.:KeNaLaN MaYA BoNDa:.

JoM TuKa LiNk di SINIE

Friday, March 31, 2006

" LiFe IS 2 SHORT & fRiEnDs aRe 2 fEw "

Hari nie aku nak bercerita ttg diri aku.. Who Am I?? Aku seorang perempuan Melayu.. walaupon hakikatnya darah yg aku warisi dah bercampur aduk... (ada Arab, Siam, Pakistan + Melayu.. hehe!) Namun aku tetap anggap diri aku nie anak Melayu.. sudah tentunya.. coz kita pon hidup di tanah Melayu.. (Ermm.. ada lagi ker Melayu Tulen sekarang nie? Masyarakat Peribumi pon dah byk yg tak asli.. ramai yg dah kawen campur.. Actually kawen campur nie bagus jgk.. org kata mengembangkan keturunan.. dan selalunya.. hasil dari pencampuran darah nie melahirkan generasi yg lebih cerdik dan pintar.. Setuju??

Hmm.. bagi sesiapa yg tak kenali aku.. will.. for sure anggap aku nie pompuan sombong.. sukar didekati.. tak reti nak berkawan atau kera sumbang! Coz aku seorang yg reserve.. conservative.. pendiam dan lebih suka mendengar dari bersuara.. memerhati dari diperhatikan.. aku suka melihat seseorang itu secara luaran dan dalaman.. sebelum aku betul² dpt mengikat tali persahabatan.. U knows.. people nowadays.. not everybody seems to look like what we thought they are from their appearance.. ramai yg pandai berpura².. pelakon² handalan terlalu ramai di atas pentas dunia nie.. cuma kita sebagai seorang pemegang watak.. perlu pandai menilainya.. sejauh maner keikhlasan dan ketulusan seseorang dlm menjalinkan apa² hubungan pon dengan kita!

Persahabatan bagi aku.. ya.. satu keperluan.. perkongsian perasaan.. suka.. duka.. seseorang yg boleh dipercayai.. a person whom u can really rely on.. org yg tak pernah menghampakan kita di saat kita memerlukannya.. org yg tidak mementingkan diri sendiri.. yg cukup memahami diri kita lebih dari kita kenali diri sendiri.. Aku tak dapat terima org yg cuba menjalinkan persahabatan hanya utk kepentingan diri sendiri.. persahabatan yg tulus.. akan mencapai satu tahap jalinan perasaan yg tidak dpt diungkapkan dengan perkataan.. walau tanpa talian darah.. naluri kita senantiasa dekat walau berjauhan.. Seorang akan merasa kehilangan dan tidak lengkap hidupnya.. jika berlaku perselisihan atau kematian sahabat tulusnya.. dia akan senantiasa kerinduan....

Love.. kasih sayang... Orang yg paling aku sayang dlm dunia ini.. hmmm... Ibu aku of course.. Abah yang telah pergi.. My darling Hubby.. baby yg bakal aku lahirkan.. adik beradik aku.. family aku.. sahabat² aku... innocent child.. They are the persons that I can't bear to watch anything bad happen to them... Org² yg senantiasa berada di dlm doa aku...

Kasih sayang tak dpt dibeli.. kita hanya dpt memberi.. dan memberi.. dlm diri aku terlalu byk kasih sayang.. tapi tak tahu utk aku lahirkan.. Dari luaran kelihat aku seorang wanita yg keras.. ego aku yg membatasi kelembutan yg cuba aku sembunyikan.. namun hati aku mudah tersentuh.. aku sebenarnya seorang yg agak sensitif.. walau jarang aku tunjukkan secara terang²an.. Sifat semulajadi manusia.. suka menyembunyikan kelemahan..

Kedamaian.. aku seorang pencinta kedamaian.. aku suka dekatkan diri dgn alam.. aku suka bercamping... hiking.. aktiviti lasak... aku benci permusuhan dan peperangan.. aku sentiasa terfikir dan berfikir.. kenapalah dalam dunia nie dijadikan manusia jahat?? Gila kuasa.. manusia yg sentiasa ingin menguasai org lain.. menindas insan yg lemah.. Bukankah kita semua mempunyai hak sama rata utk hidup bebas dan tenang di atas muka bumi ini.. Untuk apa berperang.. apa kebaikkannya?? Utk apa berbunuhan.. adakah itu satu jalan penyelesaian?? Tak bolehkah dlm dunia nie semua makhluk hidup aman damai.. tanpa hasad dengki.. permusuhan.. dan sifat ingin mengusai atas sesuatu... Adakah kita fikir kita dilahirkan di dunia ini utk menyakiti insan lain.. atau makhluk yg tak berdaya?? Adakah manusia² kejam yg tercatat dlm sejarah dunia ini lahir dari perut ibunya tanpa sekelumit pon perasaan kasih?? Adakah mereka mmg dilahirkan utk kemusnahan... Kadang² aku hairan.. apakah yg berada dlm fikiran² manusia yg igin sentiasa menjadi penakluk.. Kita semua tidak akan kekal di atas muka bumi ini.. Tidak takutkah hari pembalasan??!

Kehormatan dan Maruah.. Aku seorang yg amat menyanjung tinggi kehormatan dan maruah diri.. Aku hairan kenapa zaman sekarang.. terlalu ramai manusia yg terlalu biadap menjaja maruah bangsa sendiri.. This is the shocking fact that we live on this days.. Tidakkah kita malu pada Allah atau setidak²nya pada diri sendiri.. Kita yg sepatutnya menjadi pelindung.. sebaliknya perosak no. satu bangsa.. apakah kepuasan dan kebaikkan yg kita dapat dengan berbuat demikian.. Di mana adab sopan bangsa Melayu yg kita sanjung² yg kita bangga²kan.. jenayah rogol.. menjual gadis kampung.. menjual maruah org lain dgn merakam keaiban tanpa rela.. cuba bayangkan kalau perkara yg serupa menimpa diri atau keluarga kita.. di mana akal dan perasaan kita letakkan ketika itu?? Aku sedeh dgn keadaan sekarang ini..


Sudah byk kali.. tiba² aku disapa melalui messenger oleh yg tidak dikenali.. yg kufikirkan dpt menghormati diri ini yg sudah bergelar isteri.. tetapi sebaliknya cuba merosakkan dan mencemarkan fikiranku dgn mengumpan jajaan cerita berbau lucah utk mengorek rahsia rumahtangga yg kupelihara selama ini.. adakah wajar kisah dlm kain kita sendiri hendak dijajakan pada umum.. mentang² wajah mereka tidak dikenali maka dgn sewenang²nya menulis perkataan yg org gila pon malu utk memperkatakannya.. aku tak faham apakah yg manusia² ini cari.. aku bukan budak hingusan yg boleh diperbodohkan dgn rendahnya moral org yg sudah tentunya aku anggap Melayu yg cuba utk mengorek privacy hidupku.. Aku sebenarnya malu dan sedeh dgn perlakuan yg dilakukan bangsaku.. apa nak jadi dengan Melayu sekarang?? Melayu sudah layu kah.. semakin canggih teknologi.. semakin canggih pula perbuatan tak terjangkau dek minda Melayu dulu² yg dilakukan generasi hari ini..

Sesungguhnya aku mengandungkan bayi di dalam kandunganlku ini penuh dengan perasaan kerisauan.. bagaimanakah membesarnya bayi ini nanti.. mampukah dia mengharungi dunia yg penuh dgn kepalsuan dan kejelekan sikap manusia yg tiada nilai keindahan ini lagi?? Aku takut aku gagal mendidiknya dengan sempurna.. membekalkan benteng pertahanan utk terus berjaya di dunia dan akhirat...........

Teori Pembentukan Jantina Bayi

Bacalah sebagai panduan...

Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung alam surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, "Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya adalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidak mampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori Pembentukan Jantina Anak Adalah Seperti Berikut:-

1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.

3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.

Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah S.W.T. Namun kita digalakkan berikhtiar.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.

Amalan Suami Ketika Isteri Mengandung:
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung.

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih saying terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya:


"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah,sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim"

f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

Mengapa bayi lahir menjadi kenan

Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.

Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.

Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

1. Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa Cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

Lima
perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa

a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.

b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.

c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.

d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.

e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu:

a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40

e) Doa ketika memberi nama anak

Panduan menamakan anak

Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi).

Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrukh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.

Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.

Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.

Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.

Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.

Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.

Siapa yang berhak, ayah atau ibu?

Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayah bukan ibu.

Penyembelihan aqiqah

Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak
dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

Hikmah aqiqah.

a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.

b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.

c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.

d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.

e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.

f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.

g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.

h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.

i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.

j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.

k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.

l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.

m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.

n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.

o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.

Mengkhatankan anak

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. Hukum berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.

Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW.

Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah berkhatan dan juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.

Hikmah dan kelebihan berkhatan

a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.

b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.

c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.

d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat.

e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.

f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam.

Mendidik moral anak

Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa. Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :

a. Pendidikan supaya bersyukur
b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
e. Pendidikan tentang soalt
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
g. Pendidikan supaya bersabar
h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
i. Pendidikan kesederhanaan

Erti anak bagi orang tua

Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik ke bahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:

1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal
6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

Thursday, March 30, 2006

Kaki Kejang!!

Malam tadi.. tetiba dua² belah kaki aku kejang.. tegang urat betis raser macam nak putus.. aduhhhhhhhhh!!! Aku menjerit.. Sib baik laki aku tak tido mati.. cecepat dia pegang dan tolak kaki aku kebelakang.. sib baik kejang tu tak lamer.. seksaaanya.. Kali nie dah 2 kali aku alami kejang kaki..
Perut pon semalam.. mengeras semacam.. dan teraser its stretching up.. aku raser baby aku nak membesar lagi.. berat badan aku dah naik 12kg selama pregnant.. waaa.. camner lar aku nak kuruskan balik eak lepas bersalin nanti.. takut jer kekal jadik belon camnie.. dah lar tadi ada sessi fotografi utk office access card baru.. Aduh.. time org tembam² ginie lar pon dia nak amik gmbr baru..
Semalam aku ikut laki aku pegi service computer client.. kat BK3.. Fuhh.. tak sempat nak makan.. kitorang rendam laksa.. igt balik nanti leh ler celur n makan ngan kuah laksa yg mak bagi aritu yg masih ada kat freezer.. Sib baik ler Kak Ida tuan rumah tu.. jamu kitorang makan jajan ngan air nescafe susu.. aku segan tak segan bantai jer makan.. keropok tu separuh pinggan habuan aku sajer.. maner tak nyer.. perut dah berkeriuk... laporr wooo... PC tak dpt nak disiapkan hari tu jgk.. coz mengikut kata laki aku.. bapak virus dah masuk dlm pc kakak tu.. so.. utk tidak membuang masa.. kami mintak diri dgn membawa CPU dorang balik.. mata aku pon dah tak larat nak angkat dah.. perut laks dah masuk angin.. sib baik rumah dia tak ler jauh sgt ngan umah aku...
Sampai umah aku landing.. ngantuk sgt... laki aku ler yg celur n panaskan kuah laksa.. kitorang makan laksa kosong jer.. ikut ati mmg malas dah nak makan.. tapi kenangkan baby aku yg mungkin lapar nanti.. aku makan jgk semangkuk.. at least kuar sket angin ngan kuah laksa panas..
Lepas makan aku terus gi dapur.. bawak pinggan kotor.. igt nak tido jer lepas tu.. tapi terpandang laks baju kotor dlm raga yg dah menambun.. aku kutip sumer.. masuk mesin.. basuh.. at least esok laki aku leh terus sidai.. cuci pinggan.. then bersihkan diri.. makan ubat.. sediakan baju nak pakai esok.. then tidoooooooo.........

Kuatnya WaNiTa..

Tersebut al-kisah..seorang suami yang begitu mencintai isterinya. Maklumlah kan, baru kawin, cinta masih segar, kasih masih wangi..sewangi-wanginya. Setelah memadu kasih, maka isterinya yang tercinta pun mengandunglah.

Setelah sarat mengandung, maka terbitlah rasa kesian dan simpati teramat sangat melihatkan kepayahan isterinya. Dirasakan tidak termampu isterinya membawa kandungan perutnya yang memboyot, tambahan lah isterinya berbody kecil.

Si Suami yang kebetulannya seorang ahli sukan bina badan cubalah membayangkan berat kandungan isterinya yang perlu dibawa selama sembilan bulan itu. A''arghh..*****a seberat lima kilogram aje...kata hati si-suami tu. Seberat sekampit beras saiz kecik.

Maka, suami itupun berjumpalah dengan seorang bomoh dengan niat supaya dipindahkan sakit bersalin isterinya itu ke kakinya..maklumlaa..ahli bina badan. Dengan izin Allah, pada tibalah hari isterinya mengalami tahap gesaan bersalin tahap awal. Si suami tadi, terasa seluruh otot tanganya menyentap2 sakit, kejang yang amat sakit, tak tertanggung olehnya. Tidak pernah rasa sakit yang sebegitu. Maka berjumpalah semula suami itu dengn bomoh, supaya dipindah dan dialihkan sakit itu kepada isterinya.

Hairanlah suami melihat isterinya masih boleh bertenang menghadapi kesakitan itu. Itu baru contraction awal, belom bersalin lagi. Hairan betul melihat isterinya masih boleh tersenyum sejurus melihat baby nya selamat dilahirkan.

Kini barulah ia sedar wanita merupakan orang yang paling kuat menahan sakit besalin, yang merupakan sakit kedua azab selepas sakit menghadapi sakaratul maut. Selayaknya syurga itu di bawah tapak kaki ibu....Kuatnya seorang wanita..isteri dan ibu...:)

Chinese Timetable - Jantina Baby

Kepada sumer kengkawan yg minta saya forwardkan Chinese Timetable - Jantina Baby.. ini saya uploadkan.. bolehlah download ke pc masing² sbg panduan... tak sangka ramai berminat dengan table nie.. I dah cuba tgk jadual nie base to my pregnancy now.. mmg tepat.. sepertimana yg dijadualkan.. I dpt baby girl...

Wednesday, March 29, 2006

RoUtiNe..

Rutin.. biler dah rutin.. tentunya membawa maksud perkara yg sama yg dilakukan sehari².. Bosannyaaa.. Hari² yg dilalui seems too boring.. bangun pagi, mandi, semayang, sterika baju, gi keje.. sampai opis.. sarapan.. (pon yg sama jer, bun cicah milo/nescafe panas) kalau ada keje buat keje.. kalau tadak lepak update blog nie.. lunch kalau ada kawan makan sekali.. kalau tadak.. tapau naik atas.. sambung keje semayang.. berkemas tuk balik.. balik naik LRT.. tunggu bas.. (kalau cepat Alhamdulillah.. kalau lambat sakit pinggang nunggu.. option kedua.. laki aku fetch up after his off hr yg bezanya 1 1/2jam ngan aku!) Sampai rumah.. salin baju.. terlentang atas katil atau lepak dpn TV.. lepaskan lelah.. then.. kuarkan bahan nak masak dari peti sejuk (kalau aku rajin nak masak aritu) rendam ikan or lauk yg keras.. sambil cuci baju (kalau dah menambun dlm raga baju kotor.. potong sayur.. masak apa yg ada.. kemas dapur.. lipat baju yg tak berlipat.. sambil tunggu laki aku balik.. kalau dia lapar sgt.. kitorang makan dulu.. kalau tak makan lepas semayang maghrib/Isyak.. tgk TV lagi.. sambil laki aku sidaikan baju.. lepak, sembang² pasal hari masing² sambil mengunyah buah/jajan.. Dah kul 12.00mlm.. gosok gigi, cuci muka, basuh kaki.. sediakan baju nak pakai keje esok.. sterika kalau rajin.. kalau malas.. esok baru sterika.. tido.. begitulah.. hari² berikutnya........
Bosan.. bosan.. BOSANNN!! Itularrr yg harus aku lalui hari².. what to do.. I'm sure org lain pon cam aku jgk.. 5 hari keje dgn rutin yg sama.. kalau nak ubah angin pon.. mungkin towards the weekend.. boleh ler ubah rutin yg lain sket dari biasa.. boleh lepak umah mak/in laws.. makan lauk yg dorang masak.. update with new chronicles of other family members..
Agak² apa yg boleh aku lakukan to get away from this routines that I have to face everyday.. just to recharge my energy.. aku tanak carta idup yg aku lalui mendatar.. Aku nak nikmati kehidupan nie dari perspektif yg berbeza.. to be alive everyday!! Life is just like a chocolate bar.. taste the sweet of it.. b4 its melt down..

"Happiness keeps you sweet, Trials make you strong, Sorrows keeps you human, Failure keeps you humble, Success keeps you glowing and Allah keeps you going..."

Tuesday, March 28, 2006

UnTuNGNyA MeNJaDi WaNiTa..

19 Hadis Rasullullah SAW Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. masukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah darimana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."Mudah dan untungnyalah menjadi wanita ni nak masuk syurga................


An Ordinary Life of Mine..

My baby very active today.. especially while I was eating.. skrg nie pon tgh gerak².. aku ngah makan buah epal nieh.. :) Time passes very quickly.. sedar x sedar.. 2 bulan lagi si kecik nie kuarlah tgk dunia..

Lunch tadi aku tak p mana.. tadak member nak turun.. Faros dah balik.. sian dia period pain.. pucat jer muka.. So aku lantak meehoon yg keterer buat utk meeting tadi.. ngan teh tarik.. kuih koci sebiji.. ok lah tu.. kenyang jgk.. save budget!

Semalam.. spt biasa bagai nak rak aku tunggu bas.. tak sampai².. last² laki aku sampai dulu.. tapi kena tunggu jgk.. coz helmet ada satu jer.. about 20mins later baru dia sampai balik.. naik keta.. bas pon baru berlepas.. fuhhh.. sampai umah terlentang atas katil ler aku.. penat giller..

Masak nasi jer semalam.. makan dgn lauk semalam yg dipanaskan.. dedua tak larat dah nak masak.. tak larat nak tunggu coz perut dah nyanyi lagu rap.. sedap jer makan gulai daging yg aku masak aritu.. siap bertambah lagik.. hehe.. sempoiii.. then cuci mulut ngan buah kundang yg mak bagi semalam.. abis kitorang makan satu tupperware..
Arinie.. bos aku ada.. tapi keje tak der ler byk sgt.. sampai² opis after breakfast.. sweet potato bun cicah milo panas.. aku teruskan keje smlm yg pending.. scanning the docs. yg bos aku suruh.. settle keje tu.. aku pon lepak lar.. tak der keje dah dari tadi.. jgn bagi keje dedekat aku nak balik nanti dah ler.. coz I have planning for this evening.. aku igt nak singgah Mydin.. nak usha skit² brg yg aku nak beli.. my hubby will pick me up after his off hour..

Monday, March 27, 2006

What a Pack Weekend!

Well.. spt yg dirancangkan.. aku bawak mak n Si Dompot Nurul balik umah kitorang kat Bkt Jalil.. Sampai umah lam kul 10.00mlm.. Tgk TV.. makan².. tido.. Memula Nurul tanak tido ngan Tok dia.. kalau kitorang tak switch off lampu cepat² malam tu tatau lar kul baper dia nak tido.. ada ker dia nak tido dlm bilik with Ady & me.. waduh² ini budak.. budak kecik nie mmg byk kerenah.. letih lar jgk nak melayan.. Manja sgt dia ngan Ady.. dia panggil Ady Ayah.. aku laks Bonda.. :)) Kelakar kan! Sumer mak² sedara blah aku means adik badik aku yg lain dibahasakan Umie, Mami, Ibu, Bibi.. kat parents dia.. dia panggil Mama & Papa..

Esoknya igt nak p bawak mak jalan² kat Tmn area umah kitorang sementara tunggu Ady balik keje.. (cantik taman rekreasi tu.. sesuai utk org berjogging atau jaga badan.. yelah siap dibina ngan kelengkapan bersenam.. ala² Tasik Perdana gitue..) Tapi tak larat lar nak jalan kaki.. walaupon dekat jer ngan umah.. Ady guna keta coz bateri moto dia kondem... so.. tot-tet² sembang ngan mak.. tak sedar maser berlalu.. Sementara tunggu Ady balik.. lipat baju & masak ler aper yg patut.. mak ajar aku buat kari daging.. senang jer.. :D Laki aku tu paling suka makan gulai.. berselera jer biler tgk dia makan.. layan abisss!! Tu yg aku kena bajar masak tu.. Sambil kitorang masak.. Nurul buat perangai.. marahkan atok dia.. (agaknya dia boring.. tak der kawan umah aku.. since Ady gi keje) dia ludah atas meja makan.. apa lagi.. aku pon naik sheikh larr.. aku biler marah cam mak tiri.. tapi kat mulut jer.. tak pernah lagi ler guna tangan.. aku tanyer dia.. saper ajar ludah atas meja?? Dia tunduk jer diam tak berkutik pandang lantai.. sepatah perkataan pon tak keluar dari mulut dia.. soklan aku tak berjawab.. pastu aku aku bagitau dia, in other way to teach her.. lenkali jgn ludah kat meja.. kat dlm rumah.. kotor! Nak ludah pegi bilik air.. paham?? Angguk tidak.. geleng pon tidak.. nampak sgt kedegilan dia.. yg meleleh air mata jer.. (baru dia tau yg Bonda dia nie garang.. sblm nie blm pernah kena marah ngan aku.. mungkin dia terkejut) Geram tul aku biler org tak jawab aper aku tanyer.. perangai Nurul betul² saling tak tumpuh mcm Papa dia kecik² dulu.. huhhh! Maser aku kurung dia dlm bilik.. (dia menangis melalak.. sbb takut dok dlm bilik tu.. ada monyet dia kata.. haha) Then baru dia bersuara.. dlm esakan.. ulang aper yg aku ckp tadi.. kesian pulak aku tgk.. pastu aku peluk dia.. ckp lembut².. kenapa Bonda marah?? Sebab Nurul nakal.. Nurul ludah atas meja.. kalau Nurul baik mesti Bonda tak marah.. yg kelakarnya pastu.. terus dia ajak Tok dia balik.. "Tok jom balik.. Bonda garang.." :)) Aku ngan mak tak tahan geli hati ngan perangai budak sorang nie.. nak pujuk balik ati dia.. aku kasik dia gula².. Baru nak baik ngan aku..

Budak².. Budak².. camnie ler agaknya tensionnyer mak aku jaga kitorang lapan beradik kecik² dulu.. macam² perangai.. di kepala aku berfikir².. mampu ker aku jadik ibu yg baik pada buah hati ati dlm perut aku nie.. camner agaknyer kerenah dia pulak.. aku harap Allah berikan aku kesabaran secukupnya.. agar dpt aku menjadi ibu yg baik dlm menjaga dan mendidik anak² aku nanti...

Petangnya after Asar.. we all jenjalan umah BB Nah aku kat Bandar Puteri.. ziarah menziarahi.. Ady kena buli ngan Nurul.. asyik nak didukung jer.. aduss.. dpt aku bayangkan penatnya mendukung si Nurul.. yg manjernyer mak datuk ngan laki aku! Nurul nak masuk 3 thn bulan 7 nie.. biler sampai dpn umah BB.. tetiba dia buat hal.. tanak masuk.. melalak nangis cam nampak antu.. mak aku ckp mmg tetiap kali p umah BB perangai dia camtu.. tak tau lar naper.. puas ler dipujuk baru senyap.. tu pon lepas bagi dia coklat..

Dari umah BB.. kitorang straight to Klinik after beli sikit brg promotion kat Avon.. Checkup took quite a long time.. dan yg seronoknya aku dah tau yg my baby is a girl.. naluri keibuan tak pernah salah.. :D So.. boleh ler baby mama pakai baru renda² yg mama beli tu.. :) Lepas singgah semayang kat Masjid Kerajaan kat situ.. baru proceed ker umah Papa Ady.. Dah Si Nurul mengamuk lagi.. dia kata.. "Tak betol.. salah umah nie" Lorr.. dlm hati berdoa.. jgn ler dia buat hal cam kat umah BB.. Nasib baik dia boleh bawak diri.. biler jmp ngan along (anak kakak Ady) tua setahun dari Nurul.. Dorang main samer² walaupon pada mulanya Nurul agak reserve.. diam.. tapi lama² dia ok..

Balik dari umah Papa dah lewat.. aku pon dah tak larat.. so.. esok baru kitorang antar mak balik.. sblm tu singgah Pasar Borong Selangor dulu.. Mak beli stok bahan mentah yg dah abis kat umah tu.. yelah.. bukan senang mak nak ke pasar.. alang² dah kuar ngan kitorang.. singgah jerlaa.. sampai rumah.. mak masak laksa.. petang tu kitorang p Chow Kit laks.. nak beli buah.. mak aiii.. dah ler jalan jammed.. nak carik parking pon susah.. Beli punyer beli.. last² minyak zaitun yg aku nak yg tak terbeli.. aku nak beli kat Mydin.. tapi Mydin dah tutup waktu tu.. punya larr aku teraser hati ngan laki aku.. tak tau naper.. sensitif sgt.. aku diam sepanjang jalan balik.. biler mak aku tegor naper aku diam semacam.. air mata aku meleleh larr.. lenkali kalau aku diam jgn tegorr... tu ler nak tegor sgt.. Ady sedar aku teraser sbb aper.. dia kata nanti larr lenkali.. biler dpt gaji kita pegi.. ntah ngengada aku nie nak ngangis jgk.. raser pilu sgt.. (yelah aku dah lamer niat nak p Mydin.. nak usha brg² yg mungkin lebih murah yg boleh aku beli kat sana.. nak p sorang² aku takut aku tak larat..) mungkin itu yg dikatakan "Pregnancy Blues".. Jgn ler baby aku nie nanti kuat nangis.. org kata kalau mak maser ngandung kuat nangis.. baby yg kuar nanti sensitif.. dan cepat teraser macam maknya ketika ngandungkan dia.. selisih malaikat.. jgn ler gitue.. susah aku nak pujuk nanti.. dah lar aku nie tak pandai memujuk............

Hmm.. malam tu pas makan buah n laksa umah mak.. baru aku ok sket.. baru leh berfikiran rasional.. pas Isyak we all balik.. sampai umah citer smallville dah start.. aku terus terbaring.. ketegangan perut.. laki aku ler yg simpan sumer buah yg kitorang beli ngan lauk yg mak bagi dlm fridge.. then potongkan buah kasik aku makan.. sidaikan baju yg basuh tadi.. sian dia.. sumer dia buat utk aku.. bertuah dpt laki camnie.. I love you Abang! A lots!! Walaupon kengkadang my "fiil buat u pening" tapi mengertilah.. I did'nt mean to tapi jadik juga.. tanpa dirancang.. :D

Friday, March 24, 2006

Learning Never End...

Lots of learning today.. :D Aper lagi.. bajar camner nak canggihkan blog aku nieh.. :)) Canggihhh ler sgt~! Masih dlm proses pengenalan dan pembelajaran.. sib baik laki aku org IT.. senang sket nak refer..

Hari nie aku bajar camner nak edit link and buat shoutbox.. lihat blog kuuuuu.. berubah kan..:P Well.. pas nie nak bajar aper plaks.. hmmm makin aku bajar.. makin sonoks plaks.. biaser lar.. mender baru.. sumer nak explore.. At least kebosanan aku terubat jgk dgn buat mender² nieh.. kalau tidak.. melengung jer lah.. bos tadak.. colleague pon tadak.. I mean my dept. ada aku sorang jer skrg nieh...

Lunch tadi join K. Ros & the gang makan.. w/pun actually aku nak gi Mydin.. nak cari olive oil tuk sapu kat perut yg dah macam belon nak merekah nieh.. tapi tak larat lar plaks.. time tak mengandung dulu.. laju jer aku jalan sorang².. tadak hal punyer! Since perut dah berat nie.. langkah makin pendek.. jalan pon makin slow.. yelah.. baru aku tau.. kejap jer aku bleh penat.. kaki aku nie jgn kata larrr.. kejap bengkak.. kejap surut.. tu blom kira kram lagik.. Biler eak aku nak p Mydin..?? Entah larrrr~

Malam tadi.. letih betul aku... sambil tunggu Isyak aku lipat kain.. pas tu masak sket.. (sib baik my caring hubby dah masak nasik & goreng ikan).. then aku basuh baju yg dah menambun.. (hubby aku tolong sidai).. sambil makan tgk TV.. then terus terbongkang.. tak larat dah~

Bangun pagi lewat.. hubby aku lagi tolong sterika baju.. sementara aku mandi.. siap² for the first time hubby aku antar aku gie opis.. dlm 40min jgk lar nak sampai.. ikut jln Sungei Besi.. mmg sesak... huh~ tak sangka baby mama dah tujuh bulan pon masih naik moto lagik.. kuar nanti musti lasak nie.. Moto adalah kenderaan terbaik utk mengelak dari jammed... (its the only option!)

Petang nanti aku terus pegi umah mak aku kat Ampang.. tunggu my hubby kat sanerr..

Thursday, March 23, 2006

bELaJaR DaRi OrG Bijak..

"HIDUP bukan sekadar menunggu mati meskipun ajal dan maut tetap menanti". Hidup jangan terlalu memikirkan masa hadapan kerana ia akan menjadi racun kepada pemikiran. Rebutlah seberapa banyak peluang yang ada pada hari ini. Pastikan setiap saat yang berlalu tidak sia-sia.

Kalau kita pelajar, belajar bersungguh-sungguh dan andainya kita pekerja, jadilah pekerja yang berdaya maju. Belajar, berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mencapai kejayaan.

Belajar daripada orang yang bijak. Seseorang itu jahil sekiranya dia berpuas hati dengan hujah orang jahil. Siapakah orang bijak? Sesungguhnya dia adalah orang yang di dalam hatinya sentiasa mengingati saat-saat kematian, mereka sentiasa takut untuk melakukan perkara-perkara sumbang. Siapakah orang yang jahil? Dia ialah orang yang sentiasa memikirkan yang dia akan hidup selama-lamanya.

Justeru, janganlah kita lagukan lagi irama sendu. Nyanyikan lagu- lagu kejayaan. Lemparkan gerhana bulan ke lautan dan berikan

SENYUMANMU yang paling manis sepanjang zaman.

JANGANLAH kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

DUA sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

TERLALU sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

TEMAN ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan TAPI sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

PERSAHABATAN yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Andai hidup punca perpisahan,

biarlah mati menyambungnya semula.

Namun seandainya mati punca perpisahan,

biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails