpt terakhir pilihan aku... Salah seorang pakcik aku tinggal di sana.. and I'm quite sure how the place like.. well.. terima atau tidak.. mmg hati aku berbelah bagi.. tetambah bidang kesetiausahaan.. bukanlah impian masa depanku.. pandangan aku ketika itu byk -ve dari +ve nyer..

Pk.. punya pk.. last² aku nekad.. pegi jerlah.. dari aku terperuk kat umah tak buat apa².. dpt jugak aku menimba ilmu... bajar setiausaha tak semestinya jadik setiausaha.. mungkin hanya sbg stepping stone utk aku melonjak lebih jauh lagi dlm bidang pelajaran nanti..

Nie gambar classmate aku maser kitorang wat gathering sempena farewell party for Yusman the one n only male student class kitorang yg dihantar bekerja di Senegal..

Sains Kesetiausahaan.. course kitorang nie mmg terkenal kat sana.. sbb per.. sbb biler sebut jer DSS.. sumer akan terbayangkan aweks² cun.. ranggi berjalan kat koridor.. tapi mmg betul pon.. most of DSS student lar yg paling bergaya aku raser kat kampus tu.. senang sgt nak bezakan student DSS ngan student course lain.. mcm dah ada cop kat dahi memasing.. satu lagi.. sebut jer salah laku pelajar.. mesti course kitorang yg dikaitkan atau dituding dulu.. walau hakikatnya bukan course kitorang yg terlibat.. itu ler tanggapan warga kampus lain pada course kitorang..

First time meet up ngan kengkawan sekursus.. agak menyeronokkan.. we came from all over States in Malaysia.. dan dari latar yg berbeza.. bagi aku inilar kali pertama berjauhan ngan keluarga.. masih aku igt.. ketika mata menyorot van Abah berlalu meninggalkan aku.. tak dpt tidak merambu air mata menitis laju turun ke pipi.. dok sengsorang kat tmpt asing nie bebetul menguji ketabahan aku ketika itu tambahan pulaks biler terfikirkan Abah yg sakit.. sanggup memanjat tangga ke tingkat empat.. semata² nak tgk bilik aku ditempatkan.. sampai atas Abah terus semput.. Abah mengidap Hepatitis C yg agak serius.. Aku betul² terharu dgn kesungguhan Abah ketika itu.. dlm maser yg sama aku juga kasihankan dia.. di kala sunyi n waktu nak tido malam mesti aku teringat kat family aku.. aku agak cengeng maser tu.. yelah.. budak baru.. suasana baru.. kengkawan baru.. nak tanak aku terpakser menyesuaikan diri.......

Tuesday, April 25, 2006

Refreshing Memory..

Hmmm... harap² hari nie ok ler blog nie..

Well.. my boss dah kuar p meeting... dia pening paler tadi mintak aku carikan panadol.. sian laks tgk dia.. hmmm... pas meeting balik terus ler tu.. sorang lagik boss laks dah berangkat ke JB..

Minggu nie last aku naik moto ngan Ady.. next week when he start to work at the new place.. I'll back to the norm.. pegi balik naik LRT.. coz moto Ady dah tak larat nak bawak aku.. lagipon bahaya buat aku n Alyaa.. berat aku dah cecah 70kg.. last check up.. ntah² dah makin naik.. coz I can feel that my belly is heavier than ever... arrggghhhhh.. jln pon mmg slow dah sekarang nie.. nafas raser sesak jer.. baby dah menekan peparu aku.. mummy's womb not large enough for you now Alyaa.. Alyaa growing so fast.. and moving actively.. baby Alyaa dah tak sabar nak tgk dunia agaknya.. :) Kadang² biler naik moto ngan Ady tak abis² dia gerak.. mungkin dia tak selesa kots.. camner agaknyer raser duduk dlm rahim ibu eak.. kalau ler bleh recall memory tuuu...

Semalam.. aku masak sambal tumis terung pipit.. (yg macam kacang peas tu) kegemaran aku.. masak nasik.. goreng ikan.. dan panaskan lauk² smlm.. pagi tadi laki aku goreng telur.. bawak bekal gi keje.. Tetengah kitorang masak smlm tetiba ada org ketuk pintu rumah.. aper lagi kelam kabut ler.. pakai baju leklok.. kacau daun tul.. tau siaper.. org jual kerepek.. biler org tanak.. dia bleh said straight to my hubby face.. "Buang maser jer" Punyer ler hangin laki aku.. dia kata no manners.. yer ler.. dah lar ganggu maser org.. biler kita tanak beli.. bleh plaks mulut tadak insurans tu ckp buang maser jer.. so.. what do u expect than.. everybody yg u saper mesti beli aper yg u jual.. then u r in deep trouble.. sikap kureng camnie perlu dikikis utk mencari rezeki yg halal.. mulut kena jaga.. niat kena ikhlas.. baru berkat.. selamat...

Hmm.. after lunch tadik.. aku sedeh biler bacer akhbar.. pasal baby baru lahir dibuang dlm tong sampah.. ya Allah.. begitu murahnya nilai nyawa manusia.. mengapalah diwujudkan manusia sekejam itu di atas muka bumi ini.. bayi yg tidak berdosa.. diperlakukan sedemikian rupa.. ikhss... org lain yg dah bertahun kawen berubat sana berubat sini nak dpt anak.. dia plaks biler Allah dah anugerahkan amanah tu.. senang² dicampak ke dlm tong sampah.. alangkah sedehnya kalau kita sebagai baby tu.. tau latar belakang kelahiran kita disambut begitu.. hancur luluh hati nie beb....

Waa.. pepetang nie ngantuks laks aku.. sempat tertido tadi.. ermm.. bout last Friday.. our Staff Gath kat KDE.. quite meriah.. especially biler Rosman yg jadik MC.. tak abis ngan lawaks² dia yg buat org tak kering gusi.. then we all ada ler Karaoke Contest.. tapi last minutes aku tarik diri.. persembahan rata² menghiburkan.. ramai lelaki jer yg took part.. pompuan nie malu terlebih.. aku tarik diri coz gerun ngan sorakkan dorang yg nonton.. segan lah plaks boyot² nak nyanyi.. ntah sampai ker idak nafas nie nanti... tak per larr.. biar aku nyanyi kat umah jer.. :))

Lucky Draw nyer adiah kali nie mmg not bad.. ada yg dpt microwave.. handphone.. percutian ke langkawi.. dan aku laks menang DVD.. bertuah sungguh.. ahaks.. :p Mmg itu ler yg aku nak kan pon.. coz kat umah tadak DVD Player lagi.. kitorang tgk movie kat PC jer.. mmg niat nak beli.. tapi asyik bertangguh.. rupa²nyer aku nak dpt free.. Last year aku dpt blender.. yg kitorang guna kat umah skrg.. termasuk ngan adiah kawen aritu ada dua kotak blender lagi yg blom dipakai... biasak larr adiah² redundant nie.. org yg dtg tatau apa yg kita ada.. apa yg kita tadak.. dpt pon kira syukur jer.. appreciate it a lots..


Hari Sabtu.. spt biasa.. xtvt mengemas rumah.. macam² yg kitorang buat.. my hubby really help me a lots.. tanpa bantuan dia.. mmg tak termampu aku nak buat semuanya.. tetambah skrg nie aku cepat letih dan kerap sakit pinggang biler berdiri lamer sket.. aku cuci baju.. lipat baju.. masak sementara tunggu Ady balik dari keje.. balik keje sambil makan layan citer hindustan.. pastu.. Ady tolong cuci bilik air & tandas.. mop lantai dpn dan dapur.. sidai baju n buang sampah.. petang kitorang bersiap ker umah Papa.. bawak kaki ayam free yg dpt maser beli ayam kat Tesco aritu.. nak masak kat sana.. aku geli sket nak masak kaki ayam... kitorang fetch kakak Ady kat Avon Puchong.. tido semalam umah Papa.. Hari Ahad laki aku cuci keta.. senang sket nak cuci.. dari kat Apt. kitorang tu.. dia wax sekali... puas hati.. settle sudah keje kitorang.. petang.. berangkat ker umah Pezal & Dell... aper lagi.. pinjam DVD lar.. :D Faiqal dah mula bertatih.. biler bercakap dlm bahasa baby dia.. siap ngan mimik² muka.. klakar.. anak aku nanti camner ler agaknyer.. pas maghrib kitorang berangkat.. esok pon nak keje.. singgah makan malam kat gerai makan di Kelana Jaya sblh Giant.. makan ala kadar jer.. coz aku dah tak larat nak masak.. Mlm tu letih ler jgk.. layan citer Smallville.. sterika baju utk esok then tidoooooo.........

Ujung minggu nie cuti panjang.. cadangnyer nak jalan² cari makan kat Pelabuhan Klang.. dgrnya kat situ seafood sesedap.. tatau lar jadik ker idak.. baru planning.. cuti pjg.. tak der ler teraser sgt letihnyerr..

Monday, April 24, 2006

What the Hell Happened??

What the hell is happenin.. I dun understand.. what I've wrote just now diappear from my save draft?? What had happened??... Urggghhhh... long enough to find the idea to put on.. its time for me to go down.. I have lots to story.. but dunno what went wrong with this blog of mine..........

Tomorrow.. I'll refresh all memories back... first thing tomorrow.. should theres no interuption from any of my colleague or bosses.............

Friday, April 21, 2006

Karaoke?!

Hmmm.. tatau naper badan seram² sejuk jer nieh.. raser cam nak demam pon ader.. tetiba jer.. apsal tah.. semput semacam...

Aku tumpang keta Faros.. nanti malam after maghrib kitorang ada Ramunia Staff Gathering.. kat KDE.. setiap dept. kena antar sorang wakil utk pertandingan karaoke.. bos aku siang² dah wakilkan aku.. ikhsss... camner larr aku nak nyanyi ngan perut boyot² nie.. takut semput nafas tak sampai jer nanti.. tapi satu dept. aku.. sorang pon tanak take the challenge.. mender ler dorang nieh... aku kalau nak nyanyi pon.. igt nak bawak lagu ringan² jer.. yg tak rileks dan tak perlukan byk tenaga sgt.. lagu Wajah Jacklyn Victor.. Man siang² dah kata tadak...

Ok lah Faros dah panggil... time to goooo....

Will story bout this nite on Monday!

Thursday, April 20, 2006

..A Shoulder To Cry On..

A SHOULDER TO CRY ON


Life is full of lots of up and downs
But the distance feels further
When it's headed for the ground
And there's nothing more painful
Then to let your feelings take you down

It's so hard to know
The way you feel inside
When there's many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you
By your side

Chorus:

And when you need
A shoulder to cry on
When you need
A friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone
I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on
When the whole world's gone
You won't be alone 'cause I'll be there

All of the times
When everything is wrong
And your feeling like
There's no use going on
You can't give it up


She's a good shoulder for me to cry on.. tapi sekarang dia dah tak der kat KL nie.. tinggal nun jauh kat Penang sana..

.:Cinta Ibarat Menunggu Bas:.

Tahu tak...?!!! cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.

Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee...penuhnya...xde tempat duduk." Jadik, awak katakan pd diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tuggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee...bas ni buruk sangat...mesti x selesa. Dan maybe bas ni akan rosak kat tengah jalan. "Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang utk tunggu bas yg seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.. Bas yg datang tu kosong, x penuh dan x seburuk bas yg tadi tp kali ni awak kata , "Emmm....xde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.

"Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba2 awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu x sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang utk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yg berair-cond, adakah awak dapat pastikan bahawa bas tu x akan rosak di tengah jalan atau maybe bas tu x terlalu sejuk utk awak? Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang x salah. Tapi, x salah juga kalu anda sanggup memberi satu peluang pd org lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu x sesuai dgn awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun drpd bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tp pemandu bas tu pulak buat x faham dan pura-pura buat x nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha....

Bila ada bas yg lalu melintasi saya macam tu, apa yg perlu dilakukan adalah BERJALAN!! Bodoh sebenarnya utk mengejar bas tu sebab setiap kali awak mengejar, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pd diri awk. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri drpd cinta!

Here Come the Pics... [15/04/06]

Me with my darling Hubby.. tgh tunggu turn nyanyi nie.. tapi tak kesampaian........



Tak sabar nak makanz nie.. terbau² lagi aroma ikan yg baru dibakar tu..


This is my big bro and his wife.. birthday boy malam tu.. hehe.. birthday boy?? Naaa.. dah jadik bapak budak pon... tapi yg bini dia riba tu.. anak adik aku Nurul si Dompot.. :D


Nie baru anak abg aku ngan Dora.. Sharifah Yasmin.. kuih pau Bonda..:p

Me with my 2 of my sis..Sharifah Husna Shifa & Sharifah Annissa..


Me with my sis yg no.7.. Sharifah Fatihatul Adnin..

Lihatlah dunia.. betapa kebulurnyer kami waktu tuuu... selesaiii sumer kami kerjakan.. hehehhh.. :D


Kusyuk betul dorang nie nyanyi.. lepas satu.. satu...

Nie lagi satuuu.. dia sorang sampai 3 buah lagu.. sampai turn aku.. VCD tu dah jammed..:X

My Mom dgn senyum simpulnyerrrr... :D Mak aku nie jenis tak suka bergambar.. tapi aku snap jgk.. :))


Nie haa Nurul Si Dompot.. Sempat jgk dia posing tu.. kan main lagi terlompat² kat pondok karaoke tu.. cuak jer aku.. buatnyer reban masuk kolam sumer...


Tu jer ler gambar yg aku leh upload.. ada lagi.. tapi setakat tu dulu lah... :>

Wednesday, April 19, 2006

CoRaT CoReT..

Huhhh.. pagi tadi.. what a scary ride we had.. kenderaan bersimpang siur.. mmg betul lar kata org pemandu² kat Mesia nie kurang sabar.. sumernyer nak laju jer.. jln dah lar jem.. dia dok sibuk ubah haluan.. kiri ke kanan.. kanan ke kiri.. igt pandai sgt ler tu.. tapi keta tak gerak² jgk.. melambatkan lalu lintas lagi ada larrr.. dah lar tadi.. sikit lagi.. si amoi tu bawak myvi.. tetiba jer dia masuk kanan.. time masuk baru nak bagi lampu.. fuhhh.. saborrr jer lahh... nak masuk bg ler lampu awal² nie main ikut dan dia jerr.. penunggang moto nie langsung tak dipandangnya.. puas laki aku hon tadik.. lepas geram.. yelar.. sib baik ler sempat kitorang slowkan moto.. kalau tidak mampus terpelanting dah langgar bontot keta tuh... mender ler.. biler dah jadik camtu.. saper yg rugi?? Saper yg salah?? Kenderaan saper yg rosak.. saper yg sesakkan lagi lalulintas..? Saper yg lewat masuk keje???????? Tak paham.. tak paham.. sungguh aku tak pahammmmmmm....

Mengantukkk.. mengantukkk.. MENGANTUK..~! Hiii.. apsal lar aku asyik lalok jer arinie.. kepala layan jer.. dok dpn pc nie raser nak tido.. nie pon aku paksakkan menaip.. nak ilangkan kantuk yg menyerang.. serancak² muzik di Hot Fm pon tak dpt nak redakan my sleepy feeling...


Hmmm.. apa yg nak aku storykan arinih eak?? Ermmm.. oo yerr.. semalam aku kata nak story pasal my last pack weekend kan.. (sadly said that the pic yg kat ikan bakar tu tak leh nak upload lagik arinieh.. byk tul halangan.. kamera mmg dah bawak.. tapi USB wire laks tertinggal.. pinjam kat IT guy opis.. but kamera laks buat prob.. card error.. sumer image lam kamera lenyap.. adusss.. cam hampehhh!! Sib baik ler aku dah downloadkan awal² sumer gmbr tu kat pc umah.. kalau tidak sesia jer ler gambar yg diamik aritu..) Hmm.. ari Sabtu.. after my hubby balik keje kitorang kekemas umah sket.. masak telur ngan sayur kubis jer for lunch.. bersiap then went to HUKM.. amik mak kat sana.. dia lawat Cik Piah.. jiran mak aku yg rapat ngan dia.. sakit jantung.. sian.. inilah yg dikatakan nasib.. Cik Piah nie baik.. suami dia baru jer meninggal last year.. dia ada sorang anak pompuan jer.. masih study final yr.. walaupon dorang takder masalah dari segi kewangan.. (coz her late hubby berjawatan besar kat Utusan) tapi.. hati di dlm saper tau.. idup kesunyian.. sian.. aku sian kat Cik Piah nie.. gitu jgk Diana anak dia.. pepehal jadik Diana tu keseorangan.. ikhsss.. selisih malaikat.. pas tgk Cik Piah.. mak ajak lawat kakak Aunty Noi (Jiran mak aku jgk) yg dah sakit tenat.. katanyer kena buatan org.. ikhss.. badan dia kurussss sgt... gerun aku lar tgk org² sakit nie.. Cukup lar aku jadik pelawat setia maser Abah aku sakit dulu.. jgn larr ada antara family members aku yg dimasukkan ke hospital atas penyakit² yg tak dipinta.. bukan aper.. bukan tak sudi melawat org sakit.. cuma aku tak berapa suka melihat penderitaan org.. sedangkan dlm waktu yg sama aku tak mampu utk lakukan apa² bg meringankan penderitaan tu.. aku jadik serba tak kena.. hanya muka simpati yg boleh ditunjuk.. aku tak tau topik aper yg nak aku bicarakan dgn si pesakit.. jadik aku lebih byk berdiam dan memerhati.. What else can I do.. I am really dumb on this.. Mmg sebagai pesakit aku raser tentu hati terubat sedikit biler ramai yg dtg melawat.. tapi entahlarrr.. diff person diff opinion... On the way to the hospital, Hubby aku kata dia fobia tiap kali melangkah masuk hospital.. ntah dia tatau apsal.. dia tak dpt bayangkan camner nak temankan aku kat labour room nanti.. ikhsss... ada pulaks!


Hmm.. baru turun belikan hubby aku burger bro bawah tu.. burger dia mmg kellas.. sedap.. sampai laki aku teridam² :)) Siap tepon suh beli tuh :p.. Hmm.. sementara tunggu dia amik nie.. elokler aku abiskan corat coret aku tuk arinih...

Hari Sabtu after fetching Mak & Aunty Normela.. straight away we flew to Tmn Dagang... blm sempat sampai umah.. ujan mencurah².. sib baik ler lam keta.. kalau moto nie sure dah basah kuyup.. drop Aunty Normela kat dpn gate dia.. then sampai umah mak.. keta abg dah tersadai dpn umah.. :D After Maghrib.. (walaupon masih lagi ujan.. renyai²) We all adik badik proceed to Langat.. Separuh keta aku.. separuh lagi naik keta abg.. ada lar dkt 1/2 jam jgk.. sampai destinasi.. dgn igatan yg igt² lupa.. kitorang redah kegelapan malam.. jalan nak ke sana mmg berbukit & gelap gulita... so.. for the precaution.. Ady bagi adik aku Putra yg drive..

Sampai sana.. kitorang jamu selera.. tak der ler lamer sgt nak tunggu.. coz awal² lagi dah tempah melalui tepon.. abis licin.. berangkat ke ujung kolam ikan tu.. berkaraoke.. satu²nyer tarikan utama kat sini.. sorang² adik badik aku menunjukkan bakat nyanyian memasing.. sampai turn aku.. CD laks rosak... :( How sad.. puas aku nunggu.. dah lewat.. 11.30 mlm.. Aku nak nyanyi lagu wajah dendangan Jacklyn Victor dlm Bersamamu TV3 tu.. tapi tak kesampaian.. terkilan lar jgk.. coz time tu dorang dah ajak balik.. uwaaaaaaaaaaa..... cam nak mogok jer aritu.. aku diam jer on the way back.. Ady asyik gelakkan aku... hiiii... gerammmnyerrr maser tu.. nak nangis pon aderrr... ntah apa² ler aku nie... biler pk² balik.. cam bodoh jer.. pasal mender tu pon nak majuk... yelah bukan selalu dpt p sana kan...

Lepas antar bebudak tu balik umah mak.. kitorang tak singgah dah.. straight away to home.. sampai umah spt biasa larr.. tawaf cari parking.. mak aiii.. letih ler pusing².. pas solat Isyak.. both of us dah flat.. tido.. coz tomorrow kena bangun awal jgk.. keta comel kitorang nie dah sampai 1000km to be service.. booking kul 11.00pg.. then.. singgah umah Papa.. amik kain batik aku utk dijahit.. pastu singgah klinik.. tapi doc tak der lar plaks.. not to be wasted any more time.. we make up to go toTesco.. shop kat situ jer coz dah tak sempat pon nak ke Pasar Borong Selangor tuu.. coz aku kena jgk beli ikan.. daun kesum & bunga kantan yg aku beli last week dah start layu pon... maser msk nak shop disaper sales rep promote credit card from MBF.. aku bukan perlu sgt pon.. coz yg ada nie pon tak tertanggung dah utangnyer.. tapi aku berminat ngan insurance yg dicover sekali tu jer.. 2 yrs waiver.. raser tanak nanti aku terminate jerler... card dia pon cantik.. :p

Maser kitorang ngah seshopping tu Pezal call nak dtg umah.. wahhh.. cam tak sempat jer.. nak rushing balik.. coz after shopping.. kitorang patah balik ker Puchong pegi regular clinic yg aku buat medical checkup.. Berat aku naik lagi 1kg... doc kata ukuran baby normal.. yg bestnyer maser scan.. my baby girl ngah sucking her finger.. waaa.. so cute.. kita kat luar kemain lagi berat bawak perut.. dia duk kat dlm relaks jer isap jari.. :D... Inilah anugerah Allah yg tak ternilai buat kami berdua.. then doc kasi aku 1st Doz injection utk Titanus.. next appointment kena inject lagi sekali.. coz nie first baby aku.. doc kata the next coming baby.. satu injection dah cukup.. mak aii dah lamer tak kena inject nie.. sakit ler jgk.. bengkak skit kat tmpt inject tuuu.. then dia bagi sekali ngan referral letter utk booking hospital kat HUKM.. yelah.. hospital paling dekat ngan umah skrg nie HUKM.. tapi kalau sempat n nak jimat kos.. bleh sajer kitorang pegi GH.. booking HUKM just for precaution.. takut tak sempat nak ker GH nanti.. doc kata tak kisah kalau booking tapi banak kat lain.. nasib kita larr nak terberanak kat maner.. hospital terdekat lar dituju... sblm balik singgah masjid kerajaan kat situ.. semayang maghrib terus.. Pezal call.. tak jadik dtg coz.. kitorang lum sampai rumah..

Mlm tu.. aku masak laksa for the first time.. spt yg mak guide.. boleh ler rasernyer.. but my hubby makan nasik jgk.. perut org dah biasa makan nasik nie.. sehari tak makan bleh lembik... tak sama ngan aku... fleksible.. hehe... penatnyer ya Allah minggu tu.. tak tau nak ckp.. sampai aku bagitau laki aku.. aku mmg tak larat nak p office esok........ tu ler pasal aku EL.. :D

Ok lah.. its time for me to park down my hand..... balik time...............!

Tuesday, April 18, 2006

A Lazy Day!


Hmm.. baru nak update blog.. tak tau naper raser berat nor nak meng-update- blog aku arinieh.. biasa hari² laju jer.. ohhh yaaa.. semalam aku Emergency Leave.. tak larat beb nak dtg keje.. coz of the very pack weekend.. drained up all my energy.. so.. I really need a day to really rest..... but.. apapon tangan ttp tak berenti dari buat keje.. yelah.. buat keje² mingguan yg tak sempat aku bereskan maser cuti aritu..

Hmm.. semalam birthday laki aku.. tapi cian.. nothing special for him.. aku buatkan dia kek coklat.. tapi.. :( tak menjadik sgt larrr.. a day b4 aku masak laksa.. 1st time tu.. kuah pon masih berbaki dlm peti sejuk.. yelah.. kami berdua sajer nak menghabiskannya.. maner nak terlarat..

Berhujan balik naik moto Jumaat lepas.. sampai rumah dedua dah letih.. so.. nothing much doing.. makan pon alakad jer... Sabtu Birthday my big bro.. pepagi dia dah bagi msg.. ajak p makan ikan bakar kat Kg. Jawa Hulu Langat.. well.. mmg kebetulan sgt.. aku mmg ada terpkkan ikan bakar kat sana.. sambil karaoke kat tgh utan tu.. :D.. Ada byk gambar dah ambil.. tapi arinie lupa bawak kamera larr... esok jerlah aku uploadkan.. Sesekali kuar ngan famili reramai camnie mmg best... 2morrow ler aku story kan mender²nyerrr.. time for me go down.. :D Takut laki aku tunggu laks nanti. Chowwwwwwwwsssssssss...~!

Friday, April 14, 2006

BoReD...

Not in the mood today.. so bored and sleepy.. arrrggghh.. my boss is not around.. outstation to our Yard in JB.. What else to do.. no other than updating this blog.. which slowly now, become my hobby.. yaa.. not much different, as me writing the diary.. since I'm no longer keeping a diary.. so.. updating this blog would give me a good memory in remembering every day and moment I'd spent along my journey of this phase of life...........

May be I think of sumthin to jot in later... uwaarrrggghhhh.............

ToUGh DeCiSiOnS..

This one is worth reading....

Consider this: A group of children were playing near two railway tracks, one still in use while the other disused. Only one child played on the disused track, the rest on the operational track. The train came, and you were just beside the track interchange. You could make the train change its course to the disused track and saved most of the kids.

However, that would also mean the lone child playing by the disused track would be sacrificed. Or would you rather let the train go its way? Let's take a pause to think what kind of decision we could make. Most people might choose to divert the course of the train, and sacrifice only one child. You might think the same way, I guess. Exactly, I thought the same way initially because to save most of the children at the expense of only one child was rational decision most people would make, morally and emotionally.



But, have you ever thought that the child choosing to play on the disused track had in fact made the right decision to play at a safe place? Nevertheless, he had to be sacrificed because of his ignorant friends who chose to play where the danger was. This kind of dilemma happens around us everyday. In the office, community, in politics and especially in a democratic society, the minority is often sacrificed for the interest of the majority, no matter how foolish or ignorant the majority are, and how farsighted and knowledgeable the minority are. The child who chose not to play with the rest on the operational track was sidelined. And in the case he was sacrificed, no one would shed a tear for him.

The friend who forwarded me the story said he would not try to change the course of the train because he believed that the kids playing on the operational track should have known very well that track was still in use, and that they should have run away if they heard the train’s sirens.

If the train was diverted, that lone child would definitely die because he never thought the train could come over to that track! Moreover, that track was not in use probably because it was not safe. If the train was diverted to the track, we could put the lives of all passengers on board at stake! And in your attempt to save a few kids by sacrificing one child, you might end up sacrificing hundreds of people to save these few kids. While we are all aware that life is full of tough decisions that need to be made, we may not realize that hasty decisions may not always be the right one.

Thursday, April 13, 2006

CeLoTeH MaMa PenGuiN..

Hari nie genap usia kandungan aku 8 bulan mengikut kiraan doktor.. tapi kalau mengikut kiraan aku sendiri.. Sabtu depan baru larr bebetul 8 bulan usia kandungan aku.. tu pon masih ramai yg terkejut bilermaner menanyakan usia kandungan aku.. "Lapan bulan?? Hah! Keciknya peruttt.." lorr.. kecik sgt ker?? Pelik aku.. apsal org nampak perut aku nie kecik.. tapi aku sentiasa igt apa yg doktor aku ckp maser aku buat check up dulu.. "Pedulikan kata org lain.. terlalu ramai pakar di luar sana, yang penting your baby is healthy dan pertumbuhannya normal dan sekata.." Hmm.. betul jgk.. org boleh kata apa yg mereka nak kata.. dorang tak tau apa yg kita raser.. perut yg sebesar nie pon seraser tak termampu aku nak bawak.. termengah².. nak besar maner lagi?? Bak kata kakak ipar aku.. "Baby nie.. biar besar di luar.. jgn besar di dalam.. nanti susah nak kuar.. yang seksanya kita jgk.." Baru tadi aku ukur perut aku dpn cermin.. besar jgk per.. tak terbayangkan camner ler aku nak kuarkan baby yg sebesar perut aku nie nanti melihat dunia.. takut pon ada.. ngeri pon ader... aku takut tak termampu nak menghadapinya nanti...



Semalam.. sedeh betul aku bacer berita kat Harian Metro online.. pasal pompuan pregnant 7 bulan yg diragut dlm bilik air belakang stesyen minyak maser membawa anaknya sulungnya yg kecik pegi buang air.. dia ditemani pembantu rumah dia.. sementara suami dia memenuhkan tangki minyak.. maner nak sangka.. tetiba sorang lelaki masuk dlm tandas tu cuba nak merampas beg pinggang dia.. dah ler dia tolak pompuan tu terperosok ke tepi dinding.. pastu camner ler pompuan tu nak bukak beg pinggang dia.. dah tak terdaya.. sakit beb.. aku dapat bayangkan kesakitan yg dialaminya.. yg kesiannya tu.. 2 org lagi kawan si penyangak tu masuk tolong kawan dia.. lanyak pompuan tu.. dan sepak perut dia.. sbb dorang igt pompuan tu tanak bagi kerjasama serahkan beg pinggang dia.. ape ker bodo manusia penyangak tu.. tak berperikemanusiaan langsung.. pompuan yg tak berdaya macam tu boleh dilanyak sebegitu rupa.. kejamm... mmg manusia kejam!! Pompuan tu masih dlm trauma.. bayi dlm kandungan dia mati akibat kejadian tu.. dah lar dia jenis yg susah nak lekat.. sebelum nie pulak mmg baru sajer kematian baby usia 5 bln dlm kandungan.. mengandung lagi setelah dijaga bagai menatang minyak penuh.. sehingga usia baby 7 bulan.. mati pulak disebabkan kejadian tu... sebelum kejadian tu.. dorang baru sajer dpt tahu bayi yg dikandung tu.. baby boy.. alangkah sedehnya.. kalau perkara macam tu menimpa diri atau sedara atau rakan taulan kita.. aku doakan si penyangak tu menerima pembalasan sewajarnya... baru dia tau langit tinggi atau rendah!!

Hmmm.. itularr.. malang tak berbau.. selalunya kita tak pernah kacau org.. tapi org sentiasa dengki dgn ketenangan dan kebahagiaan hidup kita.. manusia² macam nie mmg tak harus dilahirkan ke dunia dan tak layak hidup di kalangan manusia.. kerana mereka bersifat binatang.. malah adakalanya lebih kejam dari binatang... Aku ckp ngan laki aku.. "Abg.. lenkali kalau kita stop kat mana² toilet yg sunyi.. abg kena tunggu ayang kat luar tau!" Dia angguk sajerr.. dia pon bengang biler dgr citer aku tu..

Org lain ngah sibuk nie.. tapi aku laks sibuk layan kantuk.. ntah apsal syahdu sgt plaks raser.. pepagi tadi ada ler keje sesikit.. skrg aku ngah free.. segan laks org lalu lalang nengok aku tersengguk².. skrg heart burn aku dtg balik.. kejap² lepas makan.. ulu ati aku pedih.. tu yg memaksa aku lie down sampai terbawa² tido..

Laki aku bengang tul semalam.. coz raser tertipu ngan cina yg baiki hp adik dia.. katanya suh bayar RM25 sbb gantikan some stuff kat hp tu.. tapi biler laki aku check² balik.. dia kata menda yg dia ganti tu bukannya barang baru.. sebab tergesa² nak amik aku kat opis semalam.. dia tak sempat nak check dulu hp tu.. kena kencing idup².. tu yg dia hangin tul tu sampai susah tul nak tido.. tak puas ati kena tipu.. kitorang heran kenapa org boleh idup berniaga dgn cara menipu org lain.. org yg jujur selalu ditindas.. arinie laki aku nak p balik kedai tu.. I really hope that everything will be fine.. jgn ler sbb perkara² kecil camnie boleh mendatangkan masalah besar.. yelah.. org yg suka menipu org nie tak bleh dibiarkan.. coz dia igt sumer org bodo.. dia ajer yg pandai.. kalau kita biar.. makin menjadi² lar etika perniagaan tak bermoral nie berleluasa...

Ahad nie ada bowling tournament co. aku.. tapi aku tak participate.. ikut² nak sgt join.. tapi apakan daya.. laki aku kata.."Kalau raser nak terberanak kat gelanggang bowling tu.. mainlah".. Huh.. ilang terus semanagat aku.. betul jgk apa dikata.. kadang² Mama Penguin nie mmg tak sedar diri.. biler teringat main free.. terus berkobar².. tak menang pon tak per.. asal dpt main free.. kakakahhhh.... :)) pastu.. Jumaat depan laks ada dinner co. aku.. kat KDE.. hmm.. yg tu makan free.. ada cabutan bertuah laks tu.. mesti ler aku nak pegi.. cam last time aku dpt adiah cabutan blender yg kitorang ngah guna kat umah skrg.. skrg nie tatau larr.. still lucky or not.. last year aku jadik one of the committee.. kali nie aku tak tau arrangement dia camner.. cam aritu.. pertandingan karaoke ttp dikekalkan.. last year aku masuk.. maser tu aku tak kawen lagik.. tapi this year tatau larr.. cam kelakar laks nak bayangkan mak buyung menyanyi atas pentas.. hahahah!! Peper pon.. tgk ler.. kalau keadaan memakser.. dan tak der participant dari dept aku.. mungkin aku akan volunteer naik pentas.. kalau ada... tak yah larr..



Birthday laki aku this Monday.. tak tau nak adiahkan dia aper.. coz Mama Penguin dah run out of money... kalau last besday yg dolu² bleh ler Mama belikan dia barang best².. tapi skrg.. tak tau nak ckp.. tgk ler... Aiman tak kisah kan ;) hehehe...

Wednesday, April 12, 2006

Last Minutes Jot..

At last.. dpt jgk aku ngadap blog nie barang sekejap.. tadi bzzz giller.. byk Procedures nak kena ammend as for one of the process in order to achieve the Integrated Management System cert.

Hmm.. 4 hari cuti.. tak sempat pon p check up.. :( Pegi² jer klinik dah tutup.. kata off hr from 8.30am to 10.00pm.. Ini baru kul 9.30 dah tutup kedai.. apa larrr... igt senang ker owg nak dtg sajer²... abihkan duit minyak jer.. tak per larr.. tadak rezeki nak wat checkup.. maklum ler from now on aku dah kena follow up buat check up twice a month. Ady laks tak dpt apply cuti hari Isnin aritu.. pulaks tu.. hari Selasa yg dah sah² public holiday pon dia kena keje.. aper nyer opis ler tu.. public holiday.. means holiday lahhh.. pehal laks kasik option tak dtg keje esok.. kena keje 2 hari Sabtu berturut².. tak bajar Labour Law aper...??!

Ady blom sampai lagi nie.. dia kata biler sampai dia call.. dia singgah Low Yatt amik hp adik dia yg dah siap service.. hiii... tinggal baper kerat jer org kat opis nieh..

Ada berita gembira sebenarnya arinieh.. tapi aku tak banie nak citer lagi.. dun wanna get too excited... takot nanti keciwa plaks.. so.. kalau betul pon berita yg laki aku bagitau tu.. let it be.. aku bersyukur sangat² ke hadrat llahi.. mungkin inilah yg dikatakan rezeki baby... moga² sinar gemilang terus mewarnai hidup kami........... aminnnnn~

Setakat nie dulu buat hari nie.. badan dah letih.. otak pon dah penat.. aku nak turun bawah.. tunggu laki aku........

Friday, April 7, 2006

MaMa Penguin Yg RiSaU...

Semalam baru dpt duit refund keta kitorang.. Alhamdulillah.. at last........ Dah bank in pon.. walaupon tak banyak.. duit jgk tu..

Laki aku belikan aku eskrem connetto inferno kat aku semalam.. he's so sweet.. camner lar aku nak marah kat dia lamer².. tau jer dia cara nak pujuk aku.. mmg dah lamer aku idamkan nak makan eskrem tu.. :D Kalau camnie leh ler majuk selalu.. :P

Aku tak tau nak tulis & citer aper sebenarnya.. hari nie fikiran aku tak brp tenteram.. aku risaukan adik aku.. biler dah ada anak nanti.. risaukan anak pulaks.. org pompuan nie mmg senantiasa berada di dlm kerisauan.....

Baby aku makin hari makin aktif.. semalam maser tido.. tak abis² dia gerak.. hari nie pon sama.. ligatnya.. yelah dah 31 minggu.. mmg patut pon dia aktif.. biler pk² selalu raser risau laks.. kengkawan aku dah lepas.. aku nanti camner lar agaknya dlm labor room tu nanti.. Macam² kemungkinan boleh terjadi.. Harap² sumernyer dipermudahkan........ Aminnnnnnnnn...

Hmm.. Isnin aku dah apply cuti.. nak rest puas².. Selasa kan Maulidur Rasul... So.. jmp Rabu nanti........... daaaaaaaaaa...

So EaSy & DiFFiCuLt..

Easy is to get a place is someone's address book.
Difficult is to get a place in someone's heart.

Easy is to judge the mistakes of others
Difficult is to recognize our own mistakes

Easy is to talk without thinking
Difficult is to refrain the tongue

Easy is to hurt someone who loves us.

Difficult is to heal the wound...


Easy is to forgive others

Difficult is to ask for forgiveness

Easy is to set rules.
Difficult is to follow them...

Easy is to dream every night.
Difficult is to fight for a dream...

Easy is to show victory.
Difficult is to assume defeat with dignity...

Easy is to admire a full moon.
Difficult to see the other side...

Easy is to stumble with a stone.
Difficult is to get up...

Easy is to enjoy life every day.
Difficult to give its real value...
Easy is to promise something to someone.
Difficult is to fulfill that promise...

Easy is to say we love.
Difficult is to show it every day...

Easy is to criticize others.
Difficult is to improve oneself...

Easy is to make mistakes.
Difficult is to learn from them...

Easy is to weep for a lost love.
Difficult is to take care of it so not to lose it.

Easy is to think about improving.
Difficult is to stop thinking it and put it into action...

Easy is to think bad of others
Difficult is to give them the benefit of the doubt...

Easy is to receive
Difficult is to give

Easy to read this
Difficult to follow

Easy is keep the friendship with words
Difficult is to keep it with meanings.

Thursday, April 6, 2006

Sakit KePaLerr aKu... MENGEMAS!!

Hari nie kepaler aku kejap² sakit.. kejap² sakit bilermana terpandangkan bilik bos² aku yg bersepah.. mak aiii.. ngalahkan bilik org bujang.. yelah.. bos tanpa secretary umpama lelaki tak berbini.. bersepahnyerrr.. tak hengattt!!.. Pening jgk ler pk where to start.. fail lintang pukang.. kertas berterabur.. maner yg penting tak penting pon aku tak tau.. yg nak pakai ngan tak pakai bercampur aduk.. fuhhh~! I have to clear all of these b4 dorang balik dari outstation... akakkkkk jgk.. hehehe.... Penat tak penat ngan perut boyot² nie aku gagahkan jgk.. sbb mater aku mmg sakit tgk mender yg tak teratur nieh...! Satu lagi perangai aku... aku geram tul kalau aku dah kemas org suka² hati sepah²kan balik... aku raser penat lelah aku tak berbaloii.. kalau boleh lepas aku dah kemas.. kekemasan tu cubalah dikekalkan selama yg boleh..

Nak kata aku nie pembersih sgt tu tak lar jgk.. sometime.. aku bleh menjadi terlalu cerewet biler masuk bab kemas mengemas nieh.. Biar rumah kita tak secanggih istana raja.. tak der perabot mahal berjuta.. tapi biler tersusun dan kemas.. sejuk mata memandang.. penat² balik keje boleh lar berehat dgn tenang.. satu lagi.. aku biler lepas masak... mesti kemas sambil².. settle masak.. dapur pon settle kemas.. coz biler perut dah kenyang.. kakitangan pon ekot malas nak bergerak.. so.. terpakser lar laki aku biasakan.. camtu ler perangai aku.. biler amik satu² mender tu.. especially kepunyaan aku.. mesti lar diletakkan kembali ke tmpt asal.. pantang betul aku org yg pandai guna barang tak reti simpan.. pulak tu letak di merata² menyusahkan kepala otak aku nak mencari... hishhh pelllleaseeee lah!


Kalau kat rumah mak.. mulut aku tak berenti membebel biler mengemas.. yelah.. harapkan adik² aku.. menyepah jer pandai.. geram tul aku.. tu yg kengkadang aku naik fed-up malas nak kemas tu.. boring.. kita kemas pagi.. petang dah sepah balik... seruper tak yah kemas.. its beyond my control.. yg aku bleh control ruang dlm bilik aku jerlah.. so.. skrg dah dok sendiri bleh lar aku jadik queen control :)) wakakakk.. eh tak lah.. aku tak seteruk tu.. coz laki aku pon dah masak ngan perangai aku.. yg penting he can suit my attitude easily.. kan bang.. :p

Jauh beza dok sendiri ngan tinggal with parents.. dgn cara nie lah kita mula belajar camner nak manage our own life.. from kemas mengemas.. masak memasak.. beli barang dapur.. even makes your own financial budget.. Bagi aku tu sumer tak susah.. coz aku dah biasa dari dulu.. buat segala mender mesti teliti.. duit keluar masuk mesti dicatat.. dpt gaji.. utang piutang mesti dibereskan dulu.. jgn simpan utang org lamer².. tak berkat rezeki kita.. kalau fikirkan kemampuan.. sampai biler pon kita tak dpt nak langsaikan utang.. tapi org kata yerlah.. bayar sikit².. lama² abis jgk..

Bagi aku lar kan.. hidup kita nie hanya dikira selesa.. bilermana kita bebas dari hutang... our money is ours to spend... ini tidak.. utang keliling pinggang.. biler ada duit tambah utang lagi.. bukan nak difikirkan langsai utang lamer.. hishhh.. this is not a good attitude.. dengan aku.. kalau sekali org berhutang ngan aku tak reti nak bayar.. jgn mimpi lah aku nak bagi lagi... utang nie bawa ke mati tau.. walau hanya sepuluh sen.. selagi kita tak minta org tu halalkan hutang tu.. kita bawalah sampai ke mati.. sebab tu aku.. biler berhutang mesti aku igtkan kengkawan aku.. kalau aku luper.. jgn luper mintak.. jgn segan².. yelah kita nie al-insan.. tak lepas dari sifat pelupa.. kalau apa² terjadi minta dihalalkan.... Satu lagi.. biler berhutang.. catat tarikh dan maser kita buat utang dan dgn siapa.. begitu jgk biler kita dah langsaikan utang tu.. mesti note down.. so that.. kita tak lar tersasul.. blm bayar kata dah bayar.. mudahkan diri dan mudahkan org lain juga.. Jgn lupa bagitau waris kita ngan siapa kita berhutang dan di mana kita catatkan hutang² kita tu utk memudahkan dia berurusan ngan org yg kita hutangkan in case anything happens to us.... itu ler cara aku... cara korang aku tak tau larrr.. :)

Berbelanjer biar berpada... biler ada rezeki lebih.. org yg rapat ngan kita jgn dilupa.. parents, adik-badik jangan dilupa.. pada yg tak punya siapa.. lagi byk kita berkongsi.. mudah²an lebih berkatlah rezeki kita.. duit yg ada jgn dibelanja semua pula.. belajar²lah jgk utk menyimpan.. waktu susah.. kita tak tau biler kan menjelma... harus sentiasa kita igt.. Allah menguji manusia dgn kesenangan juga kesusahan........ harap² tidaklah kita leka...... bersyukur dgn apa yg ada dan tunaikanlah tanggungjawab.. bayarlah zakat! Hehehehhhhhh......... Poyo jer aku nieh :)) lol.......



Sampai jumpa lagi di tazkirah akan dtg... hahahaha!!!

PeNyESaLaN..

Sampai teresak² aku bacer kisah nie.. yg aku dpt dari wanita2u.com

“Aduh…sakitnyer…isk…aduuh…Bang sakit nye tak tahan saya” keluh Nisa pada suaminya Zakri.

“Apelah awak nie….lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah, tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat, itulah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu” rungut Zakri pada Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 ? jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan yang dilemparkan oleh Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran. ”Come on Nisa, you can do it…one more….” Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar.


“Good mummy” kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya.

“Nisa you got twin, boy and girl, putih comel macam mummy dia” kata Doktor Johari memuji Nisa.

“Tahniah Zakri, it’s a twin” Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega… tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang bisa membuat Nisa berkecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.

Nisa termenung dan otak fikirannya menerbangkan kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung…Nisa dah 2 bulan…Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tidak tahu bagaimana hendak menerangkan . Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pulak terjadi. Perasaan hati Nisa bangga kerana dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.

“Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?” soal Nisa pada Zakri

“Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pulak” Zakri menempelak Nisa.
“Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu” sergah Zakri lagi.

“Abang syak Nisa ngan lelaki lain? Kenapa Abang syak yang bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat dengan orang lain pulak Bang?” terang Nisa pada Zakri.

“ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap macam itu. Itu semua kehendak ALLAH” Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih.

Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

“Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu” marah Zakri.

“Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh….heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni” kutuk Zakri lagi pada Nisa.

“Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni, saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil, macam darah daging saya sendiri” kata Nisa memandang tepat pada muka Zakri.

“Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak penah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia” ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 – 11.30 malam sehingga habis waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa membuat kerja lebih masa di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput, macam-macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, mengadu pada emak takut dimarahi pula. Bila Nisa balik ke rumah kami berdua akan berlakun yang kami tidak bergaduh. Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinan kami. Kasihan Nisa, dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan dan kuat lagi emosinya.

Suatu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan sekuatnya kepala Nisa ke dinding. Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Ucu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa sudah seminggu pergi kesana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya, “Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit, bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan” kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. “Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap, takut pulak hujan nanti” desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dengan mukanya bengis memandang Nisa.

“Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker, suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi lansung ker” marah Zakri sambil terbeliak memandang Nisa.
“Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja” Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan dihantukkannya kepala Nisa kedinding dengan sekuatnya. Nisa tidak dapat berbuat apa. YA ALLAH, sanggup Zakri berbuat demikian. Terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya.

“YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH” doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak. Berdenyut-denyut.


“Bang, Nisa minta maaf jika Nisa buat Abang marah” Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet, Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri.
“Sapa plak nie, sebok je” rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. “Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie?” sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. “Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha” gelak Zakri. Azlan cuma berdiam diri. “Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia” cetus hati Azlan.

“Akulah, kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau, mereka perlukan kita masa tu, nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging kita sendiri, cuba fikir sikit” Azlan mengingatkan Zakri.

“Iyelah, Pak Lan. Lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi” jawab Zakri selamba.


“Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti, merana kau” kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri.
“Hello Zakri speaking” jawab Zakri. ”Hello Zakri, Doktor Johari sini, we got a problem Zakri, about Nisa, datang segera ke hospital Zakri as soon as you can, Nisa tidak sedarkan diri” panggilan kecemasan dari Doktor Johari “What, teruk ke dia Johari, okay I datang, tuttttttt” Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

“Lan, kau ikut aku, Nisa tak sedar diri” kata Zakri pada Azlan.
“Hah, tadi kau kata bini kau sihat, ni apahal pulak gelabah semacam je?” tanya Azlan pada Zakri.
“YA ALLAH jom ler cepat” Zakri meninggikan suaranya.

“Zakri, kami tiak dapat menyelamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Nisa jatuh atau terhantuk kuat cause sebelah kanan otaknya bengkak dan mengalami pendarahan dan juga tanda lebam di kepalanya. Maybe dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri merakam kembali peristiwa menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit mengadu sakit kepala yang teruk. Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa, baginya Nisa mengada-ngada saja buat-buat sakit untuk minta simpati, tetapi sebaliknya Zakri hanya diam.” YA ALLAH apa aku dah buat” rasa bersalah membuat dirinya terasa menggigil dan kelu seribu bahasa.

“Doktor Zainal yang merawat Nisa, cause Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat membuatkan Nisa tidak boleh control dan jatuh, so Doktor Zainal bawa Nisa ke Lab untuk scanning kepala dan confirm otaknya ada darah beku tapi ia sudah tahap kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa pergi dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, dia minta kau membaca diarinya. I’m really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya” kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan & segala luahan rasa isi hati Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa”
“YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini” terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering…membuat Zakri tertarik untuk membacanya…

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang…
“SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA”
Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang…Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan… Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin…Abang panggil Nisa AYANG…terasa diri dimanja dan disayangi bila Abang panggil Nisa cam tu…walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Benci kah Abang pada Nisa? Apa salah Nisa Bang?.

Abang…mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang…….Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang beri kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan, kedamaian dan membawa diri Nisa kerana Nisa tahu tiada siapa yang suka akan Nisa. Abang pun semakin dingin terhadap Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Kasihanilah mereka Bang. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka, terus terang Nisa mengatakan Nisa tidak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Percayalah Bang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa ini cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Juga terima kasih Nisa kerana Nisa dapat juga mengecapi kebahagian yang sepertimana Nisa harap walaupun hanya sementara. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa…tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang…Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang…Dania mengikut raut muka Abang…sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa…Ibunya…sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam. Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa.


Ikhlas dari
Nur Nisa

“Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania” pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu.

YA ALLAH, Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis “HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya…setiap perbuatannya…seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya…kejamnya aku…Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir …seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. “Nisa Abang minta ampun dan maaf” bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-minpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya…meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan …YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa….ampunkan aku YA ALLAH….akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa

Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. “YA ALLAH , Zakri, Zakri bangun Zakri…dan hampir senja ni, mari kita balik . kenapa kau tidur kat sini Zakri?”tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. “Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak…kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah… emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails